bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

76.3K 4.9K 1.3K
                                    

"don't say you're weak when you're actually mine, sweetheart."


Tubuh Arin dibaringkan keatas tilam itu.Adrian memandang wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu.Rambut gadis itu diselitkan kebelakang telinga.

"Ad, nah pakaikan selimut ni kat Arin.." suruh Puan Zainab yang baru masuk kebilik itu bersama sehelai kain agak tebal.Kain tersebut dihulur kepada Adrian.

Adrian berkira - kira untuk menyambut huluran tersebut.Tapi akhirnya disambut jua.

Puan Zainab lantas keluar dari bilik itu.Dia ingin mencari ubat dan menyediakan air panas buat Arin apabila gadis itu bangun nanti.Lagipun, dia ingin memberi ruang antara pasangan yang baru kahwin itu.

Adrian menutupi separuh badan Arin sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil yang agak usang itu.Wajah pucat Arin dipandangnya.

Tadi dia mahu bawa gadis ini kehospital berdekatan, namun ibu gadis itu menolak.Kata wanita itu, lebih baik dirawat dirumah.Dan dia hanya mengikuti arahan itu memandangkan gadis itu hanya pitam.Nanti, sedarlah tu.

"Arin Mikaela binti Abdullah."sebut Adrian perlahan.Tangan gadis itu dicapai sebelum digenggam.

"Aku suka bila kau sentuh tangan aku tadi..Benda tu buat marah aku hilang."

Ya, memang benar.Sebenarnya, jika Arin tidak menghentikannya tadi, dia pasti sudah menampar wajah wanita tua itu.Amarahnya pada masa itu sudah tidak dapat dikawal.Entah mengapa hatinya sangat sakit melihat tingkah wanita itu.

Kini wajah Arin direnungnya semula.

Keningnya yang terukir indah.

Hidung mancungnya.

Bibir mungilnya.

Semuanya sangat indah tercipta.Pipi gebu isterinya itu disentuh sebelum diusap perlahan.Tanpa dia sedar, dalam hatinya sudah ada tempat buat gadis tersebut.Kasih sayang buat gadis itu disalurkan melalui usapannya.

Dia pun tidak tahu mengapa hatinya cepat sangat lembut apabila dengan gadis itu.Padahal, sebelum ini tiada siapa yang berani menghentikannya dari marah.Siapa pun yang melakukan perkara itu, pasti akan menjadi mangsa barannya.

Namun berbeza dengan gadis ini.

"You're mine, Arin..Only mine."

Adrian bangun dari duduknya.Dahi bersih isterinya itu dikucup penuh kasih.Pipi gadis itu sempat diusap sekali lagi sebelum langkahnya dibawa keluar dari ruangan itu.Kelibat Black dicarinya.

"Bodoh."carutan itu keluar dari mulut Adrian apabila melihat Black yang sudah tidur pulas diatas lantai ruang tamu itu.Kepalanya digeleng perlahan.

'Lahanat ni memang tak pernah tak malukan aku.'

Tubuh lelaki itu dihampiri sebelum ditendang - tendang perlahan.Black merengek apabila tidurnya dikacau.

"Hoi bangunlah, bangang.." bisik Adrian.Risau didengari oleh makhluk lain yang ada dirumah itu.

Black tidak bergerak langsung.Hanya mulutnya sahaja yang menggumam perlahan.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now