BAB 15

759 77 0
                                    


JAM hampir mencecah angka 9.00 malam. Meskipun begitu, Elvina masih belum pulang. Apabila melihat pejabat Eusoff yang masih lagi bercahaya, otaknya mula merencanakan satu rancangan. Saat melihat pejabat yang sudah pun kosong kerana pekerja lain sudah pulang, senyuman di bibir Elvina kembali melebar.

Seketika dia merenggangkan tubuh yang keletihan. Minyak wangi yang siap sedia di dalam beg tangan dikeluarkan lantas disembur ke seluruh badan. Wangi semerbak haruman yang dipakainya.

Blazer yang tersarung ditubuh ditanggalkan. Lantas, tinggallah dress bertali halus separas paha berwarna merah hati tersarung di badan. Rambut yang terikat rapi dibiarkan lepas.

Beg kertas jenama Adidas yang berisi hadiah Eusoff dan Eemir yang sedari tadi berada di atas meja terus dicapai.

Elvina mula mengatur langkah ke bilik Eusoff dengan perasaan yang berdebar. Tanpa sebarang ketukan, Elvina berjalan masuk.

Pandangan Elvina jatuh ke arah Eusoff yang kelihatan stress dan serabut. Eusoff tidak menyedari akan kehadirannya, sehinggalah Elvina berdiri betul-betul di belakang Eusoff. Beg kertas yang dijinjing diletakkan ke tepi.

Melihat Eusoff yang kelihatan lebih santai dengan melipat lengan kemejanya sehingga ke paras buku lali. Ditambah pula dengan butang baju di bahagian atas dibiarkan terbuka sehingga mendedahkan sedikit dadanya yang bidang, Elvina semakin terpesona dan tenggelam dalam khayalannya sendiri.

Tangan Elvina mula mengurut perlahan kepala Eusoff, manakala Eusoff seperti menikmati sentuhan lembut jari runcing Elvina.

"Penat?" Suara lunak Elvina menampan gegendang telinga Eusoff.

"Hm." Pendek sahaja balasan Eusoff.

"It's okay, I ada." Senyuman di bibir Elvina semakin besar.

Sepi menyelubungi mereka. Lama mereka berada dalam keadaan sebegitu, sehinggalah jemari Elvina mula bergerak perlahan-lahan ke arah batang leher Eusoff lantas satu kucupan dihadiahkan di situ.

Eusoff seakan tersedar dari lamunan, dia pantas mengangkat punggung dan melepaskan dirinya dari pegangan Elvina. Akibat terlalu penat, dia seakan-akan hilang dalam dunianya sendiri.

"You buat apa ni?" Dalam terkejut, Eusoff menyoal lantang. Dia menjarakkan tubuh mereka. Malam itu, Elvina berpakaian lebih seksi daripada kebiasaan. Liurnya diteguk kasar. Haruman semerbak Elvina sedikit sebanyak mengocak naluri lelakinya.

"I nak you." Elvina menolak tubuh Eusoff sehingga dia kembali terduduk semula. Dia melabuhkan punggung ke atas paha Eusoff lantas batang leher Eusoff dipaut mesra. Entah kenapa, malam ini dia begitu bertekad untuk mendapatkan Eusoff.

Dia cukup cemburu melihat Eusoff diperhatikan oleh wanita-wanita lain. Dia mahukan Eusoff kerana dia sedar bahawa cintanya terhadap Eusoff semakin mendalam dari hari ke hari.

"Bukan dengan cara macam ni, Elvina," ujar Eusoff tegas. Dia cuba menolak tangan Elvina yang semakin merayap di sekitar dada bidangnya.

"Jadi, jom kita kahwin. Setiap hari I boleh pandang you dan sentuh you." Elvina memandang Eusoff dengan lirikan menggoda. Tangannya mengusap lembut pipi Eusoff. Dia berharap yang Eusoff akan jatuh dalam tangannya malam ini.

"I tak akan kahwin dengan perempuan macam you." Eusoff menolak Elvina menjauh. Bibirnya melakar senyum sinis.

"Oh, really? Jadi you nak kahwin dengan perempuan yang macam mana? Yang alim, bertudung labuh, pakai purdah. Macam tu ke?" Elvina berasa tercabar. Dia semakin bertindak agresif dengan menolak Eusoff ke arah dinding. Dress yang dipakainya ditarik ke bawah sehingga menampakkan sedikit mahkota yang seharusnya dipelihara.

Dia melihat Eusoff semakin tidak keruan. Heh, lelaki. Konon nak wanita yang alim dan solehah sebagai teman hidup. Tetapi pantang nampak perempuan cantik dan seksi, mata seperti hendak terjojol keluar.

Tapi boleh tahan kuat juga iman Eusoff. Kalau lelaki lain, pasti Elvina sudah diterkam dalam keadaan mereka begini.

"Kalau I cakap ya? Kenapa? You tercabar ke? I tahu you dah lama pendam perasaan terhadap I. Tapi I tak sangka you akan dapatkan I dengan cara macam ni." Eusoff mengoyak senyum senget. Keji. Itu yang dia rasakan saat ini.

"So what? Walau dengan cara apa sekali pun, I tetap akan dapatkan you." Tanpa sebarang amaran, bibir Eusoff ditindih oleh Elvina.

Setelah beberapa ketika, kucupan dilepaskan dan satu tamparan hinggap ke pipi Elvina. Elvina terpempan.

"You dengar sini apa I nak cakap. I tak pernah harapkan perempuan yang alim ataupun solehah untuk jadi isteri I. Tapi sekurang-kurangnya I harapkan dia masih ada sifat malu dalam diri. Dan dia masih ingat yang dia seorang yang beragama Islam. Yang tahu batas dia dengan bukan mahram dan reti jaga maruah diri. Bukan macam you." Eusoff melengking marah. Rahang diketap kasar. Wanita di hadapannya ini sungguh melampau. Jujur dia katakan yang dia hampir terbuai dengan sentuhan Elvina, tetapi rasa amarah melebihi segala-galanya.

Elvina terpukul dengan kata-kata Eusoff. Pertama kali dia diperlakukan seperti ini.

"Kalau you rasa semua lelaki akan tunduk dengan nafsu, you silap Elvina. Kalau you rasa I sama macam lelaki-lelaki yang you pernah kenal sebelum ini, you salah." Eusoff memandang Elvina tajam. Dihamburkan segala yang terpendam di lubuk hati.

Mulut Elvina yang selama ini penuh dengan ayat-ayat manis dan menggoda, kini terdiam seribu Bahasa.

"Berubahlah, Elvina. Jadilah wanita dambaan syurga. Jadilah wanita yang bermaruah dan solehah. Kalau tak mampu, cubalah. Biar tak dikenali di dunia, tapi nama sentiasa di sebut oleh penghuni di atas sana." Jari telunjuk Eusoff angkat ke atas.

"I nak kahwin dengan you." Walaupun Elvina berasa tersinggung dengan ayat yang dilemparkan oleh Eusoff, dia tetap teguh dengan pendiriannya.

"I bukan lelaki yang baik. Lebih ramai lelaki yang layak untuk you. Dan jujur I katakan yang I tak pernah berniat untuk memperisterikan you walaupun dalam mimpi I." Kata-kata Eusoff menghiris sekeping hati Elvina. Dia berasa benar-benar malu saat ini.

Air mata yang mula mengalir ke pipi Elvina usap pergi. Matanya bertukar kemerahan.

"Mulai saat ini, I dah tak nak tengok muka you. You carilah kerja di tempat lain. Mungkin sekarang adalah masanya untuk you uruskan syarikat keluarga you." Eusoff mengemas-ngemas barang di atas meja kerja. Setelah apa yang terjadi, dia sudah tiada keinginan untuk meneruskan kerja.

"Bagi I peluang," rayu Elvina. Tangan kekar Eusoff cuba dicapai tapi ditepis kasar oleh Eusoff.

"Peluang itu tak pernah ada untuk you," jawab Eusoff tanpa sedikit pun dia memandang Elvina.

Jeda.

"I benci you," kata Elvina sebelum dia melangkah pergi.

Dia berasa terhina, malu dan marah. Tetapi entah mengapa, satu perasaan halus mula menyelinap masuk ke dalam dirinya. Tetapi, dia tidak tahu apakah rasa ini. Apa yang pasti, rasa itu terlalu kosong.

"Agh!" jerit Elvina lantang. Segala perasaan bercampur baur. Jiwanya berkecamuk. Dia tidak sukakan rasa ini.


HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now