4

65 18 0
                                    

Pulang sahaja ke rumah, Yeseo membersihkan dirinya seperti biasa sebelum dia hendak tidur.

Keluar sahaja dari bilik mandi dia duduk di atas lantai untuk mengeringkan rambutnya.

Beg tadi dipandang. Terus dia mengambil dan tangannya mengeluarkan satu sampul berwarna coklat tadi.

Gambar dilihat dan kebanyakkannya hanya gambar dirinya dan sebaliknya gambar mereka berlima bersama dengan senyuman.

Dan kenangan pahit mula lalu dalam ingatannya.

Yeseo berlari keluar dari kelasnya setelah dia mendapatkan mesej daripada Jungwon.

Jungwonie🐏❤️

Yoon Yeseo, jumpa studio nanti. Aku ada sesuatu nak beritahu kau.

You
Okay. Aku pun nak beritahu kau sesuatu juga

Dan mesej dihantar

Terus dia keluar dari blok kelasnya untuk bertemu dengan Jungwon. Secara tak sengaja dia terlanggar seseorang dan segera meminta maaf. Yeseo pun terus belari dengan harapan 'tunggu aku'.

Sampai sahaja di hadapan pintu dia terus slide ke tepi pintu tersebut. Dapat dia melihat banner dan belon warna warni di gantung. Terdapat ucapan HAPPY BIRTHDAY disitu. Kek juga sudah tersedia di atas meja.

Dia membetulkan rambut dan mula tersenyum gembira sambil memanggil nama Jungwon.

“Jungwon! Yang Jungwon!” panggilnya sambil berjalan. “Kau ada dekat dalam ni ke?” tanya dia. Langsir kelabu yang menutup tempat mencuci gambar filem dibuka luas.

Terus senyumannya mati apabila dia melihat Jungwon mati dalam keadaan duduk.

Tangan kirinya dikelar manakala sebelah lagi memegang pisau kecil.

Yeseo yang terlalu terkejut dengan situasi tersebut memanggil namanya.

“Y-yah Jungwon-ah....kau bergurau je kan??”

Senyap tiada balasan.

Air matanya mula bertakung pada matanya. Dia mula berundur sedikit demi sedikit dan menangis.

“T-t-tak ni s-semua tipu kan.....” dia berundur sehingga terlanggar meja dan kek tersebut tadi telah jatuh ke lantai.

Yeseo mula menangis teresak-esak

J-jungwon....a-a-a-a-a-andwae....Jungwon-ah hiks- aaaaaaaaaaaa wae!!!!......” Yeseo terduduk disitu sambil meraung.

“Yang Jungwon!!!” jeritnya sambil menangis tersedu-sedu.

“K-kenapa.....a-aku n-nak cakap y-yang a-aku sukakan kau...kenapa k-kau pergi dulu......”

Terus Yeseo tersedar dari tidurnya.

“Ya Tuhan, aku mimpi lagi” sedar tak sedar dia tertidur dengan gambar. Air mata masih berbekas pada pipinya segera diusap.

Gambar tadi yang dipegang dipandang. Dalam fikirannya dia tekad untuk membakar gambar tersebut kerana tak sanggup untuk melihatnya.

Pembakar yang berada di atas meja diambil. Lalu dia mula membakar satu persatu gambar. Lutut dirapatkan pada dada dan dia mula menyandarkan kepalanya yang beralaskan lengan.

Mata yang ditutup tadi dibuka secara perlahan. Dia berasa kawasannya pelik.









Hmm....not 100% lah. Macam biasalah mesti ada perubahan. Nama pun fanfic and ada idea lain.


[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻Where stories live. Discover now