3

66 7 0
                                    

"Daneen, Daneen..." bahu wanita itu, Malik goyang perlahan. Dia sudah siapkan kerjanya untuk hari itu. Kesian pula dia melihat Daneen menunggunya sehingga tertidur.

Daneen kemam kemam bibirnya dengan mata yang masih rapat terpejam. "janganlah kacau Daneen..." rungut mulut itu.

Aduhai... Comelnya Malik tengok. Kalau ikut hati mahu saja dia gomol. Astaghfirullahalazim, Malik.... Bawa istighfar... "Daneen, bangun..." goncangan di bahu wanita itu, Malik kuatkan lagi.

Perlahan Daneen buka matanya. Wajah Malik yang tak jauh dari mukanya, buatkan mata bulat Daneen semakin membulat jadinya. "awak..." kalut kakut dia betulkan duduk. Baju kot Malik di tubuhnya turut melurut jatuh ke riba.

Malik senyum. "puas tidur?" perlinya.

Daneen senyum malu malu. Dia tenyeh matanya membuang rasa kantuk yang masih bersisa. "sorry, saya tertidur pulak." ujarnya.

"tak apa... Sorry jugak sebab buat awak tertunggu lama. Jomlah balik..." Malik tegakkan semula tubuhnya yang menunduk itu.

Daneen pandang baju kot yang ada atas ribanya.
"baju awak?" soal Daneen.

Malik angguk. Dia ambil semula baju kotnya dan terus sarungkan ke tubuh.

"thanks..." Daneen simpan telefonnya dalam beg. Dalam keadaan yang bersisa mamai, Daneen bangun dari duduk dan itu menyebabkan badannya hilang pertimbangan.

Tindakan refleksi dari Malik, membawa tangannya memegang lengan Daneen yang hampir jatuh itu.
"hati hati, Daneen..." ada nada risau dalam suaranya.

Daneen tersengih. "mamai lagi..." ujarnya sambil menarik kembali lengannya dari Malik.

"pergilah basuh muka. Tandas kat sana." Malik tunjuk pintu tandas yang ada dalam pejabatnya kepada Daneen.

"tunggu kejap..." beg tangan yang baru dia galas tadi, Daneen lepas semula dan letak atas sofa. Dia berlalu ke tandas yang Malik maksudkan.

Melihat saja beg tangan itu, spontan Malik pegang. Entah apa yang merasukinya sehingga berani menyentuh barang peribadi Daneen. Tiada niat lain, cuma rasa ingin tolong pegangkan.

"dah siap, dah..." Daneen kembali semula. Matanya meliar mencari beg tangannya sebelum matanya jatuh pada tangan Malik. "eh, beg saya..." kenapa Malik pegang begnya?

"jomlah..."Malik buka laluan kepada Daneen. Beg tangan Daneen masih di tangannya tanpa ada rasa nak berikan kepada Daneen.

" bak balik beg saya... "pinta Daneen. Dia cuba ambil semula begnya dari Malik namun sengaja pula lelaki itu angkat tinggi ke udara.

" biar saya bawakan... "

Daneen muncung mulut." kenapa pulak? Beg saya kan, biarlah saya bawak sendiri! "bentak Daneen.

Alahai, comelnya budak tembam ni. Malik senyum mengejek." kalau sampai kaki tu, try la ambik." Usik Malik. Lagi tinggi dia angkat beg Daneen.

Tak sangka! Malik kaki mengusik rupanya. Ingatkan beku dan dingin! Salah! "mana saya sampai..." memang sah sah la dia tak cukup inci lagi mau bergurau macam tu. Daneen gagah menjinjat kaki pendeknya.

Malik gelak geli hati. Dia gelak sehingga terlihat batas giginya yang tersusun elok itu. Lucu melihat usaha Daneen untuk dapatkan beg tangannya.
" comel betul, awak Daneen..." ujar Malik dalam sisa tawa.

Semakin panjang muncung itik Daneen. "janganlah buli saya, Malik... Bak balik beg saya..."Daneen tadah tangannya meminta.

Kesian pula tengok budak pendek ni merayu." nah, beg awak... "dia sangkut di bahu Daneen.

paling Comel Di HatiWhere stories live. Discover now