author’s
Dek disebabkan soalan spontan Sangyeon tadi, Soojin tersedak makanan yang baru saja dikunyahnya. Terkejut sangat gamaknya. Mujur tak tersembur keluar, buat malu saja. Cepat-cepat si profesor capai botol air sebelum dibuka penutup dan disua ke arah Soojin, tergelak.
“ I’m sorry. Mesti awak ada— ”
“ Haih, prof! Cuba tengok saya ni. Pakai pun selekeh je. Hari-hari kerja. Tak ada nak rehat langsung. Kadang-kadang mandi pun saya lupa. Makan pun comot. Prof rasa ada ke orang nak saya yang tak betul ni? ” Soojin menggeleng laju, menafikan sekerasnya. Kalau betul lah dia sudah ada teman lelaki, tak mungkin dia berada di sini. Profesion sebagai doktor, mustahil ada masa nak bercinta.
Tapi, kalau bercinta dengan orang yang ada dihadapannya kini, apa salahnya? Sama-sama sibuk, hah! Berangan saja.
Sangyeon masih tertawa, entah kenapa terhibur sungguh dia melihat Soojin biarpun gadis itu tak buat lawak pun. Tengok riak wajahnya ketika berceloteh saja sudah cukup menggelikan hati. Mata bundar yang sengaja dibesarkan, comel!
“ I think you're cute. Mustahil tak ada yang berminat. ”
Soojin meneguk air liur, terasa jantung mahu meletup lagi. Cukup-cukup lah dia terseksa mahu simpan rahsia jatuh hati pada profesor sendiri, janganlah puji lebih-lebih! Naik bahang wajahnya, macam darah menyimbah pada seluruh tubuh ketika itu. Soojin berdehem perlahan, cuba mengalih topik perbualan. Tangannya masih bersemangat menyuap segala makanan di hadapan mata. Tak tahu malu sungguh.
“ Ehem. Prof pula? Tak kan single mingle lagi? Umur prof patut kahwin dah sekarang. ” Selamba sungguh Soojin menyoal. Mana dia dapat keberanian seperti itu, dia sendiri tidak tahu.
Sangyeon tersenyum, tidak segera menjawab pertanyaan Soojin tadi. Kan dah kena soal. Matanya melilau sekeliling, sekali sekala mengeluh perlahan, “ Saya tak jumpa lagi orangnya. ”
Soojin terdiam, meletakkan pengepit di atas meja. Tidak lagi mahu menjamah makanan. Ayat yang keluar dari mulut Sangyeon itu lebih menarik perhatiannya. Saya tak jumpa lagi orangnya. Jadi, profesornya itu sudah lama mencari, tapi masih belum jumpa calon yang sesuai? Sedih pula mendengar.
“ Eih, prof. Mesti adalah. Mustahil tak jumpa. Prof kan ada ramai fans dekat sini. Must be one of them. ”
Soojin cuba menceriakan suasana, padahal hatinya rasa sedih semacam. Prof tak nampak dirinya sekarang ini? Dirinya tak ada dalam calon senarai? Oh, perit betul nak terima. Hilang pula selera makan. Padahal tadi dia lah paling gembira dapat berkongsi bekal dengan Sangyeon.
“ One of them must be you. ”
Eh, apa?
Terkena heart attack sekali lagi, Soojin tertawa kekok, “ Er, haha s–saya harap prof dapat jumpa orang yang sesuai dengan prof. Er, I h–have to go. J–Juyeon minta tolong dia buat sesuatu, bye prof! Thank you untuk makanan! ”
Soojin ingin beredar dari situ segera, terasa seperti dirinya hampir sesak nafas. Tergagap-gagap dia mengatur ayat, jelas sekali tidak sangka itu yang bakal dia dengar.
Fuh, minta oksigen!
“ I must be dreaming right now! Am I dreaming? ”
Melalak seperti orang tidak waras, Soojin berjalan ke hulu ke hilir di dalam tandas dengan wajah yang masih membahang panas. Tiada sesiapa ketika ini, maka dia boleh lepaskan rasa gemuruh sesuka hati tanpa pandangan serong orang lain.
“ Aku yakin tak salah dengar. Pendengaran aku masih baik. Yes, aku yakin aku dengar dengan betul! ”
Bibirnya penat nak tersengih dari tadi, masih tidak percaya apa yang dia baru dengar tadi. Terlalu terkejut sampai melarikan diri ke sini. Kalau Juyeon atau Jiyoon ada sekali, pasti mereka berdua menjadi tempat Soojin luahkan rasa gembira yang terbuku dalam hati sejak tadi.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
YOU ARE READING
doctors. sangyeon
Fanfiction⌈ discontinued ⌋ a doctor needs a doctor too, right? ft. lee sangyeon #11. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2021