8

156 27 12
                                    

soojin’s

9:30 a.m.

Seawal jam 9 pagi pun sudah ada beberapa pembedahan perlu dilakukan. Tak pernah aman pun tempat ni— tapi, aku suka sebenarnya. Apa lagi yang doktor akan buat selain rawat pesakitnya sendiri. Cuma hari ni, aku rasa nak buat sesuatu yang di luar jangkaan sikit.

Can I be your assistant for today, prof?

Sangyeon pandang aku dan Juyeon silih berganti pada kala dia sudah bersiap sedia untuk operasi pembedahan pesakit stomach ulser tadi. Juyeon sudah membulatkan mata, terkejut dengan ayat aku tadi, “ Wait, what? Soojin, kau biar betul? ” Kebiasaannya Juyeon yang jadi assistant Sangyeon bila ada dalam bilik bedah— tugas aku hanya urusan pesakit di luar bilik bedah. Aku tersengih, penuh berharap, “ Please? Saya janji saya tak buat salah, prof. ”

“ Bukan ke kau pernah pengsan dalam bilik bedah sebab tak tahan tengok darah— auch! ” Tidak pasal-pasal Juyeon mendapat hari ni. Lengannya aku cubit perlahan, menghentikan dia daripada expose segala perkara yang terlalu memalukan itu. Ya, betul. Aku pernah pengsan dalam bilik bedah dulu. Entah mana silapnya, aku terasa loya saat aku mula membedah sehinggalah tidak sedarkan diri.

Then, grab you gown.

Sangyeon membalas ringkas sebelum dia beredar ke bilik bedah. Makin melebar senyuman aku apabila Sangyeon sudah beri keizinan untuk jadi pembantunya. Juyeon tercengang, melihat aku berjaya rampas tugasnya hari itu, “ Are you sure, Soojin? Macam mana kalau jadi macam hari tu lagi? ”

Don't worry lah. Kali ni aku buat betul-betul. ”

Sudah lama aku tunggu saat ni. Teringin nak buat kerja sekali dengan Sangyeon, lagi lagi bila ada pembedahan. Mesti orang kata aku ni pelik. Kenapa jadi doktor kalau pengsan lepas tengok darah? Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Hanya berharap aku tak buat silap lagi hari ni.

And, are you taking those pills again Soojin? ”

Lambat-lambat aku memalingkan wajah ke arah Juyeon. Tidak tahu mahu beri respon apa, jadi aku hanya tayang sengihan. Pil apa? Ada satu pil tu boleh kurangkan rasa gemuruh aku bila ada dalam bilik bedah. Sepatutnya aku tak boleh ambil sebarang ubat sebelum mulakan apa apa pembedahan, khuatir ada benda tidak diingini berlaku.

“ Tak banyak, sikit je. ”

“ Sikit pun boleh beri effect banyak. Promise me you won't do the same thing again. ” Juyeon pula yang terlebih risau, sedangkan aku boleh tersengih macam ni. Terasa agak kelakar sebenarnya. Pengsan dalam bilik bedah adalah sesuatu yang tidak pernah dialami oleh doktor lain dekat pusat perubatan ni. Aku saja yang begitu!

Don't worry, Juyeon. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

12:30 p.m.

“ Soojin. ”

Aku tersedar sesuatu. Kenapa aku hanya nampak siling bilik je ni? Bukan ke tadi aku sedang lakukan pembedahan? Jangan cakap yang—
aku bingkas bangun, segera menyoal Juyeon yang ada di sebelah aku penuh desak.

D–did I faint again, Juyeon? ”

Lama Juyeon merenung aku dengan wajah datarnya sebelum dia menghela nafas, “ Unfortunately, yes. Cuma kali ni kau dapat bertahan lama sikit dalam operation room. Kau pengsan lepas siap membedah. Ada improvement. ” Aku tumbuk perlahan lengannya, sengaja cari nahas sungguh.

P–prof ada marah aku ke tadi? ”

Aku menelan air liur, teringatkan sesuatu yang meresahkan hati aku dari tadi. Aku sudah berjanji pada Sangyeon untuk buat betul-betul tanpa ada kesalahan. Tapi, kejadian pengsan dalam bilik bedah tu aku ulang sekali lagi.

Juyeon mengangkat bahu, “ Entahlah. Dia nampak macam biasa je. Tak ada cakap apa-apa. Dialah yang bawa kau keluar dari bilik bedah tadi. ” Memalukan sungguh kau ni, Lee Soojin. Mana aku nak letak muka lepas ni? Macam mana aku nak hadap Sangyeon lagi?

“ Ada rasa menyesal tak sebab rampas tugas aku tadi? ”

“ Diamlah kau. ”

Juyeon tergelak, sengaja membiarkan aku berada dalam keadaan tidak tenang. Berani sangat ambil risiko kan? Terima padahnya sekarang, Soojin!

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

+ happy sangyeon day <3

doctors. sangyeonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang