soojin’s
Jadi kekok pula aku duduk berdua saja dengan Sangyeon dalam kereta. Aku nak ajak berbual pun aku tak tahu topik apa yang patut dipilih. Sunyi sangat! Aku mengerling ke arah Sangyeon beberapa kali sebelum berdehem perlahan.
“ Prof, nak tanya boleh? ”
Sangyeon memalingkan wajahnya sekilas ke arah aku sebelum fokus semula pada pemanduannya, “ Hm? ” Aku serba salah nak tanya tapi, daripada aku pendam lebih baik aku luahkan terus!
“ Prof, er— prof tak suka saya ke? ”
Soalan tadi dibiar tergantung tanpa jawapan, sehinggalah dia berhenti di hadapan lampu merah. Lelaki ni menghela nafas seketika sebelum tiba-tiba menoleh ke arah aku, bersuara, “ Saya pernah cakap saya benci awak ke? ”
“ B–bukan. Yelah, sejak saya bekerja bawah prof, prof asyik marah dengan saya. Dengan orang lain, prof okay. Dengan saya, hm macam singa lapar nak telan orang. Ish, takut. ” Bunyi macam aku mengadu nasib tapi, tak apalah lol. Selamba sungguh aku mengeluh macam tu, sedangkan di sebelah aku ni ketua aku sendiri! Biarlah. Bukannya aku tengah mengumpat sesiapa.
Aku boleh dengar suara Sangyeon ketawa kecil. Amboi, prof. Aku tengah mengeluh ni kau boleh gelak? Tapi, asalkan dia tak tunjuk garang dia tu aku okay lagi. Manalah tahu, dia tiba-tiba melenting bila aku complain macam ni. Naya pula jadinya.
Dengan senyuman di bibir, lelaki ni menjawab, “ I’m so sorry, Soojin. Maaf kalau awak rasa saya jadi makin garang. I'm sorry. ” Aku tenung muka Sangyeon yang tidak lagi setegang masa dia bekerja. Ni lah Professor Lee yang aku kenal! Kalau tidak, orang nak pandang pun rasa gerun. Ada bagus juga aku tanya tadi. Kalau tidak sampai bila-bila pun aku tak tahu apa masalahnya.
“ Kenapa? Prof ada problem? Share lah. Mana tahu saya boleh tolong. ”
Iya, nampak aku ni macam busybody orangnya. Suka hati lah, aku kenal Sangyeon bukannya sekejap. Dah hampir 5 tahun kalau termasuk waktu aku jadi students dia. So, it's okay kan? Sangyeon menggeleng, mula memandu semula selepas lampu isyarat bertukar hijau, “ No, Soojin. I’m fine. Saya tak ada masalah pun. Maybe saya penat bekerja, habis semua lelah saya lepas pada awak. I’m sorry again. ”
“ Then, I should be your listener. ”
Kali ni Sangyeon tak membalas, hanya fokus ke hadapan dengan bibir dia dari tadi tak habis tersenyum. Jangan macam ni. Aku yang tak senang duduk nanti, ish. Aku ni pun satu hal. Nampak miang betul ya Tuhan.
“ Soojin, awak tinggal mana? Tak kan nak ikut saya balik sekali. ”
“ Why not? You're not a married man yet so, saya rasa okay je. ” Membulat besar mata Sangyeon bila aku selamba balas macam tu. Gosh, berani kau bergurau macam tu dengan professor sendiri! Entah-entah dia dah kahwin. Hm.
“ Okay, okay! I’m joking, prof. Sorry. Prof turunkan saya dekat bus stop depan tu. Saya boleh jalan kaki je ke sana. Penthouse saya tak jauh pun dari sini. ”
Aku tergelak, sengaja mengusik. Otak aku bila dah tengah malam macam ni memang jadi mereng sikit. Sangyeon seperti tidak setuju, berkerut dahi, “ Wait. Biar jelah saya hantar sampai depan bangunan tu. Kenapa saya nak biar awak turun sini? No. Saya hantar sampai depan pintu masuk. ”
Auch, bahagia betul hidup aku dapat suami macam ni. Berangan jelah, Soojin. Aku tak mampu menolak, jadi mengikut saja. Lelaki ni memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk emper aku, seperti dia cakapkan tadi.
“ Thank you, prof. Sorry if prof rasa saya ni banyak cakap ehe. ”
Sangyeon hanya mengangguk, “ No problem. Thanks to you, too. Hilang rasa penat saya. ” Wajah aku dah berona merah semacam, huh kena puji sikit dah kembang semangkuk. Aku tersengih, bergerak keluar dari badan kereta.
“ And, Soojin. ”
“ Yes? ”
“ Your offer to be my listener. Masih buka lagi? ”
Aku terkaku, agak terkejut. Aku tak menjangka pun, tapi kalau dia sendiri yang minta aku okay je lah, “ H–huh? Oh, itu. Itupun kalau prof nak. Kalau prof tak selesa nak berkongsi apa-apa dengan saya, prof tak perlu— ” Sangyeon memotong, tidak sempat aku nak membalas, “ I really need it, Soojin. ”
“ And, I guess I could trust you since you know me better. Awak tahu perangai saya lebih dari orang lain. ”
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

ANDA SEDANG MEMBACA
doctors. sangyeon
Fiksi Penggemar⌈ discontinued ⌋ a doctor needs a doctor too, right? ft. lee sangyeon #11. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2021