Bab 12

43 1 6
                                    

Danish Issara masih memikirkan jalan penyelesaian. Sesekali dia memerhati kawan sekolah menengah nya itu. "Syu,don't you have a telephone?". Tanya Danish Issara yang sangat berharap tatkala itu.

"Amboi pakcik ni. Ber'speaking-speaking' pula dengan kita",tutur hati Lili Syuhada. Tanpa bersuara,Lili Syuhada bangkit dari duduk nya. Namun,belum sempat kaki nya menyempurnakan satu langkah,kaki nya tadi ditarik semula. Dia mengeluh dan kembali duduk.

"Eh,kenapa kau duduk balik?". Tanya Danish Issara pelik. "Phone tu dalam beg aku lah. Tapi,beg tu tak ada dengan aku sekarang. Alaa..macam mana kita nak keluar ni?". Mereka buntu.

Danish Issara melihat Lili Syuhada yang sedang duduk tertunduk. Sesekali dia menutup muka dengan kedua-dua tapak tangan nya. Tiba-tiba,Lili Syuhada bangkit sekali lagi. Dia menuju ke pintu. Pada awal nya,dia mengetuk pintu itu dengan cara biasa. Mungkin Lili Syuhada mahu menjaga kesantunan nya. Tetapi,lima minit mengetuk tanpa balasan,kesabaran yang diringi kesantunan nya makin cetek. Akhirnya,dia menyepak pintu itu sekuat tenaga wanita nya.

"Panggg!". Danish Issara kaget. Terlihat kesan retakan di pintu itu dek sepakan Lili Syuhada.

"Syu,kau kenapa? Boleh aku tahu?". Pertanyaan lagi yang terkeluar dari mulut Danish Issara. "Aku". Baru sahaja sepatah perkataan yang diucap,Lili Syuhada menarik nafas sedalam-dalam nya. Letih. "Aku nak jumpa bos dia orang. Aku dah fikir masak-masak nak buat apa nanti. Kau,kau tolong bertafakur kat sini masa aku jumpa dengan bos dia orang tu. Okay?". Terang Lili Syuhada.

Pintu dibuka. Seorang lelaki berambut panjang menunjukkan muka. "Apa yang kamu bikin?".

Lili Syuhada terus berhadapan dengan lelaki itu. "Mana bos kau? Aku nak jumpa dia". Kata Lili Syuhada dengan kasar.

Lelaki itu mengangguk. Lili Syuhada juga hairan kerana semudah itu dia dibawa keluar. Tapi yang pasti,setiap langkahnya diiringi zikir. Bermohon kepada Allah agar dipermudahkan.

-

Danish Issara bertafakur. Kadang,dia termenung. Bagai tidak percaya apa yang berlaku. "Lili Syuhada". Desis nya.

-

Seorang lelaki menuju ke meja Lili Syuhada yang tatkala itu ligat membuat kerja sekolah nya.

"Syu,dah siap report Fizik? Nak pinjam". Lili Syuhada mendongak,ingin tahu siapa yang bertanya. Dua saat selepas itu,dia tunduk kembali lalu berkata, "Buku aku atas locker tepi kamus DBP tu".

Usai mengucapkan terima kasih,Danish Issara berjalan menuju ke bahagian belakang kelas untuk mengambil buku Fizik Lili Syuhada.

Setelah duduk,dia bertanya sesuatu kepada rakan nya,Wan Zuhdi. "Zuhdi,aku nak tanya. Syuhada tu memang macam tu ke? Macam tak suka bergaul dengan orang. Dia loner ke?". Wan Zuhdi tersengih. "Tak. Aku rasa tak. Selalu saja aku nampak dia bergelak sakan dengan geng dia. Cuma,aku rasa dia memang tak suka bercakap dengan lelaki. Kot lah. Bercakap pun bila perlu saja. Haha. Tapi aku tak pasti nak cakap dia tu pemalu atau pun tak".

-

Lili Syuhada mengekori lelaki itu. Dia sangat berhati-hati melalui laluan di situ. Botol arak dan serpihan kaca bersepah-sepah. Matanya juga sempat melihat tompok-tompok darah di dinding yang telah dilewatinya. Bulu romanya menegak. Hanya zikir yang mampu menguatkan semangatnya tatkala itu.

Lelaki yang berambut panjang tadi berhenti. Lili Syuhada juga berhenti. Dia nampak manusia-manusia di hadapannya sekarang. Seorang perempuan dan empat orang lelaki. Mereka semua tersenyum sinis kepadanya.

"Kamu! Ke mari". Arah seorang lelaki bertubuh sasa yang dari tadi duduk di sebuah sofa baldu biru yang besar. Setelah tiga tapak Lili Syuhada melangkah,lelaki tadi itu memberi isyarat kepada perempuan yang berada di atas ribanya untuk bangkit." Errhh. Geli gila". Rungut Lili Syuhada dalam hati.

Tiba-tiba Lili Syuhada bersuara," Apa yang kau mahu sebenarnya? Hah?". Muka nya dibuat serius agar dia tidak dipermainkan." Aku... Aku sebenarnya mahu kan wang. Bisa kamu beri? Hahahaha". Lelaki itu gelak dengan berlagak. "Pastinya tidak bukan? Oleh itu,akan aku jual dirimu nanti di sempadan".

Lili Syuhada mengangkat tangannya yang tergenggam. Apabila genggaman itu dibuka,seutas rantai emas tergantung ditangannya. Mata lelaki tadi membesar sambil tersenyum. "Aku ada emas ini. Aku bisa beri padamu. Tetapi dengan syarat,aku harus bebas dari sini".

Lelaki itu menepuk tangannya." Syabas. Ini yang aku mahu. Hemm,loketnya juga nampak bagus sekali". "Loket ini aku nggak beri padamu. Sekiranya kau inginkan juga,aku mahu salah seorang dari mereka juga turut bebas". Lili Syuhada membuat perhitungan bijak dengan lelaki itu.

"Baik. Aku setuju". Lili Syuhada mencampak rantai itu ke lantai. Tanpa membuang masa,dia kembali ke bilik nya. Dia sangat gembira san bersyukur. Dia sedar,selepas keluar dari tempat ini,dia perlu lebih kuat. Banyak cabaran yang bakal ditempuhinya.

-

Pintu terkuak. Danish Issara yang duduk bersimpuh mendongakkan kepalanya. "Weh. Jom keluar dari sini. Aku dah tak tahan. Jom!". Gesa Lili Syuhada dan dia terus berlalu. Danish Issara juga terus bangkit dan mengikutinya walaupun masih kebingungan.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 28, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang