Telefon aku dah jumpa. Aku melihat dan ternyata banyak panggilan daripada Jiyuu.
Apa yang harus aku lakukan? Aku betul-betul lupa apa yang aku janjikan dengan dia.
Ketika aku berjalan kepala aku sakit dan aku mendengar bunyi berdesing pada masa yang sama.
Cahaya putih memancar pada penglihatan aku. Kemudian, aku telah kembali ke bilik aku sendiri.
Terus aku capai telefon aku di atas katil. Nombor Jiyuu aku cuba dail.
Tut tut
Tut tut
"Hello?" sapa satu suara. Suara perempuan
"Hello, Jiyuu!" dengan cemas aku menjawab sapaan tadi.
"Eh, awak salah orang ni. Saya bukan Jiyuu" jawab suara tersebut, aku pelik
"Lah ye ke? Maaflah kalau begitu." aku mematikan talian tersebut.
Aku berlari keluar dari rumah aku. Kisah apa aku dah malam ke apa. Aku nak cari Jiyuu.
Satu persatu kawasan aku pergi. Cafe tempat kami selalu lepak, taman depan tasik dan macam-macam lagilah.
Tempat terakhir, di hadapan landasan kereta api lalu. Ketika kereta api lalu aku merasakan nama aku di panggil oleh seseorang.
"Yeseo!!"
Aku tengok depan tapi masalahnya aku tak nampak orang tu sebab kereta api menghalang.
Lepas sahaja kereta api lalu aku nampak dia.
Dia, Yang Jungwon.
Memakai hoodie berwarna jingga tersenyum melihat aku sambil memegang plastik makanan.
Aku berlari ke arahnya dan memeluk dia erat. Air mata aku mengalir.
"Yang Jungwon....hiks-" aku menyebut namanya. Seakan tak percaya dia di hadapan aku.
"Jungwon"
"Jungwon"
"Jungwon"
"Jungwon"
Berkali-kali namanya aku sebut. Dia mengusap kepala aku.
"Ye, sayang. Aku ada dekat sini." jawab dia lembut.
Aku terus memandang dia terkejut. Dia ketawa kecil.
"Lupa lagi ya?" kata dia sambil mengelap air mata aku. "Isteri aku, Yoon Yeseo. Heheheh" dia tersenyum.
Terus flashback beberapa bulan yang lalu muncul di fikiran aku.
"Yoon Yeseo, will you hold my last name until your last breath?"
Jungwon melutut di hadapan aku sambil mengeluarkan kotak hitam yang berisi cincin berlian kecil.
Dengan perasaan gembira aku menerima lamarannya. Cincin disarungkan pada jari manis aku.
Seminggu kemudian kami berkahwin, bahagia. Ada Doyoung, Sunghoon tapi Jiyuu tiada.
"Jungwon...." aku memanggil namanya.
Dia memandang aku sambil melontarkan senyuman manisnya pada ku. Kami berpegangan tangan seperti yang aku mahukan dulu.
"Sayang," kepalaku diusap. "Awak lupa ke?"
"Saya lupa apa, Jungwon?"
"Jiyuu kawan kita, sudah meninggal. Kemalangan ketika pulang sekolah," perlahan suaranya memberitahu hal itu.
Aku menekup mulut,
Ya tuhan, kawan aku, sahabat baik aku.
Satu persatu air mata aku menitis. Jungwon memeluk aku.
YOU ARE READING
[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻
Ficção Científica10 tahun dia tak dapat melupakan kejadian tersebut. 10 tahun juga dia menjadi pendiam. Dari sifat yang ceria dia menjadi pendiam akibat tragedi yang tak dapat dilupakan. Itulah yang terjadi kepada gadis yang bernama Yoon Yeseo. Masih segar dalam ing...