Macam yang Dream dah janji petang tadi, so here we go Chapter 1 of BMA😍❤
I hope you'll enjoy reading my story🥰
--------------------------------------------------------------------------------------------------Tok, tok, tok
Si ibu mengetuk pintu bilik anak perempuan sulungnya. Namun tiada sebarang sahutan.
Pn Suha memulas tombol pintu yang tidak berkunci dan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Haish.. Bertuah betul anak dara sorang ni. Riel, bangun la! "
"Kan dah janji semalam nak teman ibu pergi cucuk vaksin sekejap lagi" kejut Pn Suha sambil menarik-narik selimut tebal yang membaluti tubuh kecil anaknya.
Masih tiada reaksi langsung dari gadis itu.
"Ini mesti tidur lambat lagi ni" getus Pn Suha dalam hati.
Faham sangat perangai Nuriel yang selalu tidur lewat sekarang.
Katanya nak topup balik kurang 'me time' sebab sibuk study.
Akhirnya, habis tempoh 10 bulan dia menyambung pelajaran di salah satu universiti berhampiran.
Kini, sedang menunggu tawaran degree pula.
Jadi, dah 3 bulan dia menganggur dirumah. Dengan situasi pandemik Covid-19 ini, agak sukar untuk keluar bekerja.
Ternak lemak sahajalah, Riel.
"5 minit je lagi ibu. I promise you" balas Nuriel yang masih mamai dengan suara seraknya sambil mata tertutup.
"Asyik-asyik 5 minit. Makin lambat la nanti"
"Ibu tak kira, Nuriel Valeria Johanna bangun sekarang!!!" memetir suara Pn Suha sambil menepuk-nepuk kaki Nuriel.
Hah itu dia. Permaisuri dah sebut nama panjang. Itu petanda ada gunung berapi nak meletus.
Nuriel yang mendengar suara ibunya, gagahkan diri untuk bangun dari tidur lenanya.
"Aduh... Ye ibu ye. Sekejap ibu. Riel bangun ni" akhirnya celik juga mata Nuriel.
Digosok matanya perlahan untuk menghilangkan sisa mengantuknya.
Lalu dia duduk bersila di atas katil queen size itu.
"Dah pergi mandi siap-siap. Lepas tu, turun sarapan"
"Matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun anak dara ibu ni" bebel Pn Suha sambil melangkah keluar dari bilik anaknya.
Tanpa membantah, dengan malas Nuriel menarik tuala mandi biru miliknya yang tersangkut di kaki katil lalu masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Nuriel hanya mengenakan dress berwarna baby blue dan rambut beralun lembut dibiar lepas.
Skincare dan make up nipis ditepek ke muka.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Nuriel melangkah turun ke dapur.
"Hai, selamat awal pagi semuanya" sapa Nuriel ceria sambil melangkah ke arah meja makan.
En Zain Jonas yang sedang khusyuk membaca surat khabar terus memandang ke arah anaknya.
"Awal pagi apanya kakak. Dah pukul 10 ni. Orang dah sibuk nak masak untuk lunch bukan baru nak breakfast" tegur ayahnya.
Haih bangun-bangun kena gegar, turun bawah kena perli. Apalah nasibku ini.
YOU ARE READING
BADGIRL MRS.ALEKS
RomanceHIGHEST RANKING ; •#2 IN RICH •#3 IN BADGIRL •#4 IN BADROMANCE [Book 1] •Dark Romance• Dia jejaka kacukan yang dingin, Dia terlalu sibuk dengan dunianya, Dia tak pernah terfikir tentang cinta, Dialah Tengku Aleksandr Giorgino Namun, hati Tengku Ale...