BAB 4

1.2K 127 5
                                    

KERETA diundurkan ke belakang apabila melihat jalan kosong. Elvina mengeluarkan kereta dia dari tempat parkir kenderaan.

Bum!

Bunyi yang kuat mengejutkannya. Elvina mengusap dadanya. Apabila berpaling ke belakang, dilihat kereta Honda Jazz kesayangannya melanggar sebuah kereta lain. Apalah malang sangat nasibnya hari ini. Tadi dia lihat tak ada kenderaan lain pun. Jalan clear saja. Kenapa kereta itu tiba-tiba muncul?

Akhirnya, Elvina memutuskan untuk keluar dari keretanya apabila kereta yang dilanggarnya sikit pun tidak berganjak. Jalannya lenggang-lenggok. Hampir diketuk dahinya apabila melihat kereta yang dilanggarnya adalah kereta BMW keluaran terbaru. Habislah duit poketnya bulan ini. Bukannya dia tidak mampu bayar kerosakan yang mungkin berlaku pada kereta itu, tetapi tidak dapatlah dia berbelanja sakan bulan ini.

Dalam serabut memikirkan perkara yang berlaku, Elvina tetap berjalan dengan penuh anggun. Dia mendekati tempat duduk pemandu lalu dietuk cermin tingkap yang tinted itu. Sebelum itu, dia melihat kerosakan yang dialami oleh kereta BMW itu. Hanya ada sedikit calar sahaja.

Tak sampai beberapa saat, cermin tingkap diturunkan. Wajah seorang lelaki menyapa pandangan. Cermin mata hitam yang dipakai diturunkan lalu disangkut ke bajunya. Sepasang mata sapphire itu bersabung dengan matanya.

Hampir jantung rahang Elvina. Mr Handsome!

Tidak sangka dia akan berjumpa dengan lelaki itu pada saat-saat begini. Kalau macam ini, dia sanggup melanggar kereta lelaki itu jika itu sahaja yang dapat membuatkan dia berbual dengan lelaki itu.

"Memang sengaja buat-buat tak nampak atau kau memang buta?" Kata-katanya masih pedas dan berbisa. Tiada bezanya dengan pertemuan kali pertama mereka.

"Saya silau sikit tadi." Elvina memberhentikan kata-katanya lalu mendekatkan wajahnya ke arah lelaki itu.

"Sebab nampak lelaki kacak macam encik." Seraya itu matanya dikenyitkan sebelah. Misi untuk menggoda. Yes? No?

Mungkin dia perlu gunakan taktik yang dia biasa gunakan untuk menggoda dan mencairkan hati mana-mana lelaki. Untung nasib, dia tidak perlulah membayar apa-apa kepada lelaki itu. Kalau ada rezeki, mana tahu lelaki itu jatuh hati padanya.

"Banyaklah kau." Tanpa sebarang amaran, pintu kereta dibuka dari dalam dan lelaki itu keluar dari tempat pemandu. Hampir terjatuh Elvina apabila lelaki itu keluar secara tiba-tiba. Namun sebaik mungkin dia mengekalkan imejnya yang ayu. Ei, mamat ni! Harap muka je kacak, perangai nauzubillah.

"Habis calar kereta aku. Ini kalau hantar kedai, mahu beribu-ribu habis." Bebel lelaki itu sambil melihat-lihat kesan calar yang masih baru.

"Kau ni, lain kali sebelum undur kereta, pastikan tengok kiri dan kanan. Jangan main reverse je." Sedikit pun kata-kata lelaki itu tidak masuk ke dalam otak Elvina. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Apa yang lebih menarik perhatiannya sekarang adalah wajah lelaki itu. Indahnya ciptaan Tuhan! Kalaulah lelaki ini menjadi suaminya, memang dia ikat tak bagi keluar bilik.

"Hei, dengar tak apa yang aku cakap ni?" Lelaki itu memetikkan jari di hadapan muka Elvina. Dia kenal perempuan ini. Perempuan yang sama melanggarnya di hadapan pintu lif tempoh hari.

"Ya?" Elvina tersentak daripada lamunannya.

"Ada apa Mr Handsome?" Anak rambut diselitkan ke tepi telinga.

"Siapa nak bayar ni?" Lelaki itu menyandarkan tubuhnya di keretanya lalu disilangkan kedua-dua belah tangan, menambahkan lagi kekacakannya.

Elvina rasa seperti mahu pengsan. Dia tak kisah pun apa yang berlaku sekarang. Apa yang pasti, dia terlalu gembira kerana dapat menatap wajah Mr Handsome.

