3

129 36 0
                                    

soojin’s

“ Kenapa tak balik lagi? ”

Aku mengetap bibir, tak tahu nak jawab apa untuk soalan lelaki ni. Sempat mengerling ke arah jam yang berada atas meja, sudah menghampiri jam 10:30 malam. Aku sendiri pun tak sedar sudah malam, tidak terasa pun duduk di sini sehingga 5 jam lamanya. Professor Lee, atau nama penuhnya Lee Sangyeon, masih perhatikan aku, menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut aku.

“ S–saya ada kerja nak buat tadi. Tapi, dah siap dah! Betul, saya tak tipu. ”

Penuh berhati-hati, aku cuba cari alasan yang dirasakan logik dan boleh diterima akal. Aku punya gagap memang tak boleh bawa bincang. Dek kerana pagi tadi aku kena marah tiba-tiba dengan lelaki ni, kau rasa aku boleh kawal rasa takut bila berdepan dengan orang yang sama? Makin kecut perut aku setiap kali disoal sebegitu rupa.

Sangyeon tidak membalas apa-apa, masih berdiri statik di situ merenung aku. Aku perasan matanya beralih pada meja aku yang gayanya seperti diserang ribut taufan. Kertas dengan nota bersepah, sticky notes melekat  di setiap sudut meja. Sekali pandang, tiada lagi ruang untuk letak barang lain.

Aku curi-curi pandang ke arah Sangyeon tanpa dia sedar. Penampilan dia sekarang tidak lagi formal macam tadi, kali ini lebih santai. Mungkin dia pun dah balik awal tadi, tapi datang ke sini semula untuk urusan lain. Ralit sangat aku perhatikan lelaki ni sampai tak sedar dia dah tarik kerusi di meja Juyeon, bersebelahan meja aku, duduk sekali dengan aku.

“ Awak terasa dengan ayat saya pagi tadi, Soojin? Saya minta maaf. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

doctors. sangyeonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang