5

136 32 6
                                    

soojin's

Bila aku tengok dia ajar aku semula, aku teringat masa aku jadi pelajar dulu. Masa tu, Sangyeon tak garang sangat macam sekarang ni. Boleh dikatakan dia salah seorang favourite lecturer aku dulu, sampai tahap aku boleh jatuh cinta dengan dia.

Ah, macam orang tak betul saja suka pada lecturer sendiri! Tapi, aku tak boleh nak nafikan apa-apa sebab perasaan tu memang pernah wujud dulu. Juyeon sendiri pun tahu! Tapi itu 2 tahun lepas. Sekarang, aku sudah bekerja dibawahnya. Perangai lelaki ni 180° bertukar.

Aku pelik sebenarnya. Aku tak pernah tahu pun dia garang sangat macam ni. Staff dia dulu pun kata dia baik dengan semua orang, tak pernah tengking orang sebelum ni. Habis tu, kenapa dengan aku jadi tegas sangat? Wah, pilih kasih betul! Tak adil! Apa? Sebab aku pernah jadi pelajarnya dulu, so sekarang dia boleh kritik aku sesuka hati dia? Atau, dia balas dendam sebab aku selalu main-main dalam tutorial class dia? Atau, sebab aku selalu cuai masa dalam practical class dia?

“ Soojin. ”

Aku tersentak, hampir nak tercabut keluar jantung aku bila Sangyeon tiba-tiba tenung aku macam nak telan orang. Duh, itulah kau. Buat flashback sampai tak sedar diri sendiri kena tegur.

Y–ya, prof? ”

“ Tak nak balik lagi ke? ”

Aku melirik ke arah jam di atas meja, sudah menghampiri jam 12 tengah malam. Lewat sangat, ini bukan dalam rancangan aku. Kalut saja aku kemas segala harta benda yang berselerak atas meja, sumbat ke dalam beg tangan dalam kadar segera.

P–prof tak nak balik? ”

Aku menyoalnya semula selepas melihat Sangyeon tidak menuju ke arah yang sama dengan aku, lebih specific dia berjalan ke arah lif. Pergi ke pejabat dia agaknya. Lelaki ni menggeleng, tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam lif, “ Saya ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya minta diri dulu. ”

Dengan itu, pintu lif tertutup dan lelaki itu hilang dari pandangan aku. Aku masih tercegat di sini, memikirkan ayat Sangyeon tadi. Hal apa sampaikan tengah malam ni pun dia tak nak balik lagi? Eh, kenapa aku sibuk nak tahu? Lantak dialah nak balik bila-bila pun.

Aku berada di luar bangunan pusat perubatan ni dan tersedar sesuatu. Ada lagi ke bas lalu dekat kawasan ni pukul 12 pagi? Ah, teruk betul. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Sekarang aku nak balik naik apa?

Call Juyeon? No, no. Jangan menyusahkan orang. Tempah Grab? Heol, berani sungguh kau Soojin. ”

2-3 kali aku bermundar-mandir di situ, cuba memikirkan cara untuk pulang segera ke emper aku. Suasana sunyi di luar bangunan ni menambahkan rasa gemuruh aku, kenapalah bijak sangat balik lewat macam ni?

“ Soojin. ”

Hampir melatah aku bila ternampak susuk tubuh yang tiba-tiba muncul depan aku. Aku mengurut dada yang diserang kejutan tadi, cuba mencari nafas semula sambil membebel, “ Ish, prof! Terkejut saya tadi. ”

“ Tak balik lagi? ”

“ S–saya er— saya baru nak tempah Grab, aha. Dah lewat malam, bas tak lalu dekat sini. ”

Aku fikir Sangyeon nak offer hantar aku balik, but nah. Dia cuma angguk dan blah macam tu je. Duh, tak gentleman langsung. Aku mengetap bibir, terasa menyesal pula cakap macam tu tadi. Patutnya aku tebalkan saja muka dan minta lelaki ni hantar aku balik.

Sorry, Juyeon. Rasanya aku kena ganggu kau juga kali ni—

Tidak sempat aku nak dail nombor Juyeon, ada kereta mewah berhenti tepat di hadapan aku. Hon dibunyikan dan aku nampak Sangyeon meminta aku masuk, “ Naik cepat. ”

Aku tersengih sendiri. Gosh, lelaki ni betul betul offer nak hantar aku balik lah. Okay, aku tarik balik ayat aku tadi.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

doctors. sangyeonWhere stories live. Discover now