7

62 7 0
                                    

Malam itu, rumah keluarga Malik didatangi seorang perempuan. Kebetulan sekali, kedatangannya bertepatan ketika makan malam terhidang elok atas meja.

Mimi cuit bahu Daneen yang duduk di tepinya ketika makan malam. "itulah sepupu gedik aku, yang selalu aku cerita kat kau tu." dia berkata perlahan sambil herot herot mulut tanda menyampah sangat.

Daneen senyum halus. "dia tak nampak gedik pun." Daneen suap nasi.

Mimi berdecit. "kau tengok la tu. Terkepit kepit dengan abang aku. Gedik la tu." Mimi berkata tak puas hati. Nasi dalam pinggan dia tenyeh tenyeh dengan sudu.

Mata Daneen jatuh ke arah Malik dan sepupu mereka yang bernama Diana itu. Bagaikan berjanji pula, matanya dan Malik bersatu. Daneen cepat cepat tengok arah lain.

" maklang, paklang, boleh kan Dian tinggal kat sini dulu sebelum umi dengan abi balik sini?" soal Diana lembut.

Alahai... Lemah gemalainya suara Diana di pendengaran Daneen. Siap pakej belai belai rambut keperangnnya lagi. Aduhai..

"tak boleh... Sebab esok kitorang nak pergi holiday..." Mimi memotong niat hati Diana itu siap dengan jelingan tajam lagi.

"Mimi..." tegur Hassan. Faham benar dengan anak daranya yang tak sebulu dengan anak saudaranya itu.

Maryam tersenyum simpul. "boleh je. Tapi esok kitorang semua nak pergi bercuti dua hari." bukan kata Mimi saja yang tak berapa suka, dia pun sama tapi malas nak kata apa disebabkan dia menghormati keluarga suaminya. Rambut entah berkarat begitu. Pakaian pula usah ceritalah. Mahu terjojol biji mata menengoknya.

" alah... Boleh kan kalau Dian ikut sekali? Boleh kan Malik?"Diana mula merengek rengek sambil lentokkan kepalanya ke atas lengan Malik.

Malik tak senang duduk dibuatnya, bila Daneen memandang mereka dengan riak wajah yang Malik tak mampu untuk teka.
Dia tolak kepala Diana." duduk diam diamlah!"keras dia berkata. Rimas!

Diana mencebik. Sempat dia menjeling Daneen yang dari tadi hanya diam." alah... Boleh la paklang. Dian ikut, eh... "

Hassan pandang Maryam.

Maryam angkat bahu tanda tak tahu.

" Dian boleh ikut kami... "

Mendengarkan itu. Mimi hempas sudu atas pinggan. Hidung dah rasa nak keluar api dengan jawapan ayahnya itu. Dia tolak kerusi dengan kasar dan terus beredar tanpa kata.

"Mimi..." Daneen cuba menghalang Mimi dari pergi namun tangannya Mimi tepis. Geram punya pasal.

Hassan hanya melihat langkah kasar Mimi meninggalkan meja makan. Aduh... Dia tersepit tahu tak. Sana anak, sini pun anak... Anak saudara.

"homestay yang abang tempah tu kecil je. Bilik hanya ada tiga. Ramai ramai nak pergi mana selesa. Kereta pun jadi tak selesa kalau naik ramai ramai macam tin sardin." Malik mula bersuara. Dia ingin nyatakan bahawasanya, Diana tak payah ikut. Tapi dia berkias begitu. Harapnya Diana fahamlah...

Diana tarik muncung." ni, kawan Mimi ikut tak?"dia muncungkan bibirnya ke arah Daneen.

Daneen jadi serba salah nak jawab. Akhirnya dia beri isyarat mata kepada Maryam supaya tolong jawabkan bagi pihaknya.

" Daneen ikut. Sebab kami ajak dia dulu. Kalau Dian datang awal dari Daneen, mesti kami ajak Dian dulu. "Maryam menjawab dengan bahasa yang paling selamat. Diana anak manja. Kalau kehendaknya tak dipenuhi, mulalah nak buat perangai.

" paklang, maklang... Dian ni anak saudara tau. Dia ni hanya orang luar je. Buat apa nak ajak dia. Nama pun family holiday. Tak payah la bawak orang luar. Baik bawak Dian..." cemuh Diana penuh benci sambil mata tak lepas menjeling wajah manis dan lembut milik Daneen. Sakit betul hatinya bila mereka lebihkan orang luar dari dirinya.

paling Comel Di HatiWhere stories live. Discover now