Thankyou for the votes! 🥰
So, here we go Chapter 2 of BMA😍❤I hope you'll enjoy reading my story🥰
--------------------------------------------------------------------------------------------------Kring, kring, kring
Tengku Aleks segera mematikan bunyi alarm yang menggangu lenanya.
Dengan mamai, dia mencapai handphone yang berada di atas meja kecil tepi katil king size untuk melihat jam.
"Oh shit. 7.45 am?!" terkejut Tengku Aleks kerana terlajak tidur.
Maklumlah, semalam dia pulang lewat kerana terlalu sibuk menguruskan salah satu ibu syarikat yang baru beroperasi awal tahun ini.
Semenjak kes pandemik Covid-19 yang tinggi pada awal tahun 2020 di Itali, akhirnya Tengku Aleks dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Nasib baik juga mereka sempat berpindah ke negara asal ayah Tengku Aleks itu. Dan mungkin akan menetap terus disini.
Terlalu lama mereka membesar di negara barat. Sudah sampai masanya mereka berbakti di negara ini.
Sudah lebih 10 tahun mereka tidak menjejakkan kaki di negara ini. Walaupun ayahnya, Tengku Gibs Calvino berketurunan Melayu-Itali namun mereka sekeluarga menetap di Itali dan Rusia iaitu keturunan ibunya, Pn. Alyona Ivan.
Hanya sesekali sahaja mereka balik untuk raya, itupun sebelum datuk dan nenek belah daddynya meninggal dunia.
Selepas itu, mereka sekeluarga memang jarang pulang ke Malaysia.
Oleh kerana beberapa syarikat milik keluarganya ditubuhkan baru-baru ini, Tengku Aleks selaku anak sulung lelaki dan bakal CEO AG's Legacy perlu bekerja lebih keras untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.
"Oh God... hari ni kan mummy minta temankan dia pergi vaksin, how can I forget about it," getus Tengku Aleks sambil tertawa kecil.
"What can I do.. umur 26 tahun ni sepatutnya dah ada orang uruskan, tapi sibuk sangat sampai tak jumpa sesiapa pun. Haih.. poor you man" keluh Tengku Aleks perlahan.
"Mannaggia! Come on Tengku Aleks, more than 25 years old you live without lovey dovey. Cut it off." bebel dia seorang diri.
Dengan langkah longlai, dia menarik tuala mandi hitam dan masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengku Aleks berdiri di hadapan wardrobe besar miliknya. Masih binggung untuk memilih pakaian.
"Arghh.. Pakai je la apa-apa. Teman mummy je kan. Bukan tiba-tiba jumpa awek" Ini kalau masin mulut ni haaa memang padan la kau Tengku Aleks.
Dia pun mengambil sehelai kemeja putih kosong jenama Hugo Boss bersama tie hitam, kot hitam dan slack slim fit hitam.
Walaupun bukan dia yang vaksin, namun penampilan perlu sentiasa dijaga. Itu keutamaannya.
Dia merapikan rambutnya lalu menyemburkan sedikit minyak wangi Chanel Egoiste. Setelah berpuas hati, dia turun ke dapur untuk breakfast bersama keluarga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ciao a tutti. Buongiorno" sapa Tengku Aleks sambil melangkah ke meja makan.
Ruang makan yang agak riuh dengan suara adik kembarnya sedang bergaduh mulai reda. Dia mengambil tempat bersebelahan Pn. Yona.
"Ciao fratello! " ceria suara Alessio dan Alessia menyapa abangnya yang duduk berhadapan mereka.
Tengku Gibs dan Pn. Yona menggelengkan kepala melihat perangai tiga suku anak kembarnya.
Tengku Aleks hanya menghadiahkan senyuman nipis.
"Sio and Ales. Kan daddy dah pesan, duduk Malaysia cakap melayu" kedengaran suara garau milik Tengku Gibs menegur kembar sepasang itu.
"Si daddy! Opss sorry.. Baik daddy!" Alessia menjawab bagi pihak abang kembarnya.
"Aleks pun sama. Kat office or dengan client maybe yes. But not here." kini giliran Tengku Aleks ditegur.
