* Danish Issara

32 2 5
                                    

"Hah! Panas nya." Rungut Danish Issara. Dia mungkin sedang menenangkan diri dan mula reda dengan apa yang terjadi. Apa yang pasti,dia akan mencari jalan untuk keluar dari sini. Sudah dua hari dia dikurung di dalam sebuah bilik yang bersepah dan kotor bersama dua orang lelaki dan tiga orang perempuan Indonesia. Dua dari mereka menganut agama Islam. Rata-rata mereka berumur enam belas hingga sembilan belas tahun.

Pintu dikuak. "Ambil makanan nya. Jangan ngak dihabisin!" Arah seorang lelaki dewasa yang selekeh. Danish Issara tidak pernah menelan sebarang makanan yang diberi. Dia hanya meneguk air mineral. Tekak nya tidak sanggup untuk menelan makanan itu. Ah Bong yang berbadan besar selalu memakan bahagian Danish Issara dan dia merelakannya. "Ah Bong, kamu makan aja aku punya bahagian. Aku ngak mahu makan." Jelas Danish Issara.

Empat kali dia meminta ke tandas yang berada di luar,empat kali juga dia memanfaatkan masa untuk meninjau sekitar kawasan itu. Pasti ada jalan untuk dia lari dari tempat ini. Pasti.

-

Malam berlabuh. Dia duduk lama setelah selesai solat Isyak. Dia berdoa memohon petunjuk. "Ya Allah,aku lah hamba-Mu yang lemah. Yang sentiasa berharap pada-Mu. Aku mohon Ya Allah,berilah aku petunjuk untuk keluar dari masalah ini. Bantu lah aku Ya Allah. Bantulah." Dia meraup muka nya. Ah Bong dan Dewi yang melihat Danish Issara bagai faham akan komunikasi dia dengan Allah walaupun mereka bukan seorang muslim. Dewi mengalirkan air mata tetapi dia tidak membiarkan nya lama. Terus mengesat dengan lengan baju nya yang sudah berbau.

"Danish,apa bisa Tuhan Allah membantu kita? Aku kepingin pulang." Tanya Dewi yang sangat berharap. "Aku,sudah lama ngak solat. Bila aku melihat kamu solat,aku jadi insaf." Kata Sutina kepada Danish Issara. Danish Issara pula hanya tersenyum. Lima saat selepas itu,baru lah dia bersuara. "Sutina,selagi dunia ini belum berakhir, Allah sentiasa menerima taubat kita. Tugas kita hanya meminta ampun dan menyesal atas kesalahan kita." Terang Danish Issara.

Ya,Danish Issara bukan lah datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya. Abang nya sendiri hampir murtad dek cinta nya kepada seorang perempuan warga Sepanyol. Tetapi akhirnya dapat dipujuk oleh ibu mereka. Dulu,Danish Issara juga seperti Sutina. Sejak dia menuntut di sekolah menengahnya,baru lah dia mendapat tarbiyah. Dia dibimbing oleh mereka yang ikhlas dan prihatin. Perubahan pada diri Danish Issara juga lah yang membawa perubahan drastik keluarga nya. Dia sangat bersyukur.

"Mummy bersyukur sangat dapat anak macam Is." Kata-kata yang tidak akan pernah Danish Issara lupa. Dia tersenyum sendiri. Tanpa sedar,lima pasang mata memerhati dia. "Kamu kenapa tersenyum sendiri?" Tanya Marfuq. "Aku hanya terfikir akan Mama aku. Aku sangat merindui nya."

-

Di saat yang lain lena dibuai mimpi walau tidak di atas tilam yang empuk,Danish Issara masih tidak mampu untuk tidur.
Acap kali dia mencuba,namun gagal. Danish Issara berasa sesuatu. Dia yakin Allah sedang menghampirkan bantuan yang dipohon nya. Tetapi dia masih tidak jelas. Sebelum tidur,sekali lagi dia berdoa kepada Allah. Kesejukan dek hujan yang lebat membuat Danish Issara terlelap.

-

"Weh,jom keluar dari sini. Aku dah tak sanggup. Jom!" Danish Issara tersedar dari tidur. Dia melihat tingkap yang berada pada bahagian atas dinding. "Dah siang." Danish Issara mengetuk laju pintu bilik itu. Dia mahu ke tandas untuk mengambil wudhu'. Solat Subuh nya masih belum tertunai.

Selepas mengejutkan kawan-kawan nya di situ dan masing-masing sibuk bergilir ke tandas,Danish Issara duduk dan bersandar. "Apa yang aku mimpi semalam?" Desis hati nya. "Dah nak dekat mungkin."

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang