"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."
Arin menghidangkan makanan yang dia masak itu bersama satu senyuman pada bibirnya.Sesekali, Black, Mark dan Nesha yang termenung dengan wajah yang jelas masih mengantuk itu dia kerling sekilas.Lawak pula dia tengok karenah dua lelaki dan anak gadisnya tersebut.
"Carlos, kamu tak nak join termenung ke?"gurau Arin sambil memandang ke arah lelaki yang hanya berdiam diri sejak tadi itu.Tidak berkata apa - apa dan tidak juga termenung.Hanya duduk statik diatas kerusinya dengan mata sibuk meliar keseluruh hidangan yang ada disitu.
Carlos menggelengkan kepala seraya pandangan dibawa kearah dua orang lelaki dihadapannya dan seorang anak kecil ditepinya itu.Faham benar siapa yang isteri majikannya itu maksudkan.
"Entah macam mana lah Nesha boleh terjangkit dengan senget - senget dua ekor ni."ucap Carlos sambil tangannya mulai naik mengemaskan rambut Nesha yang sedikit kusut itu.Jelas menandakan yang gadis kecil itu terus turun kebawah sebaik bangun daripada tidurnya.
Arin ketawa mendengar kata - kata Carlos itu.Selamba saja lelaki itu berkata sedemikian dengan wajah seriusnya.
"Hai sayang.."
Arin dan Carlos serentak menoleh kearah suara tersebut.Adrian yang segar dengan rambutnya yang masih itu serta merta memenuhi penglihatan mereka.
"Hai awak!"balas Arin dengan senyuman paling manisnya.Senyumannya itu kian melebar apabila Adrian melabuhkan satu kucupan hangat didahinya sebelum lelaki itu mengambil tempat duduknya.
"Morning, tuan."ucap Carlos dengan ton suara yang sedikit kuat disertai dengan anggukan kecilnya.Sengaja dia berbuat demikian supaya..
"HAH?! TUAN?"
"MANA TUAN? CARLOS, MANA TUAN?!"
"AYAH! UNCLE CARLOS, UNCLE MARK! BANGUN! AYAH DAH TURUN!"
Adrian dan Carlos hanya mampu menggelengkan kepala melihat ketiga - tiga manusia yang kalut menyegarkan mata masing - masing itu.Tidak lama kemudian, dapat mereka lihat Black dan Mark terus mengangkut tubuh kecil Nesha pergi ke sinki untuk membasuh wajah kantuk mereka.Dah macam abang dengan adik pun ada gelagat mereka!
Arin pula sudah tertawa.Haih, Nesha kalau dah dekat dengan uncle Black dan uncle Mark dia memang tak sah kalau tak ikut perangai dua orang lelaki itu.
Selang beberapa minit kemudian, tiga orang itu kembali ke meja makan dengan senyuman palsu pada bibir masing - masing.Senyuman khas buat lelaki yang memandang mereka satu persatu itu untuk membuktikan bahawa mereka sangat bersemangat untuk bersahur pada pagi buta itu.Walaupun kenyataan sebenarnya, ingin saja mereka skip sahur pada ketika itu.Tak Black dan Mark, Nesha pun turut merasakan perkara yang sama.Huwaa! Mengantuk!
"Korang dua ni kan..Tahu hari ni nak sahur, masih juga tidur lewat kan? Okay, kalau macam tu mulai harini sampai habis puasa nanti, aku akan matikan wifi dan lampu tepat jam 10 malam.No excuses."kata Adrian dengan mata yang melirik kearah Black dan Mark silih berganti.Macamlah dia tidak kenal dengan perangai kedua lelaki itu.
Tak lain tak bukan mesti layan game atau anime mereka itu semalaman!
"Kenapa pula tuan? Kami tak main game pun lah semalam!"
"Haah! Kalau kami tengok anime dan main game semalam, kami takkan segar macam ni! Mata kami segar ni!"
Serentak Black dan Mark menafikan kegiatan mereka pada malam semalam.Siap dengan wajah serius dan mata yang dibesarkan lagi.Konon - konon nya ingin menunjukkan kepada Adrian yang mereka pada masa itu tidak mengantuk langsung!
![](https://img.wattpad.com/cover/284328943-288-k714571.jpg)
YOU ARE READING
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART
Romance[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira t...