soojin’s
“ Ha, Soojin! Balik pun kau. ”
Aku hempaskan badan atas sofa sebaik saja melangkah masuk ke dalam emper, tiada tenaga nak pergi bersihkan diri setelah sehari suntuk aku di pusat perubatan. Soalan roommate aku tadi pun tak mampu nak jawab, bagi aku hilang penat kejap. Lif rosak woi, aku kena naik tangga sampai sini. Tu yang tak cukup nafas tiba-tiba.
“ Kau buat apa lama sangat dekat sana? Aku hampir nak ketuk pintu rumah Juyeon suruh dia tengok kau dekat sana. Aku call tak angkat. Aku ingat ada benda jadi dekat kau. ” Aku tengah sedap landing atas sofa, dia boleh hempuk muka aku dengan bantal. Nak lepas geram pun agak-agak lah, ganas bukan main lagi. Aku bangun semula, mengadu sakit pada hidung.
“ Sakitlah! Oh, kau ada call? Sorry, Jiyoon. Aku silent phone. Memang nak call Juyeon suruh ambil, tapi ada orang lain tolong hantar ehehehehe ” Bibir aku tersengih lebar, teringat momen Sangyeon hantar aku balik tadi. Macam once in a blue moon! Aku patut ingat benda ni sampai bila-bila, datang sekali dalam seumur hidup.
“ Sengih-sengih macam kerang busuk ni, mesti orang yang hantar kau balik tu professor kesayangan kau kan? ”
Aku petik jari depan Jiyoon, tersengih, “ Bingo! ”
“ Kau selalu mengadu dekat aku yang dia asyik marah pada kau, tapi kau still suka dia. Pelik aku. ”
Jiyoon berkerut dahi, tergeleng geleng kepala tidak dapat memahami diri aku. Kalau Jiyoon pun tak faham, aku lagilah tak faham. Mungkin sebab dah suka, kena tengking sekalipun macam tak ada apa apa. Ceh, tak ada apa-apa konon. Siang tadi siapa beria sangat nangis macam orang baru putus cinta?
“ Entahlah. Sangyeon tu kan, aku tahu dia bukan jenis yang suka marah oranglah. So— ”
“ Okay, okay. Kau kalau dah start cakap pasal dia, sampai pagi esok pun takkan habis. Pergi mandi! Dah lewat ni, esok liat nak bangun aku tak nak tolong kejut. ” Aku memuncung sedepa bila Jiyoon dah tunjuk tanda tidak mahu dengar aku berceloteh panjang. Naik bosan bila aku asyik cakap benda yang sama agaknya.
Dengan siapa lagi aku nak bercerita? Dengan Juyeon? Heh, jangan harap. Sebab Juyeon pun dah jemu dengar semua tu. Sejak zaman kolej lagi.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
next day.
“ Kenapa balik lewat sangat? ”
“ Kenapa tak call aku? ”
“ Kalau jadi apa-apa macam mana? ”
“ Kau balik naik apa? ”
Pagi-pagi lagi aku dah kena membebel dengan Juyeon, tak aman sungguh. Naik saja keretanya tadi, bertubi-tubi soalan dia serang aku sampai aku tak tahu nak jawab yang mana dulu. Bawa bertenanglah, bang.
And, oh. Juyeon tinggal dekat bangunan penthouse yang sama dengan aku. Jadi, aku tumpang dia bila nak pergi kerja. Untung sungguh, tak perlu bersusah payah kejar bas.
“ Aku tak nak susahkan kau lah, Juyeon. Tak apa. Walaupun lewat, aku dah balik dengan selamat semalam. No worries, bro! ” Juyeon menjeling aku sekilas, macam tidak puas hati dengan jawapan aku. Berkerut seribu wajahnya mendengar cerita aku, “ Siapa hantar kau? ”
“ Professor Lee. ”
“ Dia pun ada dekat situ? ”
“ Iya. Dia datang malam semalam. Ada kerja. Jadi aku tumpanglah dia bila nak balik. ” Bibir aku secara automatik tersenyum bila sebut pasal momen malam tadi. Gila bayang sungguh kau ni Soojin. Lelaki tu tak ada perasaan apa-apa pun pada kau, kau punya happy macam dapat jackpot.
“ Bangga lah tu prof sendiri hantar balik. Confirm tidur lena malam tadi. ” Juyeon mencelah, macam tengah perli aku je dia ni. Dia tahu sangat perangai aku macam mana. Kalau pasal Professor Lee, aku boleh buat 1 karangan penuh tentang lelaki itu saja.
Perlian tadi aku balas, masih tersengih, “ Eh, of course! Sampai termimpi-mimpi aku malam tadi. ”
“ Yelah. Lepas tu kena marah dengan dia, tawar hati balik. ” Aku mengetap bibir, tiba-tiba rasa perlian tu terkena tepat pada batang hidung. Biasalah tu. Perempuan kan senang sensitive. Fakta tu tak boleh dipertikaikan lagi. Hmph!
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
oke, last update. lepas ni taktau lah bila nak update lagi hahahaha
YOU ARE READING
doctors. sangyeon
Fanfiction⌈ discontinued ⌋ a doctor needs a doctor too, right? ft. lee sangyeon #11. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2021