KEDUA kakinya berhenti melangkah di hadapan sebuah bangunan yang kelihatan agak gah. Serra mendongak ke atas dan meneliti nama bangunan itu satu persatu.
Hidden Beauty Corporation.
Selepas mendapat keizinan daripada ibu dan ayahnya, akhirnya dia diterima bekerja di sebuah syarikat yang terbesar di Malaysia. Sempat dia mencari maklumat tentang Hidden Beauty sebelum menjejakkan kaki ke sini. Sebuah syarikat kecantikan yang mengeluarkan produk kosmetik serta penjagaan kulit.
Kakinya melangkah masuk ke dalam lobi syarikat lalu pergi ke arah kaunter receptionist bersama senyuman. "Hai."
Seorang penyambut tamu di situ memandang jelik ke arah Serra. "Sorry, kami tak terima sebarang jualan atau iklan daripada mana-mana peniaga kecil." Dengan penuh berlagak pekerja yang bernama 'Yana' itu menuturkan.
Tercengang Serra dibuatnya. Buruk sangat ke penampilannya hari ini? Dia berpakaian formal iaitu kemeja putih dengan blazer berwarna coklat serta seluar slek berwarna coklat.
"Sorry?"
Yana menjeling. "Awak pekak ke? Kami tak terima apa-apa kat sini. Boleh keluar dari sini sekarang?"
"Tapi saya..."
"Cik Serra Dhiya?" Sapa seorang perempuan yang kelihatan elegan dan kemas.
"Ya, saya."
"Saya Hanim. Saya diberitahu untuk bawa Cik Serra naik ke pejabat sekarang. Bos dah tunggu cik di atas," tutur Hanim dengan penuh sopan dan lemah lembut.
Serra tersenyum. "Okey. Saya baru nak tanya kat kaunter ni, tapi tak tahulah sombong sangat pekerja kat sini."
Terangkat kening Hanim lalu menjeling ke arah Yana yang sudah terkulat-kulat di situ. "Abaikan dia. Jom." Hanim menarik tangan Serra sambil menjeling tajam ke arah Yana.
***
SEJAK tadi dia hanya mengekori langkah Hanim dan kini dia sudah berada di tingkat 18 bangunan ini. Hanim berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Serra yang kaku memandang dirinya.
"Awak okey?"
"Nervous sikit aje."
Hanim ketawa kecil. "Jangan risau, Tuan Aqief tak makan orang, cuma garang sikit aje."
Serra mengangguk faham. Garang sikit aje, kan?
Hanim mengetuk muka pintu pejabat lalu masuk apabila satu suara dari dalam bilik itu memberi keizinan. "Come in."
Serra terkocoh-kocoh mengejar Hanim yang sudah masuk ke dalam bilik itu. Kepalanya pantas menunduk hormat tanpa memandang ke arah majikan barunya itu.
"Tuan Aqief, ni Serra Dhiya setiausaha baru Tuan."
Fokus Aqief pada skrin komputer terus hilang lalu memandang seorang gadis yang setia menunduk itu. "Awak boleh pergi," arah Aqief kepada Hanim.
Aqief tersenyum sinis melihat gelagat setiausaha barunya yang sejak tadi menunduk. Ah, dia langsung tidak perlukan gadis itu dalam hidupnya kerana dia sudah biasa melakukan kerja sendirian namun atas paksaan Kamal, dia reda.
"Lantai ke saya yang bos?"
Terus tegak kepala Serra memandang empunya suara itu. Kemudian, matanya membulat memandang Aqief yang duduk di kerusi berkulit. Lelaki itu...
"Serra?"
"Awak?"
Aqief menahan senyumannya lalu dia mengarahkan Serra duduk di kerusi berhadapan dengannya. Mata Serra menebar ke segenap ruang bilik Aqief yang luas dan berkonsepkan minimalis.
YOU ARE READING
Sweetness
RomanceSWEETNESS VERSI CETAK PRINT ON DEMAND (CLOSED) SWEETNESS VERSI EBOOK (NOT AVAILABLE) Hanya memaparkan bab terawal sahaja! Terbitan: September 2021 Ebook by Aisywa Novel by Aisywa HAK MILIK CIPTA _AISYWA WARNING! - DILARANG PLAGIAT, MENIRU, INSPIRASI...