BAB 10

174 13 2
                                    

MEREKA berdua menanti kedatangan seseorang sambil menikmati sarapan. Disebabkan mesyuarat itu diadakan secara tiba-tiba, mereka belum sempat bersarapan lagi. Awal-awal pagi Serra sudah terpacak di Hidden Beauty.

"Kita nak jumpa klien mana satu?"

"She is a model."

"Model?"

"Kayra Adeline."

Ternganga mulut Serra mendengar sebaris nama itu. Masakan dia tidak kenal model terkenal itu? Hampir setiap minggu pasti ada gosip hangat tentang Kayra Adeline. Sehingga hal peribadi dia turut menjadi bualan orang ramai.

"Kenapa awak pula kena jumpa? Tuan Kamal kan ada?" Pelik Serra dibuatnya, sedangkan Kamal merangkap COO boleh saja uruskan fasal model ni.

"Dia oustation."

"Oh." Hanya itu saja balasan dari Serra. Yalah, takkan model pun CEO syarikat harus berurusan juga? Banyak lagi kerja lelaki itu harus selesaikan.

Seorang gadis tinggi lampai dengan fesyen terkini serta memakai cermin mata hitam melangkah ke arah mereka dengan penuh elegan. Berkali-kali orang akan menoleh jika terpandang susuk tubuh itu.

"Hello, I am Kayra Adeline." Tangan dihulur kepada Aqief namun lelaki itu hanya senyum dan menundukkan kepalanya sedikit. Dia tidak biasa menyalami tangan perempuan. Serra yang menyedarkan hal itu terus menyambut huluran Kayra.

"Have a seat, Miss Kayra."

Kayra duduk bertentangan dengan Aqief. Sepasang mata gadis itu tidak berhenti menilik wajah tampan Aqief. "You look more handsome in reality."

"Thank you. I am sorry on behalf of my staff who couldn't see you today. So, I will replace him to deal the contract with you."

"Oh, I see."

Serra mengeluarkan kontrak Hidden Beauty untuk model di hadapannya kini. Kemudian, Aqief menerangkan isi perjanjian kontrak itu kepada Kayra. Memandangkan Hidden Beauty akan mengeluarkan produk baharu, maka syarikatnya memilih Kayra, model yang semakin hangat di Malaysia.

"If you agree with the terms and conditions, you can sign here."

"Alright, deal." Kayra menurunkan tanda tangan tanpa berfikir panjang. Ini merupakan satu peluang keemasan yang dia tidak akan lepaskan.

Aqief tersenyum senang. "Thank you, Miss Kayra. I hope we can work on this together."

Kayra membalas senyuman Aqief. "Just call me Kayra."

"Okey, Kayra."

Serra yang setia menjadi pendengar perbincangan dua insan itu mula berasa bosan. Berapa lama lagi mereka harus duduk di sini? Punggungnya sudah kematu dan kebas. Tak boleh bergerak.

"We need to go now since we have something to do. Thanks again, Kayra. See you soon."

Kayra turut berdiri bersama Aqief dan Serra. "Cik Kayra, nanti ada orang akan e-mel you more info regarding our new product."

"Okey," balas Kayra tanpa memandang Serra. Matanya hanya tertumpu ke arah Aqief sahaja. Ini ialah kali pertama dia dapat bersemuka dengan billionaire muda kacak, Aqief.

"Let's go, Serra."

Terkedek-kedek Serra membuntuti Aqief menuju ke kereta.

"Tuan Aqief."

"Hmm?"

"Saya rasa kan, Kayra tu suka awak la," ujar Serra.

Aqief senyum senget sambil memandu kereta. "How do you know?"

SweetnessWhere stories live. Discover now