Buka sahaja mata, alangkah terkejutnya Yeseo yang kini dia berada dalam bas bersama pelajar yang lain. Dia melihat dirinya. Baju sekolah dan cardigan berwarna turqoise tersarung kemas pada badannya. Tak lupa beg sekolah yang disandang olehnya.
Aku kembali pada 10 tahun yang lalu ke? Dia menyoal pada dirinya.
Yeseo melihat tingkap disebelah kanannya dan dia melihat Jungwon yang sedang mengayuh basikal ingin memasuki perkarangan sekolah.
Bas telah berhenti diperhentian yang berdekatan sekolahnya. Tanpa membuang masa terus dia berlari masuk sekolah ingin mendapatkan Jungwon.
Jungwon seperti biasa berjalan menaiki tangga tanpa menyedari Yeseo dari jauh sedang mengejarnya.
Yeseo terus berlari menaiki tangga dan tanpa dia sedar dia salah langkah dan lututnya luka berdarah.
“Akh...” dia menghiraukan dan terus mengejar.
Sampai sahaja di hadapan bilik fotografi terus dia membuka pintu dan terlihat Jungwon sedang membelek kamera yang disusun kemas pada almari. Terus Jungwon memandang belakang apabila seseorang membuka pintu.
“Oh! Yoon Yeseo kenapa kau lambat-" tanpa dia habis tanya Yeseo terus berlari dan memeluknya erat.
"Kenapa ianya ambil masa yang lama" gumamnya dalam pelukan Jungwon. Hatinya masih berdebar.
"Huh?" Jungwon pelik. Demam ke dia ni?
Yeseo melepaskan pelukan dan dia memegang kedua belah pipi Jungwon. Dia menatapnya dengan rasa rindu yang lama terpendam. Hendak menangis pun ada. Tapi ditahan.
Jungwon pula yang berasa malu. Telinganya sedikit memerah.
“Ini bukan mimpi kan?”
“Lagi sekali kau dah kenapa Yoon Yeseo?” tanya dia. Nak mengelak dari terus ditatap Yeseo sebab malu. Pada masa tulah Jiyuu, Doyoung dan Sunghoon mula masuk.
“Awee~~ buat apa tu?~” soal Jiyuu dengan nada mengusik dan gatal pada masa yang sama.
Terus Yeseo menjauhkan dirinya. Tiba-tiba rasa malu. Aikk tadi buat bukan main selamba.
“M-mana ada buat apa-apa. Jangan mengarut” nafi Jungwon. Walaupun tadi dia rasa nak je cium Yeseo sebab comel sangat. Tapi ditahan. Tak baik sentuh anak dara orang sesuka hati katanya.
“Haih dari haritu aku cakap baik pergi datinglah korang ni” kata Doyoung. Sunghoon sekadar mengangguk.
“Eh Yeseo lutut kau berdarah!” kata Jiyuu dengan nada terkejut. Jungwon bergegas mengambil first aid kit dan mula merawat.
Jiyuu memimpin Yeseo secara perlahan untuk dibawa duduk di atas kerusi. Risau betul dia. Yeseo cuma luka sikit je.
“Aku luka sikit jelah Jiyuu” kata Yeseo. Dia tahu kawannya ni betul-betul ambil berat pasal dia walaupun benda kecil.
“Kau lupa ke aku ni kawan kau. Kitakan bff” kata Jiyuu. Yeseo mengucapkan terima kasih.
“Aku balik kelas dulu tau?” kata Sunghoon dan dia terus keluar dari kelas.
“Korang pun baliklah. Jungwon kan ada” ujar Yeseo Jiyuu dan Doyoung mengangguk. Mereka berdua pun pulang ke kelas.
Yeseo yang duduk di atas kerusi memandang Jungwon yang membersihkan lukanya.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soalnya lembut.
“Aku lari dekat tangga dan jatuh...heee jangan marah aku tau”
“Haih....macam mana aku tak marah. Kau ni degil lah Yeseo. Kalau apa terjadi dekat kau macam mana?” plaster ditampal. Yeseo bangun.
“Aku okey Yang Jungwon. Jangan risau. Kau cuma risaukan diri kau je” kata Yeseo sebaik menepuk lembut bahu Jungwon. “Balik kelas dengan aku jom” ajaknya. Terus Yeseo mengambil begnya dan mereka berjalan bersama untuk balik ke kelas.
Jungwon jalan didepan manakala Yeseo dibelakang. Ketika itulah kepala Yeseo berasa sakit yang amat sehinggakan dia menutup matanya.
Buka sahaja mata dia kembali ke dunianya semula.
YOU ARE READING
[OG-SU] The Memories : I Still Want You - 𝗝𝘂𝗻𝗴𝘄𝗼𝗻 𝗘𝗻𝗵𝘆𝗽𝗲𝗻
Khoa học viễn tưởng10 tahun dia tak dapat melupakan kejadian tersebut. 10 tahun juga dia menjadi pendiam. Dari sifat yang ceria dia menjadi pendiam akibat tragedi yang tak dapat dilupakan. Itulah yang terjadi kepada gadis yang bernama Yoon Yeseo. Masih segar dalam ing...