Here the another chapter 😚❤
Thankyou for the votes and comments! 🥰
So, here we go Chapter 8 of BMA😍❤
I hope you'll enjoy reading my story🥰
--------------------------------------------------------------------------------------------------Bingit satu bilik Nuriel dengan lagu OST Fight For My Way, Good Morning sebagai alarmnya.
Akhirnya, dia gagahkan diri untuk bangun perlahan-lahan walaupun masih mamai.
Jam di dinding ditatap blur.
"9 pagi? Hmm awal lagi"
Direbahkan kembali badannya.
Tidak lama kemudian,
"Eh sekejap... Dah pukul 9?!?!"
Terus tersentak Nuriel dibuatnya.
Set alarm pukul 6 pagi, 3 jam selepas itu baru bangun.
Haih.. Anak bertuah siapalah ni kan?
"Ish habis lah aku.. aku dah lambat!! Nak bersiap lagi, nak sarapan, nak cari tempat PPV yang entah ceruk mana agaknya!"
Terjerit-jerit Nuriel sambil berlari masuk ke dalam bilik mandi.
Ish ish ish ini kalau Tengku Aleks tengok, agak-agak korang dia angau lagi ke pada Riel? 😂
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nuriel melihat penampilannya di hadapan cermin kaca yang besar itu.
Dia mengenakan floral dress putih manakala rambut ikalnya dibiarkan lepas.
Malas nak fikir apa-apa hairstyle. Sudah hampir jam 10 pagi!!
"Hah turun pun. Kata cucuk vaksin pagi"
"Lambat pula nanti, Riel" Pn Suha menegur lembut.
Gadis itu hanya membalas dengan tersenyum menayangkan gigi putih miliknya.
Heee...
Sekali sekala kena bebel dengan ibu.Nasib baiklah ayah tiada, sudah pergi kerja rasanya.
Maklumlah, hari ini hari Rabu.
Kalau tidak, memang kena tazkirah percuma dengan ayahnya.
"Fuhhh selamat"
Sempat dia menghembuskan nafas lega.
"Apa yang selamat kakak?" soal Pn Suha.
Macam terdengar anaknya bercakap sesuatu. Apa dia ek?
"Heheheh nothing"
"Adik mana ibu?"
Cepat-cepat tukar topik.
YOU ARE READING
BADGIRL MRS.ALEKS
RomanceHIGHEST RANKING ; •#2 IN RICH •#3 IN BADGIRL •#4 IN BADROMANCE [Book 1] •Dark Romance• Dia jejaka kacukan yang dingin, Dia terlalu sibuk dengan dunianya, Dia tak pernah terfikir tentang cinta, Dialah Tengku Aleksandr Giorgino Namun, hati Tengku Ale...