*°• ❁❁❁ •°*
BLURB
Bicara manis sang jejaka membuat Serra Dhiya terpesona. Pabila dia titipkan kata-kata yang bergula, Serra Dhiya terbuai dayu. Segalanya bermula apabila Serra Dhiya yang baru sahaja putus tunang melepaskan sakit hati berhadapan dengan tasik, di bawah terik mentari.
"Kecantikan wajahmu bak bulan purnama yang menyerlah kehidupan orang lain."
UNGKU AQIEF DZAKWAN
"Dah gila ke awak ni?"
SERRA DHIYA
"Warasku hilang apabila kau mula menjadi igauan malamku."
UNGKU AQIEF DZAKWANKata-kata manisnya Serra Dhiya tolak serta merta walaupun hati mula goyah. Dia tak mahu dilukai sekali lagi. Ungku Aqief Dzakwan tak pernah kenal erti putus asa sehinggalah...
"What?! Ada orang masuk minang Serra?" - SERRA DHIYA
"Beri saya peluang untuk sembuhkan luka di hati awak." - UNGKU AQIEF DZAKWANHari-hari selepas perkahwinan tak seindah seperti dia impikan. Pelbagai dugaan berlaku, atau lebih tepat hinaan serta cacian daripada sepupu sendiri. Serra Dhiya sedar dia tak sempurna seperti gadis lain.
"Kau tak layak dengan orang kerabat diraja! Sedar diri tu cacat! Bodoh!" - RANIA FERSHIA
Salahkah dia ingin kebahagiaan dalam kehidupannya walaupun secebis?
"Di bawah rembulan yang indah ini, Ungku Aqief Dzakwan berjanji akan sentiasa melindungi Serra Dhiya walaupun harus redah lautan pasifik." - UNGKU AQIEF DZAKWAN
Dialah hero yang tepat. Putera idamannya sentiasa datang menyelamatkan dirinya dari sebarang masalah.
"Aqief hanya milik aku! Selamanya..." - TENGKU HANIES
Siapa pula Tengku Hanies?
❁❁❁
Karya SWEETNESS ini akan menerbitkan beberapa teaser sahaja di Wattpad. Saya harap kemanisan yang saya cuba letak dalam cerita ni cukup manis untuk awak. Kalau rasa tawar tu, saya minta ampun kerana saya tak sweet orangnya.
Anda boleh mula ORDER ebook SWEETNESS dengan saya.
AMARAN
Anda dilarang menginspirasi dan menciplak karya SWEETNESS secara sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak akan bertoleransi kerana malas mahu layan isu 'inspirasi/ciplak'.Watak dalam karya ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati.
Sebarang cringe/sweet/lori gula terbalik, saya minta maaf terlebih dahulu. Tengoklah tajuk ni apa :')
*°• ❁❁❁ •°*
© ALL RIGHT RESERVED
_AISYWA | September 2021
Instagram : @theaisywa
YOU ARE READING
Sweetness
RomanceSWEETNESS VERSI CETAK PRINT ON DEMAND (CLOSED) SWEETNESS VERSI EBOOK (NOT AVAILABLE) Hanya memaparkan bab terawal sahaja! Terbitan: September 2021 Ebook by Aisywa Novel by Aisywa HAK MILIK CIPTA _AISYWA WARNING! - DILARANG PLAGIAT, MENIRU, INSPIRASI...