Daneen, Malik dan Mimi melangkah masuk ke dalam restoran makanan segera yang telah di tempah untuk majlis pertemuan mereka pada malam itu.
Malik tolong bukakan pintu kaca itu untuk Daneen dan adiknya. Dia senyum kepada Daneen. "silakan..."
"terima kasih..." ucap Daneen tanpa membalas senyuman Malik.
Mimi mengeluh. "dahsyat eh, kalau dah angau ni. Sikap pun boleh berubah!" perli Mimi kepada abangnya yang terlebih gentleman malam itu.
"eyyy tolong sikit, eh. Abang memang macam ni, okay..." dia turut masuk ke dalam restoran itu.
Mimi buat muka menyampah.
Belum sempat mereka masuk sampai ke ruangan meja. Alia mula mendekati mereka. "weh, korang!" jerit Alia sambil melompat lompat gembira. Rindunya pada Mimi dan Daneen.
"Lia!" Daneen dan Mimi menjerit sama macam Alia. Mereka berpelukan erat.
"rindunya aku kat kau!" ulas Daneen pula.
Dalam gembira saling berpelukan melepaskan rindu, mata Alia menangkap kelibat Malik yang terpacak di belakang kawan kawannya itu. "weh, siapa abang kacak belakang korang ni?" bisik Alia kepada Mimi dan Daneen.
Hampir saja mereka terlupa kepada Malik, si abang bodyguard mereka. Mereka lepaskan pelukan. Mimi pusing badannya seraya memperkenalkan abangnya. "kenalkan, abang aku. Malik..." jawab Mimi sambil tersenyum bangga kerana dapat melopongkan mulut Alia bila melihat abangnya yang terlajak kacak itu.
"omo... Abang kau?!" Alia macam tak percaya pula yang Mimi ada abang kacak macam tu.
Mimi angguk angguk. "ya,abang aku..." Mimi tekankan sikit nada suaranya. Huh, tak percaya pula,Alia ni.
"hai...saya Alia..." sapa Alia malu malu kucing kepada Malik. Yang tadi kau melompat macam kera tak tahu malu pula.
"hai... Malik..." Malik angkat tangannya menyapa Alia tanda perkenalan. Namun langsung tiada senyuman di wajahnya bila saja melangkah masuk tadi,matanya melihat begitu ramai lelaki yang ada. Berbelas belas orang juga. Kegusaran melanda hatinya.
"eh, jomlah duduk kat sana. Semua orang dah sampai. Tunggu korang je yang lambat."
"makcik ni yang lambat!" Daneen tolak bahu Mimi.
"oh ya, aku pun ada bawa bodyguard tau tak?" Alia mula tarik tangan Daneen dan Mimi agar mengikutinya.
Daneen jadi teruja. "oh ye ke? Pakwe la tu?" usik Daneen.
Alia geleng. "bukanlah. Abang aku!" jawab Alia ceria.
Mimi dan Daneen saling tersenyum penuh makna bila Alia berkata begitu. "kacak ke idok?" seloroh Daneen.
Dan... Malik yang dari tadi memasang telinga itu mula rasa panas hati.
"eh... Tengoklah aku. Cantik kan. Of course la abang aku handsome!" Alia dengan bangga memuji keturunannya.
Daneen dan Mimi mengekek ketawa.
Malik sudah buat muka tak boleh blahh dah. Nak saja dia tarik Daneen pergi dari situ.
Mereka mula mengambil tempat di dalam keramaian itu sambil menyapa antara satu sama lain. Riuh dan gamat jadinya macam pasar borong dah.
"ewahhh... Semakin cunnn la Daneen..." puji Aiman saat melihat kawannya yang hampir enam tahun tak jumpa.
Daneen hanya senyum kekok. "bab mengarut kaulah pemenangnya!" bidas Daneen. Dia duduk di kerusi yang kosong.
Malik ikut duduk di tepi Daneen. Ingat dia nak duduk jauh jauh dari wanita itu. Memang tak la. Sesekali matanya mengering lelaki yang memuji Daneen tadi. Kurang asam betul.
YOU ARE READING
paling Comel Di Hati
Teen FictionDaneen Husna dan Farhan Malik. Just short and simple story. Ada kelat masam dan manis di dalam cerita ini. Simple, tak ada drama dan konflik yang berliku. Just enjoy my story...