bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

88.8K 4.6K 1.3K
                                    

"don't say you're weak when you're actually mine, sweetheart."

"Arin!"

Arin yang berada di kaunter itu lantas didekati oleh Pak Mail.Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada pekerja barunya itu.

Arin yang khusyuk mengemas dikawasan kaunter itu lantas menoleh apabila namanya dipanggil.Kelihatan tubuh majikannya itu sudahpun mendekati dirinya.

"Ada apa eh Pak Mail?"lembut saja Arin bertanya.Rasa hormatnya tinggi buat lelaki yang telah memberikannnya kerja itu.Apatah lagi, bila lelaki itu sentiasa memberi bekalan makanan buat rumah anak yatim setiap hari.Banyak tu tidak lah, cuma niat ikhlas lelaki itu sentiasa mengagumkan dirinya.

Pak Mail tersenyum melihat Arin yang tidak mencuri tulang langsung.Tidak salah dia memberi peluang kepada anak yang tidak bersalah itu.

"Boleh tak kalau Arin hantarkan barang - barang Mak Enah kat rumah dia?Pak Mail kena uruskan bil - bil kedai."pinta Pak Mail.

Arin berfikir sejenak bersama senyuman janggalnya.Entah kenapa hatinya tiba - tiba saja berasa tidak sedap hati.Namun, melihat riak berharap yang ditayangkan oleh Pak Mail itu membuatkan dirinya rasa bersalah untuk menolak.

"Emm boleh kot."

Pak Mail tersenyum.Dia bukannya sengaja menyuruh gadis kecil itu, tetapi ada beberapa hal yang perlu dia uruskan hari itu juga.Oleh itu, hanya Arin seorang saja harapannya pada masa itu.

"Terima kasih, Arin.Nanti Pak Mail bagi barang - barang tu."

Arin mengangguk.

Setelah Pak Mail mulai beredar, Arin terdiam sejenak.Bukannya dia tidak tahu yang Mak Enah itu sungguh anti dengan dirinya.Wanita itu kata, dia jijik dengan anak luar nikah sepertinya.Dan kerana itulah, Mak Enah pasti akan mencari cara untuk menghinanya setiapkali bertemu.Arin yang sememangnya tidak mampu untuk melawan itu hanya diam menerima hinaan demi hinaan tersebut.

Tipu lah dia tidak menangis.Cuma, dia pasti akan bangkit kembali.Tidak mahu terkurung dalam kenyataan yang menyakitkannya.Dia masih ada keluarga yang perlu dilindungi.

  ✪✪

Arin memandang rumah yang berada dihadapannya itu.Rasa debar didada cuba untuk dikawal.Tangannya erat menggenggam tali plastik yang berisi barangan kiriman Mak Enah itu.

"Kau boleh Arin Mikaela."

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.Dadanya sempat diusap perlahan sebelum loceng yang berada di tepi pagar rumah tersebut ditekan sekali.

Tiada sahutan.

Loceng itu ditekan semula.Ucapan Salam dilaungkan.

"Kejap oii!"

Arin mulai gelisah apabila telinganya sudah dapat menangkap suara wanita berusia itu.Jari - jemarinya sudah bermain antara satu sama yang lain.Tabiatnya apabila berasa gelisah!

"Eh, kau nak apa anak luar nikah?"

Arin memejamkan mata.Hatinya sakit.Sakit mendengar sapaan daripada Mak Enah itu.Tidak lama kemudian matanya dicelikkan semula.Senyuman cuba diukir.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now