soojin’s
“ Doktor Lee! ”
Berdentum bunyi fail dihempas kuat ke atas meja, berjaya menyentakkan diri aku yang sudah berdiri kaku di hadapan lelaki ni. Aku mengetap bibir erat, terlalu takut untuk mendengar ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulutnya. Mendengar saja nada suaranya yang agak meninggi itu, aku menjangka dia mahu melepaskan rasa marah pada aku.
“ Awak tahu apa yang awak dah buat? ” Suaranya kembali normal, tidak lagi menengking seperti tadi. Anak matanya merenung aku tajam, bagai mahu ditelannya aku yang semakin menikus ni. Aku mengangguk perlahan, mengakui kesilapan aku tadi sebelum membongkok berkali-kali, “ S–saya salah diagnosis. Maafkan saya, prof. ”
Suara keluhan dilepaskan, menghulurkan fail yang dia hempas tadi pada aku semula sebelum dia menyambung lagi, “ Awak ingat awak masih tengah belajar? Ini bukan kampus, Doktor Lee! Kalau awak salah diagnosis lagi lepas ni, awak rasa patient akan terima permohonan maaf awak tu? ”
“ Maaf, professor. ”
Hanya itu saja yang mampu keluar daripada mulut aku selepas ditengking tadi. Apa? Apa yang kau jangka aku akan buat? Sebagai doktor residen tahun 2, terima sajalah segala kritikan dan arahan. Apa saja kesalahan kau, semua bakal diperhati. Satu alasannya ialah untuk pastikan kami semua sedia untuk jadi doktor yang sebenar satu hari nanti.
Aku melangkah keluar dari bilik professor aku itu dengan langkah lemah. Tanpa pedulikan rakan sekerja yang lain, aku terus menuju ke tempat duduk aku. Meja yang berterabur dengan segala jenis buku dan kertas yang aku guna langsung diabaikan.
Apa yang aku nak cuma ruang untuk bersendirian selepas dimarahi tadi.
“ P–Prof Lee marah kau lagi, Soojin? ” Ada seseorang menegur lembut, aku tidak tahu siapa dek kerana aku menyembamkan wajah ke meja. Menahan tangis dari keluar lebih banyak. Aku menggeleng, meminta ruang privasi untuk seketika,
“ Please don't talk to me. Just let me be alone for awhile. P-please. ”
Jadi doktor bukan mudah, dan aku tahu itu.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
lee sangyeon as himself.
lee soojin as you.p/s : saya delete ff sangyeon yang sebelum ni, saya ganti dengan yang ini :) yang sebelum ni macam mengarut.
YOU ARE READING
doctors. sangyeon
Fanfiction⌈ discontinued ⌋ a doctor needs a doctor too, right? ft. lee sangyeon #11. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2021