"Saya boleh bayar. Mr Handsome jangan risau." Bibir bawah digigit perlahan lalu renungan menggoda diberikan kepada lelaki itu. Lelaki itu tetap memandangnya tajam, seperti langsung tidak terusik dengan tindakan Elvina.

"Kalau sepuluh ribu pun kau sanggup bayar?" Lelaki itu menyoal sinis. Mak ai! Tak akan calar sikit macam itu, kena caj sampai sepuluh ribu? Beli lagi kereta mahal-mahal, bila rosak sikit, habis beribu-ribu untuk baiki. Elvina menjawab di dalam hati.

"Encik pergi hantar ke bengkel dulu. Nanti encik bagitahu saya harga dan saya akan bayar cash kepada encik." Sengaja Elvina membuat pilihan untuk membayar secara tunai. Dapatlah dia berjumpa dengan Mr Handsome lagi selepas ini.

"Dapatlah kita bertemu lagi nanti." Senyuman dilirik nakal. Matanya masih tidak lepas memandang lelaki itu.

"Tak hingin aku!" Mr Handsome menjeling tajam. Auch! Pedas! Berapi! Elvina rasa terbakar dan tercabar. Tunggulah, aku akan pastikan kau jadi milik aku walau apa jua cara. Pantang dia apabila lelaki jual mahal dengannya. Lagilah dia bertambah suka.

"Tak apa, nanti encik telefon je saya." Telefon bimbit yang dipegang oleh lelaki itu dirampas oleh Elvina.

"Hei!" Elvina membelakangi lelaki itu kerana tidak mahu lelaki itu menghalang perbuatannya. Dia mendail nombor telefon bimbitnya kemudian dia menekan butang call. Apabila telefon bimbit kepunyaannya yang ada di dalam kocek seluar berbunyi, dia tersenyum puas. Lantas dia menyimpan nombornya di dalam telefon bimbit lelaki itu. Setelah itu, Elvina memulangkan semula Iphone 12 pro max milik lelaki itu. Nampaknya, bukan calang-calang orang. Barang kepunyaannya semuanya berjenama.

"Apa-apa nanti encik call, ya."

Mata lelaki itu mencerlung Elvina dengan tajam namun sedikit pun dia tidak gentar.

"Kau ni." Akhirnya lelaki itu sekadar mendengus. Terkedu dia dengan tindakan berani perempuan di hadapannya.

"Elvina. Sharifah Elvina Hani. Kawan-kawan panggil saya El. Keluarga saya panggil saya Hani. Tapi Mr Handsome boleh panggil saya Honey." Elvina mengukir senyum manis buat lelaki itu. Dia simpan namanya dalam telefon bimbit lelaki itu dengan gelaran 'My Honey'.

"Ugh! Whatever." Macam-macam hallah Elvina ini.

"Ke tepi." Tubuh Elvina berganjak ke tepi apabila lelaki itu ingin memasuki keretanya.

"Aku tak nak tengok muka kau atau terserempak dekat mana-mana dengan kau lagi selepas ini. Duit tu nanti kau bank in je. Tak mahu aku berjumpa dengan kau lagi." Sinis nada lelaki itu berkata. Tidak mahu dia berjumpa dengan perempuan gila ini lagi! Setiap kali bertemu, perempuan itu merenungnya seperti mahu tembus. Bukannya dia tidak perasan. Darah kacukan yang mengalir dalam tubuhnya menjadikan wajahnya bukan seperti orang Asia kebanyakan. Dan perkara itu menarik perhatian orang di sekelilingnya terutama sekali para wanita. Pergi ke mana-mana sahaja, ada sahaja wanita yang cuba untuk menguratnya. Sudah ramai dia jumpa wanita seperti Elvina.

"Kalau Mr Handsome tak nak jumpa saya, saya sendiri akan cari Mr Handsome. Jadi siap sedia jelah, ya." Elvina tersenyum puas. Meskipun pertemuan mereka pada hari itu singkat, sekurang-kurangnya dia telah dapat nombor telefon lelaki itu. Pandai-pandailah dia mencari taktik untuk memikat lelaki itu nanti.

"Gila!"

"Bye, Mr Handsome! I can't wait to see you." Elvina melambai lelaki itu mesra.

Tanpa menghiraukan Elvina, lelaki itu menaikkan tingkap kereta miliknya lalu keretanya menderu laju. Bala! Bala!

Hati Elvina berlagu riang. Mr Handsome, tunggu saya!


Okay tak bab ni? Jangan lupa vote dan komen!

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now