"Ok daddy" dia menjawab ringkas. Lalu mereka sekeluarga bersarapan sambil berbual mesra.
Oh ya mummy. Pukul berapa appointment for your vaccination?" tanya Tengku Aleks.
"Ermm.. I think around 11 pagi..Aleks tak masuk office ke hari ni?" bukan Pn. Yona tak tahu yang anak sulungnya ini memang workaholic. Entah bila dia boleh dapat rasa bermenantu.
"Maybe no. Sebab semalam dah settlekan yang penting-penting, so harini dapatlah berehat sekejap."
Tengku Aleks bukan robot, dia juga manusia yang tahu rasa penat. Oleh itu dia bercadang untuk berehat sahaja dirumah.
"How about you twins? Okay tak sambung belajar kat highschool sini?" Maklumlah, kembar baru berusia 16 tahun. Tak habis sekolah lagi.
"Yes. Mummy dengan daddy daftarkan kita orang di Sri Jaya Highschool. Tak jauh dari sini. But for this time being, just online class."
Tengku Aleks hanya mendengar jawapan dari Alessio. Kasihan budak-budak sekarang. Mampu belajar online sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------"Cepat lah Aleks. Nanti ramai orang. Sesak pula" gesa Pn. Yona memanggil anak sulungnya.
"Iya mummy. Hold on" Tengku Aleks segera mencapai wallet dan kunci kereta lalu dia berjalan mendekati Pn. Yona.
"Okay jom mummy." akhirnya Maserati Levante milik Tengku Aleks bergerak keluar dari rumah agam keluarganya menuju ke PPV di tengah bandar.
Hampir 15 minit memandu, akhirnya mereka sampai ke destinasi.
Pelitup muka dipakai dan hand sanitizer tidak lupa untuk dibawa. Buat masa ini, semua orang perlu mementingkan tahap kesihatan dan keselamatan diri dari wabak Covid-19 yang berbahaya.
"Let's go mummy" Tengku Aleks memimpin tangan Pn. Yona untuk melintas jalan.
Sepanjang mereka jalan beriringan, orang ramai memandang tidak berkelip. Mungkin terkejut melihat mereka sebagai pelancong asing.
Tetapi mereka tidak mengendahkannya dan terus menuju ke pintu masuk utama pusat itu.
"I tunggu mummy kat sini tau. Habis je vaksin, mummy terus jumpa Aleks kat sini" pesan Tengku Aleks kerana bimbang Pn. Yona sesat atau hilang.
"Iya Aleks. You dah ingatkan mummy dari dalam kereta lagi. Mummy dengar and tak pekak lagi. Mummy ingat" pening kepala apabila dileteri oleh anak sendiri.
"I got to go young man. Bye. See you" akhirnya hilanglah kelibat wanita awal 50-an itu.
Tengku Aleks terus mengeluarkan handphone untuk menghubungi Ben selaku PA nya. Ben bertanggungjawab untuk menguruskan segala jadual dan meeting Tengku Aleks.
Walaupun dia cuti hari ini, namun sesekali dia akan menghubungi Ben untuk memantau urusan dipejabat syarikat keluarganya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mannaggia -damn
Ciao a tutti -hello everyone
Buongiorno -good morning
fratello -brother
Si -yesTo be continued
-------------------------------------------------------------------------------------------------
10 votes and 5 comments to unlock Chapter 3🤩
⚠️My first story
⚠️Sorry banyak kekurangan dari segi bahasa or typo :3
⚠️Anything just comment or pm sis tau!
⚠️Please support sis and don't forget to vote my story <3I really need your comments for each of the chapter so i can improve myself, okies🥰
Really appreciate if you guys feel free to do that❤Have a nice day sayang semuaaaa 😍
YOU ARE READING
BADGIRL MRS.ALEKS
RomanceHIGHEST RANKING ; •#2 IN RICH •#3 IN BADGIRL •#4 IN BADROMANCE [Book 1] •Dark Romance• Dia jejaka kacukan yang dingin, Dia terlalu sibuk dengan dunianya, Dia tak pernah terfikir tentang cinta, Dialah Tengku Aleksandr Giorgino Namun, hati Tengku Ale...