Thankyou for the votes and comments! 🥰
So, here we go Chapter 3 of BMA😍❤I hope you'll enjoy reading my story🥰
--------------------------------------------------------------------------------------------------"Aik dah dekat satu jam dah. Mana ibu ni? Takkan tak siap lagi cucuknya? " gumam Nuriel seorang diri sambil mengibas rambut panjang melepasi bahunya kerana cuaca yang agak panas tengahari itu.
Riel cuba untuk menghubungi Pn. Suha beberapa kali namun panggilan tidak dijawab.
"Aduh.. Mesti ibu silent phone itu yang tak jawab call" Nuriel berjalan di sekitar dewan itu untuk mencari ibunya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Pn. Suha yang sudah selesai divaksin melangkah keluar dari dewan. Kelihatan booth vaksinasi agak padat dengan orang ramai.
"Kena ambil gambar ni. Boleh jadi kenangan" laju kaki Pn. Suha menuju ke arah booth tersebut.
Puas mata kelabunya meliar mencari sosok tubuh anak gadisnya itu namun tidak kelihatan dimana-mana.
Akhirnya, Pn. Suha mengalah untuk mencari Nuriel.
"Minta tolong sahajalah orang sekitar sini. Nanti-nanti dah ambil gambar baru whatsapp kakak" Pn Suha mencari mangsa menjadi jurugambarnya.
Dia ternampak seorang lelaki kacukan bertubuh tegap sedang bersandar pada dinding dewan tersebut. Lelaki itu sedang sibuk melihat kearah Iphone miliknya.
"Hello young man. Sorry for disturbing you. Can you help me please?" Pn. Suha menegur Tengku Aleks.
Laju dia memandang kearah wanita bertudung bawal cream yang mungkin sebaya dengan mummynya.
"Yes madam. It's okay. What can I help you? " ramah Tengku Aleks menjawab.
Pelik. Dia bukan seorang yang peramah apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
Namun, dia akui bahawa wanita dihadapannya ini bagai ada aura yang membuatkan dia ingin membantu.
"I lost my daughter so, would you mind taking my picture, please?" sopan Pn. Suha meminta bantuan Tengku Aleks.
"Yes sure madam."
Dengan berbesar hati Tengku Aleks menggunakan Iphone nya untuk mengambil gambar Pn Suha.
Bertambah pelik. Tak pernah dia menggunakan barang peribadinya untuk orang lain.
Jangan macam-macam Aleks. Buang tabiat ke apa?
"Thank you for being my photographer, young man" Pn Suha berterima kasih sambil tersenyum manis.
Senyuman yang ditutupi mask dirasakan pernah nampak suatu masa dahulu. Tapi di mana?
"No problem madam" senyuman nipis dibalas buat Pn Suha.
"Nasib baiklah ada budak muda ni,kalau tidak.. Tak tahu la" bisik Pn. Suha perlahan namun didengari oleh Tengku Aleks.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Puan tunggu siapa? Suami ke anak? Saya tengah tunggu mummy saya ni." terkejut Pn. Suha mendengar jejaka kacukan ini berbahasa melayu.
Walaupun masih pelat, namun tidak menjadi masalah untuk difahami.
"Eh panggil Ibu Su saja ye.. Boleh cakap melayu rupanya..hahah" kedengaran ketawa kecil dari bibir wanita itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
BADGIRL MRS.ALEKS
RomanceHIGHEST RANKING ; •#2 IN RICH •#3 IN BADGIRL •#4 IN BADROMANCE [Book 1] •Dark Romance• Dia jejaka kacukan yang dingin, Dia terlalu sibuk dengan dunianya, Dia tak pernah terfikir tentang cinta, Dialah Tengku Aleksandr Giorgino Namun, hati Tengku Ale...