•6 || BMA

603 59 4
                                    

Here the another chapter 😚❤

Thankyou for the votes and comments! 🥰

So, here we go Chapter 6 of BMA😍❤

I hope you'll enjoy reading my story🥰
--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Woi!!!"

Sergah Tuan Rezvan di pintu masuk pejabat bakal CEO AG's Holding itu. Dia merupakan salah seorang kawan baik Tengku Aleks.

Walaupun Tuan Rez muda setahun, namun kematangannya dalam kerjaya membuatkan dia bakal bergelar pemilik hospital persendirian milik keluarganya, Liegan Group.

Tengku Aleks yang tersentak hanya mempamerkan wajah dingin tanpa memandang kearah kawan baiknya.

Fail di hadapan diselak tanpa fokus dan tumpuan. Parah! Dalam kepalanya hanya Nuriel sahaja.

Tuan Rez yang faham akan perangai dingin lelaki itu laju membuka langkah ke arahnya.

"Tuk,tuk,tuk"

Diketuk meja itu 3 kali untuk menarik perhatian Tengku Aleks.

Akhirnya, Tengku Aleks mengangkat kepala memandang Tuan Rez.

"Apa yang kau nak datang sini pagi-pagi? Dah tak ada kerja lain ke nak buat?"

"Tak nampak aku tengah busy?" sinis dan dingin nada Tengku Aleks.

Namun Tuan Rez buat tidak layan.

Dah memang perangai lelaki tua itu, nak buat macam mana?

Nama pun kawan baik kan? Buat tidak tahu sudahlah.

"Pagi kepala otak kau orang tua. Dah lunch hour la. Jom lunch kat rumah Kay. Kay dah bising tu pakcik"

"Aku pun banyak kerja, lagi banyak daripada engkau. Tapi lunch tak pernah lupa"

"By the way, busy sangat ke sampai tenung fail pun terbalik?" perli Tuan Rez lalu melangkah keluar dari pejabat lelaki itu.

Sempat ditarik senyuman sinis di hujung bibir.

Tengku Aleks yang baru sedar fail dipegangannya terbalik, terus menghempaskannya ke atas meja.

"Heh tak guna punya kawan. Perli aku kaw-kaw eh"

Kot hitam yang tersangkut atas sofa terus dirampas kasar.

Laju Tengku Aleks mengatur langkah untuk turun ke ground floor.

"Ben, aku tak masuk office dah lepas lunch"

Sempat dia meninggalkan pesanan kepada Ben semasa melintasi meja PA nya itu.

Terkejut Ben dibuatnya. Tidak pernah boss bekunya skip tidak masuk office lepas lunch hour.

Ada apa-apa hal penting atau peribadi ke?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Rez, kawan kau tu dah kenapa? Macam orang angau. Termenung sana, termenung sini"

"Tapi, dia bukannya ade awek pun nak angau. Kan?" laju mulut Raja Kayden menyoal Tuan Rez.

Kelihatan di hadapan mereka ini bukan Tengku Aleks yang matang dan fokus.

Namun, Tengku Aleks yang kuat termenung dan berangan.

Hairan dibuatnya. Tengku Aleks tidak pernah buat perangai macam ini.

Lebih parah lagi apabila Tengku Aleks tidak masuk semula ke pejabat selepas lunch hour.

Gila! Memang gila!

BADGIRL MRS.ALEKSWhere stories live. Discover now