1

195 21 4
                                    

“Happy birthday to you~
Happy birthday to you~
Happy birthday to Yoon Yeseo~
Happy birthday to you”

Yeseo yang duduk dikerusi tengah memandang 3 orang rakannya dengan senyuman. Dia mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Do Jiyuu, Park Sunghoon dan Kim Doyoung memandangnya dengan senyuman. Lantas Jiyuu menyuruhnya untuk membuat hajat dan meniup lilin pada kek tersebut.

“Tunggu apa lagi Yeseo, buatlah hajat dan tiuplah lilin tu. Nanti cair kena kek” ujarnya. Yeseo sekadar mengangguk.

Dia menutup matanya. Kedua belah tangan digenggam dan dia mula membuat hajat. Sunghoon pun mula mengambil gambarnya.

Aku ingin berjumpa dengannya sekali lagi

Selesai sahaja terus dia membuka mata. Buka sahaja mata dia ternampak bayangan si dia dengan baju sekolah sedang duduk di hadapannya sambil tersenyum.

“Yoon Yeseo-ah saengil chukahae” kata dia sambil tersenyum. Aku memandang depan dengan terkejut. Tapi cepat aku sorokkan.

“Kenapa tak tiup lilin tu? Nanti cair kena kek nanti” tanya dia dengan lembut. Terus aku meniup. Apabila aku memandang depan dia tiada.

Sudah Yeseo lupakan dia. 10 tahun telah berlalu pun. Mungkin dia tenang di sana.

Entah kenapa aku seperti mahu menangis.

Jiyuu memandang Yeseo dengan risau. Dari tadi dia senyap.

“Yeseo kau okey tak?-”

“Kau teringatkan Jungwon ke?” soal Doyoung terus terang. Terus lengannya ditampar oleh Jiyuu.

“Kau kenapa?” tanya dia tanpa suara hanya gerak bibir sahaja. Expresi muka marah Jiyuu jelas terpapar.

Doyoung menggaru tengkuknya.

“Sorry Yeseo” maafnya. Yeseo senyum memandanya.

“Tak apa” jawabnya. “Maaflah aku nak balik dulu tau ada kerja yang belum selesai” katanya dan Yeseo terus mengambil begnya dan keluar dari kedai makan tersebut.

Sunghoon pun mula mengejarnya.

“Ye......seo” baru sahaja ingin memanggil Yeseo telahpun masuk ke dalam teksi.

Sampai dirumah dia terus meniarap pada katilnya dan menangis. Masih ingat lagi kejadian pada 10 tahun yang lalu.







Animal Medical Center

“Yeseo aku dapat panggilan yang ada anjing sesat masuk dalam sekolah. Kita kena cepat” ujar kawan sekerjanya, Bae Yujin. Yeseo segera mengangguk dan dia menyuruh rakan lelakinya untuk menyediakan van.

“Dekat sekolah mana?” tanya kawan lelakinya sorang, Choi Soobin yang sedang memandu van. Yeseo dibelakang menyediakan peralatan untuk merawat. Manalah tahu haiwan tu luka.

“Sejong highschool” jawab Yujin. Setelah sampai mereka bertiga turun untuk mendapatkan peralatan di belakang van.

Yeseo sekadar berdiri di hadapan pagar sekolah sambil memandang hadapan. Soobin yang perasan menegur dia.

“Uitt...tengok apa?” tanya dia.

“Tak ada apa” jawab Yeseo sambil tersenyum.

“Kau dulu sekolah sini ke?” angguk Yeseo. “Mesti teringat zaman cinta pertama kan? Hahahahaha.....bila teringat balik aku dulu pun ada” kata Soobin sambil tersengih. Yeseo sekadar tersenyum nipis.

“Dah jom masuk kita berpecah” ujar Yujin. Mereka bertiga pun berpecah ke kawasan lain.

[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻Where stories live. Discover now