bab 37 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

54.9K 3.3K 169
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin mengusap kepala Karl yang sudah terlena diatas ribanya itu.Wajah tidur budak itu sangat mencuit hatinya.

"Serupa dengan Pak su dia.."

Dari lah paras wajah sehinggalah paras wajah budak itu semuanya sama dengan Adrian.Tidak terkecuali dengan baran dan kepintaran mereka.Dah macam bapa dan anak!

Tubuh Karl diangkat perlahan - lahan sebelum dibaringkan keatas katil.Tidak mahu mengejutkan kanak - kanak comel itu dari tidurnya.

Klak

Arin menoleh kearah pintu yang dikuak dari luar itu.Kelibat Adrian yang basah dengan peluh itu dipandang, hairan.

"Sayang.."Adrian mengatur langkah lemah menghampiri isterinya.Dia sudah tiada tenaga untuk melampiaskan marah nya.Matanya juga sudah kuyu kepenatan.

Arin hanya diam menanti kedatangan Adrian.Meskipun dalam hatinya sudah risau dengan keadaan lelaki itu.Tidak pernah - pernah dia melihat Adrian sebegitu.Bagai hilang arah hidup..

Adrian meletakkan kepalanya diatas riba Arin.Air mata jantannya serta merta mengalir.Dia sudah tidak tahan dengan semua itu.Apatahlagi sebaik melihat wajah Arin.

Arin yang melihat terkejut.Adrian menangis?

"Awak, kenapa ni?"soal Arin kalut.Air mata Adrian dikesat laju menggunakan hujung lengan bajunya.

Adrian menggeleng perlahan.

"Nothing, aku just penat."tipu Adrian.Dia tidak mahu Arin tahu kejadian tadi buat masa sekarang.Dia pun terluka, apalagi kalau gadis itu tahu?

Arin tidak percaya.Walaupun penat, lelaki itu tidak akan menangis.Tambah - tambah pula sifat Adrian yang susah ingin menangis.Apa yang terjadi sebenarnya?

"Ada sesuatu yang terjadi ke?"Arin cuba untuk mencungkil lagi.Wajah merah Adrian diusap - usap.Cuba untuk menenangkan perasaan lelaki itu.

Adrian melepaskan keluhan berat.Mata cantik Arin direnung puas.

"Sayang, walau apa pun yang terjadi kau perlu percayakan aku tau? Aku- aku tak sanggup kau hilang, sayang..Don't worry, aku akan selesaikan semua ni dengan secepat mungkin..Aku janji, sayang.."

Arin mengerutkan dahi.Makin pening kepalanya setelah mendengar ucapan Adrian itu.Ada masalah apa suaminya itu?

"Awak, apa yang awak nak sampaikan ni? Ada masalah apa - apa ke?"

Adrian menggeleng kepala.Wajah Arin ditarik agar lebih rapat dengan wajahnya.

"Semua tu tak penting..Aku cuma nak kau sentiasa percaya kan aku..Dan yang paling penting jangan pernah lari dari sisi aku..Aku tak larat, Arin.."lirih sekali Adrian menuturkan ayat itu.

Dia tahu, kalau papanya sudah membuat keputusan, maka lelaki itu pasti akan berusaha untuk membuatkan dirinya melutut dibawah keputusan tersebut.

Senang cerita, semua yang Dato' Nazri sudah katakan, pasti akan terjadi.Tidak kira cara baik ataupun rahsuah..

Arin mengangguk laju meski mindanya masih berfikir keras tentang tingkah pelik Adrian itu.

"Ya, saya akan sentiasa berada disisi awak disaat susah ataupun senang..Itu janji saya dengan awak.."ujar Arin penuh yakin.

Kalau Adrian sudah berjanji untuk sentiasa melindunginya, maka dia berjanji untuk setia dengan lelaki itu.Tempat seorang isteri ialah disisi suaminya.

Adrian mulai senyum.Memang betul, hanya Arin seorang yang mampu menenangkan perasaannya.Sebab itu lah, dia takut untuk kehilangan gadis itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now