*Melirik

42 2 6
                                    

Lili Syuhada termenung di hadapan cermin di dalam bilik air nya. Matanya terpejam. Tidurkah dia?

"Gbuk!". Tangan yang diletak pada sinki terlepas lalu dia jatuh terduduk.

"Adui. Haa...sakitnya". Punggungnya kesakitan. Sudah lah hatinya sedang dipulihkan akibat kejadian kelmarin. Tidak sempat hatinya sembuh dengan sempurna,punggungnya pula yang sakit.

Lili Syuhada bingkas bangun. Dia menilik wajah nya sambil mendekati cermin. Dengan nada yang perlahan dia mengira. "Satu...dua...tiga...empat". Dia terus memasamkan muka. Hatinya pula berkata "Banyak gila jerawat aku. Macam mana nak pergi shopping nih? Hisshhh. Lantaklah".

-

Kepalanya ditoleh. Kanan-kiri-depan-belakang. "Mana diaorang nih? Kata dah sampai". Hati Lili Syuhada berkata.

Ada satu tangan menyentuh bahunya dari belakang." Syu!". Dia tersenyum pada Lili Syuhada. Seakan mimpi. Lili Syuhada tak percaya mereka boleh berjumpa kembali di sini. Di Tesco.

Aina Adreen dipeluk erat oleh Lili Syuhada. Dia sangat teruja. Tapi,ketika dia sedang memeluk sahabat lama nya itu,tiba-tiba Lili Syuhada terlihat satu susuk tubuh yang dia kenal.

"Ammar".

"Eh. Lamanya kau peluk aku ni. Belum habis lepas rindu lagi ke?". Bagai baru tersedar dari lamunan, Lili Syuhada melepaskan pelukannya." Ermm...rindunya kat kau". Dia bagai ingin menangis. Hemm. Walaupun Lili Syuhada rasa perbuatan nya itu tak patut,apa lah daya dia. Ya,dia berperasaan sebegitu bukan sebab Aina Adreen,tapi kerana Ammar Haziq.

Hatinya kacau. Dia keliru.

-

"Weh,kau buat jalan apa? Lambat gila. Kau pergi mana?". Bertalu-talu soalan daripada Sarah Zawani. Dengan lemah Lili Syuhada menjawab, "Aku terserempak dengan kawan lama aku lah. Sorry ek kau orang".

Selepas itu,mereka pun mula bergerak mencari keperluan masing-masing. Alia Syahirah juga mengikuti mereka hari ini. Dia menggantikan Ummi Hashfa yang tidak boleh ke Indonesia bersama mereka.

Lili Syuhada bergerak ke bahagian pakaian. Jauh dari kawan-kawannya. Hatinya membawa dia ke situ. Tetapi,dia tidak sedih bersendirian. Ada kawan nya yang perasan akan keadaannya tatkala itu.

Alia Syahirah menyiku nya." Oi. Kau kenapa? Macam sedih je. Macam sedih je". " Nothing lah". Jawab Lili Syuhada ringkas." Alah...aku tahu kenapa kau macam ni. Mesti kau ternampak si Ammar tu kan? Relax lah. Mungkin ada sebab kenapa dia pergi macam tu je". Alia Syahirah cuba memujuknya. Di antara banyak-banyak kawan Lili Syuhada,Alia Syahirah sahaja lah yang tahu mengenai hal Ammar Haziq.

"Okay". Jawabnya ringkas. Tidak mahu mengingati lagi tentang si dia.

Lili Syuhada mencapai sehelai skirt yang bercorak vintage. Dia menyuakan skirt itu pada Alia Syahirah. "Cantik. Aku pun dah ambil satu. Hahaha". Kata Alia Syahirah. "Alaaa kau ni. Kenapa ambil juga. Kau ambil warna apa? Aku tak nak beli yang sama". Rungut Lili Syuhada." Aku ambil warna biru lah. Kau ambil je yang tadi. Warna pink kan?".

Lili Syuhada. Banyak karenah nya. Tetapi,rakan-rakan nya tetap setia bersama dia. Di saat Lili Syuhada jatuh longkang sampai lah mereka sama-sama berdiri di atas pentas dengan pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan.

Sampai Di Sini ( till here )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang