9

60 5 0
                                    

Pagi itu, dengan satu mug kopi di tangannya,Malik bersandar di tepi dinding dapur membelakangi Daneen yang sedang memasak sesuatu di atas api dapur. Sesekali air kopi di hirup perlahan namun matanya tetap tunak memandang belakang Daneen. Cekap buat kerja dapur!

Bibir Malik naik sebelah. Suka melihat pemandangan itu. Kalaulah setiap paginya begini, alangkah bahagianya. Dapat melihat wanita kesayangannya itu bersilat di dapur.

Daneen kalih badan ingin membuka peti sejuk. Laju saja kakinya berhenti. Matanya ikut membulat. "bila lagi awak berdiri kat sini?" Daneen menjeling Malik. Macam mana dia tak perasan dengan kehadiran lelaki itu? Bikin cuak saja.

Malik senyum senget. "abang berdiri kat sini tak lama sangat, tapi cukuplah untuk hilangkan rindu abang ni..."

Sekali lagi Daneen hadiahkan jelingan tajamnya bersama mimik muka menyampah buat Malik. Pintu peti sejuk dia buka untuk mengambil sayur sawi. "tak ada kerja nak buat dah sampai datang sini usya usya saya?" pintu peti sejuk kembali di tutup.

"tengok Daneen pun, satu pekerjaan jugak..."

Ish... Payahlah kalau bercakap dengan orang gila bayang ni. "lapar ke?" soal Daneen. Dia sambung mengacau Mee goreng di dalam kuali .

Malik mendekati wanita itu. Isi dalam kuali, dia kerling. Nampak sedap. "lapar..."

"kejap, eh. Dah nak siap!" akhir sekali, Daneen masukkan sayur sawi ke dalam kuali.

"Mimi bagitahu, yang nak balik hari ni. Kenapa tak nak stay sampai parents yang balik dari umrah?" selepas solat subuh tadi, Mimi menerjah kamar tidurnya dan bercerita kepadanya.

Daneen matikan api dapur. Dia kalih badannya mengadap Malik yang terlebih concern itu."lusa dah start sekolah. Saya balik pun sebab nak prepare apa yang patut. Parents saya pun dah nak balik tak lama lagi."

Malik mencebik. "abang macam mana?" eyy... Comel je soalan dia tu.

Daneen tahan senyum. "macam mana apa? Macam ni je la. Nak saya buat apa?"

"yaaannnggg..." enam harakat Malik tarik suaranya. Daneen saja nak usik hatinya.

Tawa halus Daneen pecah jua. "yaaaaaaa...awak nak saya buat apa?" Daneen pun tarik lima harakat suaranya.

"okay, abang tanya serius ni. Macam mana dengan hubungan kita?" mug di tangannya, Malik letak atas kabinet dapur.

"kan saya dah bagitahu hari tu. Saya masih ada mama dan papa. Kalau apa apa pun, awak datanglah jumpa diorang dulu." setelah berkata begitu, Daneen kalih badannya semula mengadap kuali di depan.

Malik tersengih suka. "okay kalau macam tu. Abang nak ajak ibu dan ayah pergi meminang yang terus..." Malik angkat keningnya ala Ziana Zain.

"okay. Saya tunggu!" cabar Daneen. Mahu lihat sejauh mana keberanian dan kesungguhan lelaki itu mahu mendapatkannya.

"wait and see..."

"tapi... Kalau diorang tak sukakan awak, jangan sedih, eh..." usik Daneen. Sedangkan Daneen tahu... Malik sudah terlebih sempurna untuk menjadi calon suaminya. Saja mahu menduga.

Malik kerut muka. "apa alasan diorang tak sukakan abang? Tak cukup pakej lagi untuk jadi suami anak dara diorang yang comel ni?"

Daneen mendengus kecil. "saya kata kalau..."

Malik senyum yakin. "takkan ada kalau antara kita. Abang yakin diorang akan sukakan abang. Dan diorang akan berbesar hati terima abang sebagai menantu!"

"wow...yakinnya kamu..."

"eh, mestilah..."

Dan ketawa mereka bersatu di ruangan dapur itu.

paling Comel Di HatiWhere stories live. Discover now