BAB 10

1.1K 143 4
                                    

PAGI itu, Elvina bersama-sama dengan Eusoff berada di dalam satu kereta yang dibawa oleh pemandu Eusoff. Sepatutnya, setiausaha Eusoff turut serta sekali bersama mereka ke sebuah hotal untuk berjumpa dengan rakan kongsi syarikat bagi membincangkan produk yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Tetapi Kirana mengambil cuti sakit kerana mengalami cirit-birit sejak semalam.

Hanya sepi menyelubungi mereka. Sedari tadi, Elvina cuba untuk berbual mesra dengan Eusoff. Namun, sepatah ditanya, sepatah jugalah dibalas.

"Emiir umur enam tahu, kan?" soal Elvina. Tak tahu nak tanya apa dah, tanya pasal Emiir jelah.

"Ya."

"I sukakan budak-budak. I sukakan Emiir juga. Boleh tak kalau satu hari nanti Tuan bawa dia berjumpa dengan I?" Wajah Eusoff yang tidak beriak di sebelah dipandang sekilas.

Elvina cuba merapatkan jarak kedudukan mereka. Namun terlebih dahulu Eusoff meletakkan briefcase miliknya di antara mereka. Sudah dia agak rencana Elvina. Meskipun mereka baru sahaja berjumpa dan berkenalan, perangai dan kelakuan wanita itu mudah dibaca.

"Boleh, kan?" Elvina memegang lengan sasa Eusoff tapi ditepis.

"Kalau you buat perangai macam ni, I tak akan pernah bawa Emiir berjumpa dengan you. Lagipun atas dasar apa dia perlu berjumpa dengan you?" Eusoff mencerlung Elvina tajam. Tak cukup Elvina menganggu hidup dia, sekarang Elvina mahu menganggu hidup Emiir pula.

Sedikit pun Elvina tidak terasa hati dengan kata-kata Eusoff. Tangan yang ditepis tadi diletakkan di atas paha yang disarungkan dengan sehelai seluar, "Emiir kena biasakan diri dengan I la. I akan jadi mak tiri dia, kan."

Eusoff mengurut pelipisnya. Boleh dia dapat hipertensi melayan Elvina yang umpama tiada tembok malu. Tak perlu menambah sesenduk garam dalam masakan, cukup Elvina seorang mampu membuatkan dia dapat penyakit darah tinggi.

"You jangan nak merepek boleh tak? Hati I dah lama tertutup untuk mana-mana perempuan. Semua perempuan. Termasuklah you." Terselit ketegasan dalam nada suara Eusoff. Sedikit pun dia tidak memandang Elvina.

"Batu yang keras pun boleh dilekukkan dengan air hujan. Inikan pula hati yang bersifat bolak-balik. Kalau sekarang Tuan kata tak suka, mana tahu akan datang sebaliknya. Kita tak tahu," ujar Elvina.

"You'll never..."

Belum sempat Eusoff menghabiskan ayat, Elvina memintas, "Just wait and see. One day I'll make you mine."

"It won't ever happen."

Dan setelah itu, mulut masing-masing terkunci. Hanya suara DJ di radio menggamatkan suasana. Sehinggalah mereka tiba ke hotel untuk menemui rakan kongsi.

Perbincangan yang sepatutnya mengambil masa selama dua jam bertukar menjadi sejam saja. Hal ini kerana rakan kongsi syarikat mereka tergesa-gesa ingin pulang kerana hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

"Tuan Syed, kita makan dulu sebelum balik. Boleh? I lapar la," pujuk Elvina sambil memegang perutnya yang mula mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya.

"Makan dekat ofis nanti la," cantas Eusoff. Dia berkira-kira untuk bangun sebelum satu bunyi yang tidak enak menerjah gegendang telinga.

"Sorry." Merah muka Elvina saat perutnya mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya. Perut derhaka! Malu tujuh keturunan sebab Tuan Syed melihat momen yang mengaibkan seperti ini.

"Okey, kita makan dulu," putus Eusoff. Dia tidaklah kejam mana. Kesian pula melihat muka Elvina yang kelaparan. Pengsan tengah jalan nanti, dia juga yang susah.

Akhirnya, Eusoff yang sudah berdiri duduk semula. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain di meja bulat itu. Setelah memesan makanan dan minuman, tangan Eusoff menari-nari di skrin telefon bimbit. Balik ofis nanti baru menghadap kerja balik.

"Gila!" Perhatian Eusoff terganggu apabila perkataan itu keluar dari mulut Elvina. Segera dia memandang ke arah Elvina yang kelihatan terkejut.

