6

65 14 5
                                    

Pagi berikutnya ketika Yeseo sedang bersiap di hadapan cermin dia perasaan sesuatu pada lututnya.

Dengan rasa pelik dia memandang.

“Ehh bukan aku jatuh dalam mimpi ke?” dan memori 10 tahun lepas berlalu dia mindanya

“Tahulah kaki kau sakit. Tak payahlah nak menganjing kitorang, Yeseo. Tepuk pakai penyapu ni karang” jelas Jiyuu dengan rasa menyampah. Iyalah padahal lutut tu luka sikit je. Yeseo saja je nak bermanja dan mengada sikit dengan kawannya.

Sunghoon sekadar geleng kepala sambil tersengih.

Pada waktu tersebut mereka berlima mengemas studio fotografi tu. Seperti menyapu, mengemop dan sebagainya. Yeseo yang duduk dibangku senyum suka.

“Oi...kau tak payah nak suka sangat sini tolong aku bersihkan habuk” panggil Sunghoon dan dia menyerahkan penyapu.

“Aduh aku sakit kakilah” kata Yeseo dengan drama. Jadi dia dapat mengelakkan dirinya terlibat dalam aktiviti mengemas.

“Eleh cakaplah kau malas” balas Sunghoon

“Mana ada!” mereka berlima membersihkan studio disitu dengan gelak tawa

Habis sahaja mengelamun terus Yeseo bersiap untuk menikmati sarapan di sebuah kafe yang selalu dikunjungi oleh dia dan kawannya yang lain.

“If I could turn back the time~
Will you stay here with me?~
I miss your smile~
I miss to see your face~
So much” Yeseo berjalan sambil menyanyi lagu yang ditulis oleh author sendiri. Ditangannya terdapat beg kertas yang berisi roti yang dibelinya bersama ice latte kegemarannya.

Tempat pancuran air menjadi tempatnya. Dia duduk di bangku yang berhampiran dengan tempat pancuran air. Setelah dia duduk, dia mengeluarkan roti dan makan.

Bread, salad, ham and cheese not to forget fresh baked croissant berry flavour.

Itulah yang selalu dibeli oleh Yeseo. Mulut sibuk mengunyah dan matanya memerhatikan orang yang lalu lalang. Ada yang rush ke tempat kerja, ada yang sedang membeli sarapan, ada yang sedang membawa anak kecil berjalan, ada yang keluar membeli barang dan tak lupa pasangan kekasih yang duduk di taman berumput hijau sambil tersenyum gembira.

Dia menghirup ice latte sehingga habis dan dia mula mengambil sampah miliknya untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Yeseo berjalan untuk ke kafe lain. Kafe dimana dia selalu berborak dengan kakak kepada mendiang Jungwon, Yang Jiwon.

Pintu dibuka dan seperti biasa akan ada bunyi loceng diatas menandakan pelanggan masuk.

“Selamat datang” ujar Jiwon yang memandang Yeseo dengan senyuman manis. Segera dia membersihkan bahagian coffee machine yang kotor.

“Macam biasa tau unnie, ice cream cereal with honey comb topping.” kata Yeseo dengan lembut. Terus Jiwon menekan papan kekunci komputer untuk mengambil pesanan. Dia kan lebih kurang macam menu yang bubble bee tu yang golden series ice cream tak silap.

“Tambah grape ade sekali medium size” setelah harga dinyatakan Yeseo segera membayar dan dia duduk dimeja biasa. Meja yang menghadap luar. Macam biasa kalau kau tengok kdrama yang diorang selalu makan dekat 7e tu. Aku ni tak pandai nak explain sangat.

Selesai sahaja Jiwon menghantar pesanannya Yeseo terus makan aiskrim sambil berfikir. Jiwon yang selesai mengemas meja pelanggannya terus mengambil tempat disebelah Yeseo dan berborak.

Habis sahaja berborak terus Yeseo ketempat kerjanya.















[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻Where stories live. Discover now