bab 45 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

56.2K 3.2K 128
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Adrian memarkirkan keretanya tepat dihadapan pintu utama rumah mewah miliknya itu.Badan yang lenguh diregang sekejap.Hampir satu jam dia memandu pulang dari vila keluarganya.

Arin pula hanya diam melihat segala perbuatan Adrian.Sejak masuk kedalam kereta, mereka langsung tidak berbual apa - apa.Dia faham yang Adrian masih marah dengan Dato' Nazri.

"Sayang.."panggil Adrian dengan mata terpejam.Badannya juga sudah disandar ke kerusi.Dia tahu yang isterinya itu tidak henti - henti merenung kearahnya sejak tadi lagi.

"Ya, awak?"Arin sudah memusingkan tubuh menghadap Adrian sepenuhnya.

Adrian mencelikkan mata.Wajah gadis disebelahnya itu diperhati dengan pandangan yang sayu.Gadis yang langsung tidak bersalah, tapi sentiasa dikaitkan dalam semua masalah.

"Aku minta maaf..Kalau aku tahu papa aku akan cakap macam tu tadi, aku takkan bawa kau pergi sana.."lirih suara Adrian berkata.Sungguh, dia rasa sangat bersalah pada isterinya itu.

Arin mengukir senyuman.Kepala Adrian diusap perlahan.Dia tidak mahu lelaki itu rasa bersalah dengan apa yang jadi.

"Tak, awak tak salah pun..Awak pun tak tahu kan yang papa awak nak cakap macam tu, jadi tu bukan salah awak.."

Adrian menyentuh pipi Arin sebelum diusap - usap.Bila dengan Arin je dia pasti akan tenang.Kenapa?..

"Kau jangan ambil hati tau, sayang? Aku janji, semua yang papa cakap tadi tu tak akan terjadi..Nash Adrian hanya untuk Arin Mikaela, dan Arin Mikaela hanya untuk Nash Adrian..Itu janji aku."ucap Adrian bersungguh - sungguh.Tidak mahu gadis itu terpedaya dengan kata - kata dari papanya.

Arin menggeleng kepala bersama senyum manisnya.

"Saya tak fikir sangat pun, awak..Lagipun saya dah biasa terima kata - kata macam tu..Awak pun tahu kan hidup saya? Jadi, jangan risau, saya tak apa - apa."balas Arin ikhlas.Ya, dia redha dengan semua yang terjadi.Dan dia percaya, yang semua itu pasti ada hikmahnya.

Adrian menarik kepala Arin mendekati dirinya.Satu kucupan hangat dilabuhkan pada dahi si isteri.Rasa kasih dan cintanya cuba disalurkan melalui kucupan tersebut.

"Aku bertuah sangat - sangat sebab miliki kau, sayang.."kata Adrian tulus dari hati nya.Kata - kata yang layak diberikan buat gadis bernama Arin Mikaela itu.

"Tak, saya yang bertuah kerana telah dipertemukan dengan awak..Awak salah satu kebahagiaan yang wujud dalam hidup sedih saya.."

Adrian tersenyum sebelum senyuman itu berubah menjadi satu sengihan.Pipi Arin dicubit geram.

"Kenapa comel sangat ni, hm? Kenapa senang sangat kau buat aku melting ni, sayang?"pipi Arin dicium bertalu - talu.

Arin yang sudah tersipu itu hanya diam membiarkan perilaku Adrian itu.Ayat lelaki itu disimpan kemas dalam kotak ingatan.Satu kenangan manis dalam hidupnya.

Iaitu, bertemu dengan Nash Adrian.

✪✪

Adrian mencelikkan matanya apabila menangkap satu bunyi pelik.Matanya terus mencari darimana punca bunyi itu.

Klak! Klak! Klak!

Pintu gelangsar bilik mereka itu lantas dipandang.Terdapat satu bayang dari luar yang cuba untuk membuka pintu tersebut.Adrian mengerutkan dahi.

"Em.."

Adrian menoleh ketepinya.Wajah Arin yang lena diatas lengan kekarnya itu dipandang.Pipi gadis itu diusap penuh kasih bersama senyuman.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now