"Kenapa?" soal Eusoff. Berminat dengan berita yang membuatkan Elvina begitu kaget.

Elvina menghulurkan telefon bimbit miliknya. Anak mata Eusoff membaca satu persatu baris tajuk artikel yang berada di hadapannya.

'Seorang kanak-kanak ditemui mati kerana menelan satu papan pandadol setiap hari oleh ibunya'.

"Innalillahiwainnailaihirojiun." Terluncur kata-kata keramat itu keluar dari mulut Eusoff.

Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.

"Acute hepatotoxicity," kata Eusoff. Kerosakan hati dalam Bahasa mudahnya.

"Exactly," sambut Elvina.

"Panadol, bahan aktif dia acetaminophen, selamat digunakan untuk semua peringkat umur mengikut dos yang ditetapkan untuk kurangkan demam dan sakit. Kalau ambil secara berlebihan, boleh jadi toksik kepada hati dan paling teruk boleh menyebabkan kematian. Kesiannya dia, Tuan Syed," gumam Elvina. Tergamaknya seorang ibu buat begitu kepada anak. Tak dapat dia bayangkan bagaimana kanak-kanak itu menghadapi saat-saat kematiannya. Pasti perit.

"Betul. Sebab acetaminophen akan melalui proses metabolisme di dalam hati. Sebab itulah kalau diambil dalam dos yang berlebihan, organ pertama yang rosak dulu adalah hati." Eusoff turut memberikan hujahnya. Dia dan Elvina belajar dalam bidang yang sama, sebab itulah mereka boleh berbincang mengenai topik ini. Tambahan itu, syarikat mereka juga merupakan sebuah syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia. Lingkuplah syarikat jika penaungnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara-perkara sebegini.

"Sebab itulah orang dewasa disarankan untuk mengambil 2 biji Panadol. Selepas 6 jam, baru ambil lagi 2 biji kalau sakit atau demam tak berkurang. Untuk kanak-kanak pula, dos berbeza-beza mengikut umur dan berat," sambung Elvina pula.

Panadol.

Over the counter (OTC) product. Mudah didapatkan di mana-mana walaupun tanpa preskripsi doktor. Sebab itulah penjualan ubat ini tak terkawal kerana tidak membahayakan jika diambil mengikut dos yang ditetapkan.

"I harap mak dia dapat balasan yang setimpal. Penat-penat lahirkan anak, lepas tu dibunuh. Sangat tak berperikemanusiaan." Hati Elvina mendidih mengenangkan ada manusia berperangai seperti haiwan. Dikurniakan otak tapi tak boleh menggunakan akal fikiran secara waras. Sudahnya, orang sekeliling menjadi mangsa.

Eusoff memandang Elvina tanpa riak. Jarang sekali wanita itu marah-marah sebegini. Selalunya asyik tersenyum dan kontrol ayu.

"Maaf la, Tuan Syed. I jadi terlebih emosi pula." Sedar yang dia terlepas laku, Elvina meminta maaf.

"It's okay."

Perbincangan antara mereka terhenti apabila pelayan hotel menghampiri meja mereka dan menghidangkan makanan.

Makanan pagi yang dipesan oleh Elvina adalah roti sandwic serta telur rebus separuh masak dan sayur salad yang dicampur dengan sos mayonis berwana keperangan bersama-sama dengan air teh bunga. Manakala, Eusoff memesan set sarapan pagi ala-ala American style.

Elvina tidak biasa menikmati makanan berat pada waktu pagi. Jadi dia memilih untuk makan sandwic sahaja.

"Tuan Syed," panggil Elvina.

Eusoff yang sedang khusyuk menikmati makanan panggung kepala. Melihat Elvina yang seperti ingin berkata sesuatu, dia memandang Elvina.

"I rasa jantung I berdegup lajulah," kata Elvina.

Smirk. Main-main la Elvina ni, "I dah agak dah."

Eusoff menyambung kembali makan.

"Serius. Laju sangat ni." Elvina memegang dadanya yang berdebar kencang.

Eusoff pelik apabila mendengar suara Elvina yang mula berubah lain. Bibirnya bertukar pucat, pernafasannya tercungap-cungap seperti orang tak cukup nafas.

"I pening." Terlepas garfu yang berada di tangan Elvina.

"Hei, you." Melihat Elvina yang semakin tidak sedarkan diri, Eusoff segera mendapatkan Elvina yang sudah terpejam matanya. Badannya yang longlai itu disambut oleh Eusoff.

Jari telunjuk dan jari hantu diletakkan pada radial pulse Elvina.

Gosh, tachycardia.

Tanpa menunggu lama, Eusoff mencempung tubuh Elvina

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now