2

158 33 4
                                    

author’s

5:00 p.m.

Waktu operasi pusat kesihatan itu sudah sampai ke penghujungnya untuk hari itu. Pada kala orang lain sudah bersiap-siap untuk pulang, Soojin kekal di mejanya. Menulis sesuatu dalam buku notanya, tiada tanda mahu pergi. Juyeon di sebelahnya menegur, “ Soojin, tak nak balik? ”

I should stay here for awhile. Kau balik lah dulu. Aku okay. ” Soojin mengangkat wajah, tersenyum ke arah Juyeon. Hampir separuh hari dia melepaskan rasa sedihnya, jadi sekarang dia kena kumpul semula semangat untuk terus bekerja. Juyeon lambat-lambat mengangguk, tidak pasti dia patut pergi atau teman Soojin di situ.

“ Kau pasti? ”

“ Aku okay, Juyeon. Bukannya kau tak tahu. Dah, dah. Shuh, pergi balik. Aku akan balik lepas aku siap kaji semua ni. ” Soojin tersengih, melibas tangannya ke arah Juyeon, memaksa lelaki itu segera beredar. Seperti menghalau pun ada. Juyeon pasrah, akur juga melangkah pergi dari situ.

“ Jangan balik lewat sangat. Kau tu perempuan, jangan— ”

“ Iya, Juyeon. Aku tahu. I'm not a kid anymore. ”

Sempat lagi berpesan sebelum dia betul-betul hilang dari pandangan, hampir tergelak Soojin mendengar lelaki merangkap kawan rapatnya itu membebel tidak henti sejak tadi. Tiada lagi gangguan, Soojin meneruskan kerjanya tanpa ditemani sesiapa.

Hari beransur gelap sehingga tidak sedar jarum jam sudah menghampiri angka 10 malam. Soojin masih berada di meja pejabatnya, tiada tanda mahu bergerak pulang. Badan masih melekat dekat kerusi berjam lamanya. Hanya berbekalkan lampu meja, Soojin meneruskan kajian tentang penyakit yang dia salah diagnosis pagi tadi. Tidak pasal-pasal dirinya teruk ditengking professor sendiri, hancur terus mood dia hari tu.

“ Doktor Lee? ”

Satu suara menegur, cukup mengejutkan Soojin yang sudah separuh layu menghadap nota perubatan dari tadi. Penglihatan pun dah kabur saja, tiada tenaga lagi untuk meneruskan kajiannya malam itu.  Sebaik saja terdengar suara yang menegur tadi, serta merta Soojin berasa segar semula. Mata membulat besar, merenung ke arah si empunya suara yang tercegat di sebelah meja pejabatnya.

P–prof. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

doctors. sangyeonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang