Bulan Oktober, 2010....
Jejaka itu lebih suka memerhati dan melihat dari bersembang seperti kawan kawannya. Malam itu, ada perlawanan bola sepak tempatan. Matanya tertumpu terhadap skrin besar di kedai mamak itu.
Suasana bingit itu semestinya, jika terdapat perlawanan bola sepak. Bermacam jenis suara dan emosi beradu baik lantas membangkitkan situasi yang hingar bingar macam pasar ikan.
Malik sedut baki airnya sehingga habis. Setelah itu dia bangun.
"weh, kau nak gi mana? Game tak habis lagi ni." Asri menyoal tatkala melihat kawannya yang pendiam itu bangun dari duduk.
"aku gerak dulu. Esok ada meeting. Jumpa lusa!" Malik tepuk tepuk bahu Asri. Lusa mereka akan bermain futsal.
"alah, kau ni. Macam anak dara pulak balik sebelum pukul sepuluh malam." sempat Asri menganjingkan kawannya itu sebelum matanya kembali terarah ke skrin.
Malik hanya pamer senyuman. "aku dah bayar minuman korang." beritahu Malik sebelum pergi.
Asri hanya membalas dengan ibu jarinya tanda bagus.
Sepuluh minit perjalanan dari tempat lepaknya dengan rumah keluarganya. Pintu pagar rumah masih belum di tutup rapat. Dengan mudah Malik terus pulas minyak motorsikal EX5nya masuk ke dalam kawasan rumah.
Helmet dia buka sambil mata melihat sebuah kereta asing yang terparking elok tepi kereta ayahnya. Mereka ada tetamu? Tapi siapa pula yang bertamu ke rumah orang lewat malam begini?
Enggan berteka teki, Malik terus saja masuk ke dalam rumah. Sebelum masuk sempat matanya melihat jumlah kasut di depan pintu utama. Semua kasut yang dia kenal kecuali sepasang sandal perempuan di hujung sudut. Malik terjuih senyum. "comel!" dia memuji sandal itu.
"abang, awal balik?"
Malik senyum kepada ibunya. Entahlah pertanyaan itu sekadar berbasa basi atau memerlinya. Malik lencongkan arah kakinya pergi kepada ibunya yang sedang menonton tv bersama ayah.
"esok meeting, jangan lewat pula." Hassan berpesan kepada anak lelakinya itu yang tak pernah kata masuk kerja awal.
Malik duduk di tepi ibunya. "siapa yang datang?" soal Malik yang dari tadi ingin tahu.
"kawan Mimi... Family dia pergi umrah. Sebab tu minta tumpang duduk sini seminggu dua." jelas Maryam.
Kening Malik hampir bercantum. "amboi... Kenapa tak tumpang rumah family dia? Asal nak kena tumpang rumah kita pulak?"
Kata kata Malik itu mengundang cubitan dari Maryam untuknya. "apa cakap macam tu! Family dia semua tinggal jauh. Apa salahnya dia duduk sini." Maryam menjeling anak terunanya itu.
"hah kalau abang tak selesa abang boleh tinggal dekat hotel." sambung Hassan selamba.
Maryam sudah ketawa geli hati.
Melopong besar mulut Malik bila ayahnya tega menghalau dirinya kerana kawan Mimi."melampau sangat tu, ayah. Sampai halau anak sendiri ni."
Hassan senyum senget. "dah abang rasa tak selesa. Itu sajalah jalannya."
"apa nama budak tu?" Malik menyoal tapi entah kepada siapa.
"Daneen..." jawab Maryam.
Namun sebaik saja sebaris nama itu melintasi ruang pendengarannya, hati Malik mula berlagu rindu. Daneen...
"abang kenal kan? Dulu masa dia sekolah menengah selalu jugak datang sini."
"mana dia kenal, Yam... Abang dah sambung study time tu." Hassan betulkan tanggapan isterinya.
YOU ARE READING
paling Comel Di Hati
Teen FictionDaneen Husna dan Farhan Malik. Just short and simple story. Ada kelat masam dan manis di dalam cerita ini. Simple, tak ada drama dan konflik yang berliku. Just enjoy my story...