G6PD deficiency.
Badan menghasilkan enzim G6PD dalam kuantiti yang sedikit disebabkan oleh mutasi gen G6PD. Kekurangan enzim tersebut menyebabkan darah melalui proses hemolisis lebih pantas daripada apa yang badan dapat hasilkan. Ini akan membawa kepada anemia iaitu kekurangan darah merah kerana enzim G6PD tidak dapat melindungi sel darah merah daripada spesies oksigen reaktif.
Sebab itulah pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD perlu mengelakkan pengambilan makanan seperti kacang parang dan beberapa jenis ubat-ubatan seperti antibiotik.
Mereka yang kurang enzim G6PD akan kekal sampai bila-bila seperti itu. Jadi mereka perlu mengelakkan punca-punca yang boleh membawa kepada terjadinya anemia.
"You tak bagitahu pun tentang keadaan you ni." Setelah mendapatkan rawatan, kini Elvina dibawa pulang oleh Eusoff. Eusoff memandu kereta tersebut. Elvina tidak tahu ke mana pemandu Eusoff pergi.
"I memang ada dari kecil. Sebab tu mami I jaga dan kawal pemakanan I," jawab Elvina lemah. Dia hanya menyandarkan kepala ke kerusi. Kerusi juga dibaringkan agar lebih selesa. Dia benar-benar tidak bermaya.
"Disebabkan mami tak ada dengan I dua puluh empat jam, mami akan letak tag dekat beg sekolah I. Dan I akan dipakaikan gelang yang menunjukkan I penghidap G6PD deficiency. Bila makin besar, I dah reti jaga pemakanan sendiri dan sebagainya."
Terangguk-angguk kepala Eusoff mendengar cerita Elvina.
"I pernah masuk hospital waktu kecil dulu. Selepas itu, mami sangat berhati-hati dalam semua benda. Jadi inilah kali pertama I kena macam ni bila dah besar," ujar Elvina lagi.
"You ada makan kacang ke tadi?" soal Eusoff. Pasti ada punca mengapa keadaan Elvina menjadi teruk secara tiba-tiba. Hampir terkeluar jantung dia tadi melihatkan muka Elvina yang pucat tidak berdarah. Mujurlah dia sempat bertindak.
"Tak pun. Tapi I rasa mereka ada masukkan kacang kisar ke dalam sos salad tu." Elvina membuat andaian sendiri.
"Lepas ni, you kena lebih berhati-hati," pesan Eusoff.
Sesaat Elvina merenung ke arah Eusoff yang memakai Rayban hitam. Pagi tadi, punyalah lelaki itu dingin. Sekarang kenapa caring semacam?
"Dan I minta maaf sebab I terpaksa dukung you tadi," pohon Eusoff. Dia tidak sengaja. Tindakan itu hanyalah refleks. Kalau bukan Elvina pun di situ, dia mungkin akan buat perkara yang sama.
"Tak apa," balas Elvina pendek. Senyuman sedari tadi tidak lekang dari bibir mungilnya.
Tak apa, Tuan Syed. I suka. Kalau you buat banyak kali pun I tak kisah. Bila lagi I nak merasa you dukung I. Getus Elvina dalam hati. Kalau macam ni, hari-hari termakan kacang pun dia tidak kisah.
"I hantar you balik rumah terus, ya? Lepas tu I kena masuk pejabat balik." Lembut. Sopan santun. Penuh budi bicara. Tiada lagi kata-kata sinis dan dingin.
Elvina terasa seperti di awang-awangan. Dia rasa seperti ingin duduk di dalam kereta ini dan bertemankan Eusoff sepanjang hari. Bukan selalu peluang ini datang. Alang-alang, baiklah dia gunakan sebaik yang mungkin.
"Tapi kerja I ada banyak dekat ofis tu. I tak sempat siapkan lagi," adu Elvina. Sungguh, bertimbun kerja yang dia perlu selesaikan.
"Tak apa. Hari ini you rehat je. Lagipun doktor dah bagi surat cuti sakit. I ni tak adalah kejam mana," kata Eusoff. Sesekali matanya dilirikkan ke arah Elvina yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Entah kenapa mulutnya tidak berhenti-henti bercakap dari tadi.
Barangkali kerana dia kasihankan wanita itu atas apa yang menimpanya sebentar tadi. Atau mungkin juga perangai miang wanita itu berkurang sewaktu sakit, membuatkan dia rasa okey dan selesa untuk berbual.
YOU ARE READING
HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)
RomantikBLURB Her Eusoff Akibat tekanan daripada Syarifah Andra, Elvina terdesak untuk mencari calon suami. Bukan sembarangan lelaki boleh dipilih. Syarifah Andra meletakkan syarat supaya lelaki itu mesti berketurunan Syed dan mempunyai ketinggian 175 cm ke...