bab 59 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

56.6K 3.2K 136
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Dah makan kan sayang? Haa, sekarang tidur..Nanti kalau masih penat, sayang tak boleh discharge tau?"beritahu Adrian dengan nada lembutnya.

Tubuh isterinya dibaringkan keatas katil dengan penuh lemah - lembut.Selimut ditarik hingga keparas dada Arin.

"Awak, saya tak penat lah.."riak tidak suka ditayangkan pada wajahnya yang kian sembuh dari sebarang lebam dan luka itu.Dia baru saja makan, takkan nak tidur terus? Lagipun, dia sudah sembuh lah.Adrian saja yang masih menganggap nya sakit.

Adrian mencuit hujung hidung Arin.

"Sayang baby tak?"

Arin mengangguk.Mestilah dia sayang anak mereka.Ibu mana saja yang tidak sayang anak mereka kan?

"So, you need to take your rest."kata Adrian sambil mengusap kepala Arin.Dia juga melabuhkan satu kucupan kasih pada kawasan ubun - ubun isterinya itu.

Arin akur.Diikutkan hati, memang tak ingin dia tidur.Daripada tidur, lebih baik dia berbual dengan Adrian.Tapi jika di ingatnya semula, kesihatan kandungan nya tetap perlu dijaga.

Adrian tersenyum melihat Arin yang sudah mendengar katanya itu.Mata gadis itu juga sudah dipejam, cuba untuk tidur.Dia menepuk - nepuk lengan Arin, serupa mendodoikan seorang bayi.

Tok! Tok! Tok!

Tercelik mata Arin semula.Dia dan Adrian serentak menoleh kearah pintu.

"Hello, everyone?"

Senyuman lebar terlakar pada wajah Arin.Dia juga sudah bangun dari perbaringannya.

Adrian mengeluh.Kakaknya ni pun satu, waktu Arin mahu tidurlah dia datang!

"Kak Nasha, masuklah!"riang sekali nada Arin menjemput kakak iparnya itu untuk masuk.Bukan main bahagia dia melihat wanita yang tua lima tahun darinya itu!

Nasha tersengih.Pintu wad itu ditolak agar lebih luas.Kaki laju saja dibawa masuk kedalam ruangan tersebut.

Datin Anna dan Dato' Nazri yang berada dibelakang Nasha turut melakukan yang sama.Masing - masing dengan senyuman.

"Papa.."Arin agak terkedu melihat Dato' Nazri yang sudah duduk dikerusi yang terdapat dalam wadnya itu.

Adrian yang sudah menangkap kelibat papanya juga hanya diam.Kedua tangan naik memeluk tubuh.Entah apa lagi yang lelaki tua itu inginkan..

Masih belum sedarkah lelaki itu?

"Macam mana, Arin? Kamu dah sihat?"

Arin memandang wajah Datin Anna.Dia lantas mengukir senyuman yang tampak sedikit kekok.Kekok dengan kehadiran Dato' Nazri yang tiba - tiba itu.Sekali dengan senyuman lagi.Memang pelik Arin dibuatnya.

Sepanjang dia bertemu dengan papa Adrian itu, lelaki tersebut tidak pernah memberikan senyuman langsung kepada nya.Apatah lagi datang melawatnya!

"Er.. Alhamdulillah, Arin rasa dah Makin sihat sekarang..Papa, Mama duduklah."

Adrian mendekati Arin.Bahu gadis itu dirangkul dari tepi.Risau pula dia jika papanya itu ingin berbuat apa - apa kepada isterinya.

Bukan mahu bersangka buruk, tapi dia hanya bertindak berdasarkan apa yang dia telah hadapi sebelum ini..

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now