2

87 7 0
                                    

Garisan takdir menemukan lagi Malik dan Daneen tengah hari itu. Di mana Mimi mengajaknya makan tengah hari di luar tanpa memberitahu Daneen yang abangnya akan turut serta.

Kalau saja Daneen tahu, pasti dia akan cipta sejuta alasan untuk tidak ikut pergi bersama Mimi. Restoran Pantai, yang menyajikan pelbagai jenis lauk pauk Melayu itu menjadi saksi pertemuan mereka.

Peristiwa pagi tadi masih kekal segar di dalam kotak memori Daneen. Pujian serta senyuman Malik buat dirinya pagi tadi, menimbulkan getaran luar biasa di dalam hatinya.

"Korang order dulu, aku nak pergi ladies kejap." ujar Mimi sebaik saja Malik tiba di meja mereka. Pesanan Maryam tadi tersemat elok di dalam fikrannya. Jelas sekali maksud ibunya yang ingin kenenkan abangnya dengan Daneen. Dan dia adalah orang yang paling gembira sekali. Okay... Dia akan tinggalkan mereka berdua di situ.

Dan sekali lagi mereka di tinggalkan berdua dalam keadaan kekok dan janggal pastinya. Walaupun ramai pelanggan lain yang memenuhi ruang restoran itu tapi bila duduk berdua untuk kali kedua bersama Malik buatkan hati Daneen berdebar lain macam.

Malik pandang tangan comel Daneen yang bermain sesama sendiri di atas meja itu. Dia senyum dalam diam. Daneen nampak gugup dengannya. Matanya naik pula melihat selendang yang Daneen kenakan siang itu. Cantik... Itu menaikkan lagi seri wajah Daneen yang tak memakai mekap. Yeah.. Mungkin hanya memakai bedak. Itulah yang matanya lelakinya nampak.

"nak makan apa?" benci dengan kebisuan antara mereka, akhirnya Daneen bersuara juga. Buku menu yang ada atas meja, Daneen buka. Lebih baik belek buku menu itu dari terpaksa melihat wajah Malik.

Malik ubah kedudukannya. Dari duduk di depan dia ubah duduk di tepi Daneen.

Daneen toleh separuh kepalanya melihat aksi selamba lelaki itu. Nafasnya rasa tersekat di kerongkong saat bau wangian Malik menusuk ke ruang udaranya. Wangi...

"buku menu ada satu saja. Saya pun nak tengok jugak..." alasan! Itu hanyalah alasan Malik. Sedangkan hatinya yang meronta ronta mahu duduk di sisi Daneen sama macam pagi tadi.

Mendengarkan itu, Daneen tolak buku menu itu kepada Malik. "awak tengoklah dulu..." dia jauhkan sikit bahunya yang hampir berlaga dengan bahu Malik.

Malik seakan sengaja pula merapatkan diri mereka. "it's okay... Kita tengok sama sama..." ujar Malik tenang.

Namun ketenangan lelaki itu tidak sampai kepada Daneen. Dia rasa yang sebaliknya. Ingin saja dia cabut lari saat itu juga kalau tak mengenangkan yang Malik itu adalah abang sahabat baiknya.

Mimi yang menyorok di laluan tandas mula mengintai abangnya dan Daneen. "eyyy... Gatal betul abang aku ni. Dah agak dah dia sukakan Daneen. Tak nak mengaku..." melihat abangnya bertukar kedudukan buat hatinya rasa lucu. Ni nak kena balik report ni. Mimi mendail nama Daneen.

Danenn menjawab panggilan telefon dari Mimi. Dia pelik kenapa Mimi menelefonnya?"hello..."kepalanya dia kalih ke arah dinding. Suaranya perlahan saja.

" Daneen, sorry...Aku kena balik butik sekarang jugak. Ada masalah sikit. Client aku buat hal la... "jelas jelas Mimi menipu di situ.

Daneen tepuk dahinya." dah tu, aku macam mana? "Daneen menyoal bagi pihak dirinya.

" kau lunch la dulu dengan abang aku. Aku dah drive balik butik ni... "

Daneen pejam matanya sambil mengumpul sabar yang kian menipis." takkan aku nak makan berdua saja dengan dia? Dah tu aku nak balik dengan siapa jap lagi? Kau niiiiii..." suara Daneen sudah meleret lima harakat.

Mimi gelak dengan rasa tak bersalah." alah... Kau minta la tolong abang aku hantar kau balik. Okay aku tengah drive ni... Enjoy your lunch! "tanpa menunggu balasan kata dari Daneen, cepat saja dia matikan panggilan. Dia senyum senyum sendiri.

paling Comel Di HatiWhere stories live. Discover now