10

57 13 1
                                    

Balik sahaja dari sekolah, terus aku ekori Jungwon dan kami berpisah di penghujung jalan. Sekarang ni aku dekat 7e. Nak melantak sandwich tuna mayo sebab aku teringin.

Entahlah mungkin sebab aku tengok mukbang tadi agaknya.

Dalam pukul 7 aku dah start spy. Dengan baju sekolah dan beg lagi. Nasib ringan.

Puan Yang dah ada dekat dalam restoran dengan Jiwon unnie. Aku ada dekat dalam lah. Tapi duduk belakang mereka. Kiranya membelakangi merekalah senang cerita.

Jadi mereka tak akan nampak aku dengan baju sekolah aku disini.

Kalini Jungwon pula masuk. Dalam keadaan dia berbaju sekolah. Ye, dia tak nampak aku.

Jadi aku hanya biarkan anak beranak tersebut makan bersama.

"Jiwon, Jungwon sekolah hari ni macam mana, okey?" soal Puan Yang prihatin.

Sejak kebelakangan ni dia semakin sibuk dengan kerjanya di pejabat sehinggakan dia hampir lupa 2 orang anaknya di rumah.

"Okey je" jawab Jungwon

"Samalah. Eomma janganlah risau sangat pasal kami. Sepatutnya eomma rehat dekat rumah. Biar kami sebagai anak-anak eomma yang uruskan eomma selepas kami tamat belajar nanti." balas Jiwon sekali ditambah dengan bebelan dia sebagai seorang anak.

Jungwon hanya tersenyum senget melihat kakaknya menasihati ibunya.

"Iyelah. Makan banyak ye. Duit belanja kamu simpan. Biar eomma yang bayar." seperti mengagak yang Jungwon ingin membayar awal awal lagi Puan Yang berkata.

Jiwon sekadar menganggukkan kepalanya. Yang penting perut kenyang...

Setelah selesai bayar dan sewaktunya, mereka pulang berasingan. Puan Yang dan Jiwon pulang bersama. Kini aku mengejar langkah Jungwon dan aku berhenti untuk menghadapnya.

Lalu aku jalan mengundur ke belakang sambil tanya tentang keadaan tadi.

"Jadi macam mana?" soal aku dengan jalan berundur ke belakang.

Jungwon yang memerhati langkah Yeseo segera menjawab soalannya.

"Okey je. Macam biasa makan, cakap pasal hal sekolah itu jelah." jawabnya.

Aku sekadar mengangguk sahaja.

Aku meraba-raba poket baju sekolah aku. Tanpa aku sedari, aku hampir tersadung dan Jungwon segera menarik aku ke dalam pelukannya. Aku pun dengan refleks memeluknya.

"S-s-sorry, weh....," tergagap aku cakap.

Bodohlah kau, time ni juga nak tergagap. Sumpah Yeseo pada dirinya dalam hati.

"Tak apa. Kau okey tak? Tak terseliuh atau pun apa-apa kan?" dengan risau dia melutut dan membelek kaki aku.

Muka aku merah disitu. Nasib baik malam.

"Aku okey. Terima kasih...." ucap aku. Dia membalas dengan senyuman.

"Kalau macam tu aku balik dululah. Kau hati-hati tau. Ni tadi pun sebab aku nak jumpa kau." jelasnya.

Yeseo sekadar humming sambil angguk kepala.

"Yelah, kau pun hati-hati time balik. Baliklah dulu. Aku nak patah balik pergi restoran tadi. Aku rasa phone aku tertinggal. Tu yang aku hampir tersadung tadi. Aku pergi dulu. Bye!" aku jerit sedikit apabila aku lari jauh darinya. Dalam keadaan tergesa-gesa aku berlari.

Jungwon sekadar memerhati Yeseo sehingga bayangan dia hilang dari pandangan matanya.

Manakala di suatu tempat

"Tengok tu....selalu macam ni *sigh*"






Ehem....hi! 😁

Lama tak update. Eh tak menjeguk wattpad ni pun baru semalam sebab nak baca story still with you : the sequel by its put

Kalau ada waktu dan saya tidak malas untuk update saya akan habiskan cerita ini dengan secepat yang mungkin sebab saya nak pub 1 story like web novel. (I do want to draw the cover by my own)

Terima kasih kerana masih sudi membaca cerita ini. Vote anda ketika wattpad ini sunyi membuatkan saya cuba untuk update lagi sehingga penamat untuk cerita ini.

Terima kasih sekali lagi *bow

[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻Where stories live. Discover now