BAB 8

1.1K 127 8
                                    

"YA ALLAH, anak dara... Bangunlah. Matahari dah terpacak atas kepala dah ni. Tak reti bangkit ke?" Suara Sharifah Andra memenuhi ruang bilik.

Elvina yang sedang lena diulit mimpi terganggu dengan suara Sharifah Andra yang nyaring. Tubuhnya mula bergerak-gerak.

"Hani. Bangkit lekas." Comforter yang membaluti tubuh Elvina ditarik. Kemudian langsir yang menutupi birai tingkap dibuka seluas-luasnya. Cahaya matahari yang menerobos masuk membuatkan Elvina silau lantas dia membuka matanya dengan susah payah.

"Ala, mami. Awal lagilah. Bagilah Hani tidur." Elvina menarik muncung.

"Awal apanya. Dah pukul 12.00 tengahari. Kalau orang lain, tengah sibuk siapkan masakan tengahari. Anak mami, sibuk bermimpi lagi," bebel Sharifah Andra.

"Hani mengantuklah, mami." Dalam menahan kantuk, Elvina mengubah posisi kepada duduk. Sharifah Andra berdiri di sebelahnya sambil cekak pinggang.

Hari-hari dia bangun awal kerana perlu bersiap-siap ke tempat kerja. Pada hujung minggu sajalah peluang untuk dia bangun lewat dan bermalas-malasan.

"Dengan rambut serabai serupa mak limah, air liur menceceh-ceceh... Macam mana nak jadi isteri dan mak orang nanti. Risau laki kamu lari je nanti." Sharifah Andra melabuhkan punggung di sebelah anak daranya.

"Mana ada, mami. Tak baik tau cakap macam tu." Risau juga kalau kata-kata maminya menjadi satu kenyataan. Sudahlah susah nak cari bakal suami. Nanti dah kahwin, kena tinggal pula. Minta simpang.

"Kamu ni, umur dah nak masuk 30 tahun. Buat kerja rumah tak reti, masak tak reti. Mami risau betul dengan kamu ni."

Elvina tarik muka malas. Mami dia dah mula dah...

"Hani sibuk kerjalah, mami. Tak sempat nak buat semua tu. Lagipun bibik kita dalam rumah ni ada tiga orang. Buat apa nak susah-susah buat kerja rumah yang mereka boleh buat," balas Hani. Setiap hari dia bekerja dari pagi sehingga petang. Malam adalah waktu rehatnya. Dia tak ada masa untuk perkara-perkara remeh seperti itu.

"Ya, memanglah bibik ada. Tapi nanti kalau kamu dah kahwin, kamu kena belajar juga buat semua tu. Masak untuk suami, ikat perut dia. Barulah suami tak lari pergi cari perempuan lain terutamanya Madam J," sambung Sharifah Andra.

"Madam J?" Elvina kerut kening. Siapa pula yang mami dia petik ni.

"Janda," ujar Sharifah Andra separuh berbisik.

"Mami ni..." Terletus ketawa dari bibir mungil Elvina. Ada-ada je mami dia.

"Kalau dia pergi cari Madam J, Hani carilah Mister D."

"Mister D tu siapa pula?" Kali ini Sharifah Andra pula yang tertanya-tanya.

"Mister Duda."

Pap! Satu tepukan hinggap ke paha Elvina.

Lantas dia menggosok-gosok pahanya. Sudahlah dia cuma pakai pyjamas yang dipasangkan dengan sehelai seluar pendek. Kulitnya yang gebu itu bertukar warna.

"Sakitlah, mami." Elvina cebik bibir. Ini Namanya tak sayang anak.

"Mulut kamu tu... Ada je nak menjawab." Sharifah Andra menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi." Mulut Elvina pantas membalas.

Sharifah Andra memberikan jelingan tajam.

"Ha, kamu dah jumpa bakal suami ke tak?" Dia masuk topik suami pula...

"Tengah carilah, mami." Elvina menghela nafas berat.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now