Nervous, tapi hahahahah silakan bacaaaa prolog!
ꨄ︎ꨄ︎ꨄ︎
"SERRA!"
Sang ibu tangkas menangkap puteri kecilnya yang semakin aktif berlari di taman permainan. Mana tidaknya, si kecil itu cukup pantas berbanding kanak-kanak seusianya.
"Serra, ibu dah pesan, kan. Jangan main jauh sangat. Penat ibu nak kejar kamu ni." Risau yang bertandang di hati seorang ibu tak pernah hilang apabila anak kesayangan terlalu aktif. Dia juga bimbang akan kekurangan puteri kecil itu.
Encik Rafael hanya menggeleng kepalanya perlahan lalu memeluk bahu isterinya, Puan Syahirah. "Awak janganlah risau sangat. Serra tu bukannya selalu keluar bermain kat luar pun. Biarlah dia aktif sekali-sekala dan bermain dengan rakan-rakan sebaya dia."
Puan Syahirah menguntum senyuman lebar apabila mendengar ungkapan suaminya, "Dia tu lincah sangat, bang. Saya bukan risau sebab dia terlebih aktif tapi..." Tubir mata mula bergenang namun Puan Syahirah cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia tak mahu menangis sekali lagi. Tangan naik mengusap lengan suaminya perlahan.
"Puteri kesayangan kita tu akan jadi perempuan paling hebat suatu hari nanti. Saya yakin!" tutur Encik Rafael bangga. Dia mengimpikan puteri tunggalnya akan berjaya apabila meningkat dewasa kelak.
Sementara itu, si kecil Serra memanjat tangga kecil untuk bermain gelongsor. Ramai kanak-kanak sebayanya berebut bermain gelongsor. Baru sahaja punggungnya dilabuhkan permulaan di bahagian gelongsor, satu suara sumbang menarik perhatiannya.
"Arghhh, monster! Monster!" teriak seorang kanak-kanak lelaki sambil jari menunjuk ke arah Serra. Teriakan itu menarik perhatian kanak-kanak di situ, membuatkan semua memberi tumpuan kepada Serra.
"Monsterrrr!"
"Jangan dekat dengan dia! Nanti dia makan!"
"Kenapa muka dia macam monster? Eeee... buruknya!"
Serra memandang sekeliling, suara-suara itu bergema di gegendang telinganya. Kedua tangannya naik menutup telinga. Monster. Itulah gelarannya. Kerana tompokan merah di pipinya, ramai kanak-kanak menggelarkan dia monster.
"Hoi, monster!" panggil satu suara. Serra berpaling ke belakang, seorang budak lelaki berbadan gempal berdiri tegak di belakangnya.
Dengan sekelip mata tubuhnya yang masih belum bersedia untuk menggelongsor ditolak kuat oleh budak lelaki berbadan gempal tersebut.
"Arghhhhh!" Tak sempat Serra brek, dia jatuh terduduk di atas tanah. Hilai tawa kanak-kanak mula membingitkan suasana.
Kolam matanya sudah mula penuh. Ibu bapa di sekeling cuba melihat apa yang berlaku. Si budak lelaki gempal itu ketawa besar. "Kat sini bukan tempat monster bermain!"
Air mata sudah mengalir ke pipi, Serra cuba menahan tangisannya namun disebabkan punggungnya berasa ngilu dan telinganya cukup sakit mendengar hinaan akhirnya tangisannya dilepaskan jua. "Huwarghhhh! Ibuuu... ayy... ayahhh!"
Puan Syahirah yang mendengar tangisan puterinya mula berasa panik dan bergegas mencari Serra diekori dengan Encik Rafael. Kelihatan Serra sedang duduk di atas tanah dengan tangisan yang sangat kuat sehingga menarik perhatian pengunjung di sekitar mereka.
"Ya Allah, kenapa ni sayang?"
"Ibuuuu!" Puan Syahirah menarik Serra ke dalam dakapan.
Encik Rafael cuba memahami situasi dengan pandang sekeliling. Apabila ada seorang pengunjung yang menjadi saksi kejadian memberitahunya apa yang berlaku, Encik Rafael cuba menenangkan diri. Si budak lelaki gemuk itu sudah pun bersembunyi.
"Serra, jangan menangis. Nanti ibu belikan aiskrim. Nak?"
Serra tak menjawab. Dengan tersedu-sedan dia bertanya, "Ibu... ayah... betul ke Serra ni monster?"
"Hei, mana ada. Siapa cakap puteri comel ibu ni monster?"
Serra mencebikkan bibirnya. "Diorang cakap."
Encik Rafael mengendong puterinya. "Anak ayah macam princess tau. Dah, jangan nangis."
"Serra monster ke ibu? Ayah?"
Puan Syahirah tak dapat menahan sebak di dada. Dia berpaling dari terus menghadap puterinya. Sejak anaknya lahir lagi, pelbagai ejekan dan hinaan dilemparkan kepada puteri tunggalnya.
Encik Rafael memujuk si kecil itu.
'Ya Allah, berilah anakku kekuatan untuk tempuhi ujian hidupnya. Biarlah dia membesar dalam keceriaan, tanpa kenal betapa kejamnya dunia ini...' bisik hati kecil Encik Rafael.
So, apa komen awak semua? Hahahaha
Lepas ni, saya hanya kongsikan teaser sahaja!Untuk preorder ebook SWEETNESS, klik link di bio atau;
Whatsapp 018 282 1493 (Admin Fairy)
YOU ARE READING
Sweetness
RomanceSWEETNESS VERSI CETAK PRINT ON DEMAND (CLOSED) SWEETNESS VERSI EBOOK (NOT AVAILABLE) Hanya memaparkan bab terawal sahaja! Terbitan: September 2021 Ebook by Aisywa Novel by Aisywa HAK MILIK CIPTA _AISYWA WARNING! - DILARANG PLAGIAT, MENIRU, INSPIRASI...