Selepas bersihkan diri, Daneen duduk di depan meja solek Mimi. Botol losyen dia capai dan jari jemarinya mula membelai kulitnya. Sesekali dia cium tangannya yang wangi itu. Dia senyum. Senyuman semakin lebar bila melihat Mimi yang sudah terbongkang tidur tanpa mengganti baju. Faham sangat perangai Mimi, kalau dah mengantuk tu, apa pun dia tak kira dah.
Dalam asyik menyapu losyen pada tubuhnya, telinganya menangkap bunyi telefon. Tapi nada dering itu bukan milik telefonnya ataupun telefon Mimi. Daneen bangun dari duduk dan mula meyelongkar isi beg tangannya. Telefon dia keluarkan. "lah... Ni bukan telefon aku." namun nombornya sendiri yang tertera di skrin telefon. Takkanlah... Daneen mengeluh sendiri sambil skrin telefon dia gesek.
"yanggg..." meleret saja suara itu menyapa.
Daneen dah buat rolling eyes. "yess, Malik." macam mana la di boleh berikan telefonnya kepada lelaki itu tapi... Telefon mereka memang kebetulan sama jenis dan warnanya.
"kalau ya pun rindukan abang, janganlah sampai ambil telefon abang. Lebih baik ambil abang je simpan dalam hati tu..."
Daneen mencebik. "saya tak sengaja tertukarlah..."
"so nak bagi balik tak telefon abang tu?"
"mestilah nak bagi balik. Saya pun nak balik telefon saya tu." tukas Daneen. Apa punya soalanlah dia ni.
Malik ketawa kecil.
Suara Malik yang ketawa melalui corong telefon itu sangat seksi pada pendengaran Daneen lantas hatinya berdegup laju.
"oh, by the way... Yang suka bunga, eh?"
Daneen berdecit geram. Pasti lelaki itu melihat wallpaper telefonnya. Haih nak marah pun tak boleh sebab sah sah nampak bila Malik tengok skrin telefon miliknya. Dah la dia tak letak nombor pin. "jangan berani usik telefon saya, ya... Jangan buka galeri!" pesan Daneen. Kerana di dalam itu terdapat fotonya yang tak bertudung.
"mestilah abang tak buka. Ingat abang ni apa..."sedih pula hatinya bila Daneen cakap macam tu.
" tak... Daneen hanya ingatkan je... "bukan niatnya hendak menuduh Malik begitu.
" tapi kalau Daneen nak tengok galeri abang, silakan... "
Daneen juih bibirnya. Tak malu betul suruh orang kelebek telefon dia." eyy, tak hinginlah... "bagi duit pun dia takkan tengok privacy orang.
" yang, boleh turun dapur tak? "pinta Malik.
" nak buat apa? "ada ada saja la, Malik ni.
" yang tak nak telefon yang balik? "soal Malik.
" eh, eh... Nak la... "apa pula tak nak.
" hah, kalau nak... Yang turun sekarang. Abang tunggu... "
" kejap! Jangan panggil saya, yang... Saya bukan yang awaklah! "marah Daneen. Perkataan 'yang' itu seolah olah sudah sebati pula di bibir Malik.
" yannnggg..."makin di larang makin giat Malik panggil.
" ish!! "bentak Daneen. Talian dia putuskan. Eyyy... Ingin saja dia hentak telefon Malik dekat dinding, biar puas hatinya. Semakin hari semakin tak makan saman pula lelaki bernama Malik itu.
Daneen telek baju tidur di tubuhnya. Okay dah sopan. Baju tidur corak pikachu namun jenis yang berlengan panjang. Telefon Malik dia masukkan dalam poket baju tidurnya sebelum tangan mencapai tudung sarung di kepala katil.
Dia keluar dari bilik tumpangannya dan menuju ke dapur. Dapur yang terang benderang itu sudah cukup buat Daneen tahu yang Malik sudah menantinya. "awak..." seru Daneen di jenang pintu dapur.
YOU ARE READING
paling Comel Di Hati
Teen FictionDaneen Husna dan Farhan Malik. Just short and simple story. Ada kelat masam dan manis di dalam cerita ini. Simple, tak ada drama dan konflik yang berliku. Just enjoy my story...