bab 26 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

66.4K 3.8K 1K
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Ibu, kami balik dulu.."kata Arin semasa bersalaman dengan Puan Zainab.Senyum dihadiahkan buat wanita tersebut.

Puan Zainab mengusap kepala anak gadisnya itu.Sebak pula hati wanita itu  bila anak menantunya sudah ingin balik ke rumah mereka.

"Ingat Arin..Jangan sesekali derhaka dengan Adrian..Ibu tengok suami kamu tu sayang sangat dengan kamu.Jadi jangan pernah kecewakan dia..Sentiasa percaya dengan Adrian..Ingat, kepercayaan ialah kunci penting dalam satu hubungan.."

Arin mengangguk mendengar pesanan dari Puan Zainab itu.Wanita itu memang tidak pernah lupa untuk memberikan pesanan rumah tangga buat dirinya.

"Baik, ibu..Insha Allah, Arin ingat semua tu.."sopan Arin membalas sebelum mengucup belakang tangan Puan Zainab.

Puan Zainab senyum.

"Ibu, Ad bawa Arin balik dulu.."

Puan Zainab dan Arin lantas menoleh kearah Adrian yang baru saja mendekati mereka itu.Lelaki itu sudah menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Puan Zainab.

"Jaga anak ibu baik - baik, Ad..Ibu percaya kamu."

Dia yakin Adrian mampu melindungi Arin.Arin yang sebelum ini sering dihina dan dicaci orang kampung akhirnya telah bertemu dengan pelindungnya.

Pelindung yang akan setia melindungi nya dari sebarang bahaya.

Adrian mengangguk.Wajah cantik Arin sempat dikerling sekilas.

"Jangan risau, Arin selamat dengan Ad."

Arin diam mendengar perbualan dua orang dihadapannya itu.Tiada langsung niat gadis itu ingin mencela.

"Sayang, jom."

Arin mengangguk.Wajah Puan Zainab dipandang lagi.

"Ibu, kami jalan dulu."pamit Arin lembut.Nasib saja semua budak - budak itu berada disekolah.Jadi rasa sedihnya sedikit kurang bila mereka ingin pulang.Dirumah itupun hanya tinggal Rahman yang masih bayi.

Tapi perasaan sayu itu tetap ada.Begitu juga dengan Puan Zainab.

"Hati - hati, Arin, Ad.."

Arin dan Adrian mengangguk serentak.

"Sayang, come."Adrian membukakan pintu bahagian sebelah pemandu itu buat isterinya.Tempat khas yang sememangnya milik gadis itu.

Selaku, isteri Nash Adrian.

Arin memboloskan diri kedalam perut kereta mewah itu.Seperti biasa, baru saja dia ingin memasang tali pinggang keledar ditubuhnya, satu tangan cepat menghalang.

"Sayang, it's my job."pipi gadis itu dikucup sambil tangannya lincah melingkarkan tali keselamatan itu pada badan Arin.

Arin menyembunyikan senyum dengan wajah yang sudah bertukar rona.Sengaja kepalanya ditundukkan agar lelaki itu tidak melihatnya.Nanti tak pasal - pasal lelaki tu mengusiknya seharian!

Adrian menutup pintu itu sebelum kaki panjangnya diatur menuju ketempat pemandu.Tangan sempat dilambaikan sedikit kepada Puan Zainab yang masih setia menghantar mereka.

"Kami gerak dulu, ibu."laung Adrian sebelum masuk kedalam kereta.Pintu ditutup semula.Enjin kereta dihidupkan.

Hon dibunyikan sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan rumah anak yatim tersebut.Kelibat Puan Zainab yang masih berdiri itu hanya dipandang melalui cermin pandang belakang.

Adrian membetulkan postur badannya sebelum tangan kanan Arin dicapai.Laju saja tangan kirinya menggenggam tangan kecil tersebut.Manakala tangan lelaki itu yang lagi satu masih erat memegang stereng.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now