9

138 23 2
                                    

soojin’s

“ Nak masuk ke tak? ”

Hampir 10 minit aku berdiri saja di hadapan pintu pejabat Sangyeon. Aku mengigit bibir, teragak-agak untuk membuat keputusan ketika itu. Aku nak jumpa dia, nak minta maaf atas kejadian dalam bilik bedah tadi. Tapi, aku takut. Mana tahu, aku kena marah lagi macam hari tu. Ei, tak nak! Rakan sekerja yang lain semua sudah keluar, tengah lunch break kan. Aku saja masih di sini, terpacak macam tunggul. Aku tahu Sangyeon ada di dalam sebab aku tak nampak dia keluar dari situ sejak tadi. Mungkin aku patut masuk sekarang—

“ Soojin? ”

Baru saja aku ingin mengetuk pintu bilik itu, Sangyeon terlebih dahulu membukanya. Matanya merenung aku, agak terkejut melihat aku berdiri di situ, “ Tak pergi lunch? Dah lewat ni. Nanti nak sambung kerja lagi. ”

P–prof. I'm sorry. Pasal tadi. ”

Tidak melengahkan lagi masa, aku menundukkan kepala ke bawah sambil memohon maaf. Tipulah kalau aku rasa tak takut. Jantung aku sudah berdegup kencang, bersedia untuk terima apa saja ayat yang keluar dari mulut lelaki ni. Hadap saja, Soojin. Hadap!

“ Benda dah berlaku, Soojin. Saya tak boleh nak paksa awak untuk kekal bertenang dalam bilik bedah. But, you still did a great job. Awak berjaya bertahan sampai pembedahan selesai, then you knocked down.Oh? Hah, lega juga sebenarnya bila Sangyeon tak marah aku macam dulu. Tapi, apapun aku tak akan buat kerja gila ni lagi kecuali kalau disuruh saja. Aku tersengih kekok ke arahnya.

“ Awak ada dekat sini, awak jelah teman saya makan kali ni. ”

Aku terkebil-kebil mata, tidak percaya apa yang baru aku dengar tadi. Betul ke apa yang dia cakapkan tadi? Teman makan? Berdua saja dengan dia? Ya Tuhan, bertuah sungguh aku hari ni.

P–prof? ”

“ Saya bawa bekal banyak, tak larat saya nak habiskan. Jadi, awak tolong makan sekali ya. ” Orang dah ajak tu, mana boleh tolak. Aku pun dari tadi tahan lapar je sebab tak ambil sarapan pagi. Terus sahaja bergerak ke sini dengan Juyeon.

Aku tersengih penuh makna, “ Okay, prof!

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Cafe.

“ Banyaknya! ”

Tercengang aku bila melihat bekal yang dibawa oleh Sangyeon. Boleh dimakan untuk 3-4 orang. Mewah sungguh. Memang mustahil untuk dihabiskan oleh seorang saja. Aku mengalihkan pandangan daripada makanan, melihat semula wajah doktor lelaki ni, “ Er, prof. Prof masak sendiri ke semua ni? ”

Sangyeon mengangguk, tersenyum ke arah aku, “ Habis, siapa lagi? Saya nak habiskan leftover food dalam peti, takut expired simpan lama-lama. Lepas masak, baru perasan saya masak banyak sangat. Mujur awak ada. Makanlah. ”

Haih, prof. Jangan cakap begitu. Jangan beri saya harapan palsu. Sedih tau. Asyik bertepuk sebelah tangan. Aku masih lagi tersengih seperti kerang busuk, tidak sabar nak rasa air tangan professor. Mesti sedap aaaaa

“ Soojin. ”

“ Ya? ”

“ Awak ni tak ada boyfriend ke? ”

Tersedak saya dengar soalan tu, professor.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

bila dah masuk college ni faham faham la memang susah nak update :') sorry, i update lagi masa cuti cny ya.

doctors. sangyeonWhere stories live. Discover now