KAZUMI AHMER berlari anak hendak memasuki kawasan sekolah menengahnya. Hari ini, dia perlu menduduki ujian SPM kertas terakhir dan harini juga—dia terbangun lewat.
Ni semua salah phone dia!!
Tak guna betul!!
"Aduh—kenapa kau lari slow sangat ni Zumi. Cepat, cepat. Go go!!" Omel gadis itu perlahan sambil mengemaskan beg galas dibahu kirinya.
Sedang gadis tinggi lampai itu berlari, bahu kanan miliknya merempuh sesuatu.
BAM!
"aduh"mendesis sakit tatkala punggungnya bertemu tanah. Badan dibangunkan sambil menyapu seluar dibahagian belakang untuk menghilangkan debu.
"Hei!! Lain kali jalan tu pakai mata. Aduh—bala bala dah la lambat ni" sempat dia mengomel kepada jejaka berbadan tegap itu. Jejaka itu hanya meng'hmm'kan saja dan terus melangkah pergi setelah gadis itu mula masuk perkarangan sekolah.
"Cantik dah kau sekarang" omel jejaka itu sambil meneruskan langkah dengan santai. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar.
"Alhamdulillah—nasib sempat sampai. Ni semua salah mamat entah dari mana tu!" Sempat lagi dia mengomel perlahan sambil mengeluarkan peralatan menulis.
Yusuf al amin mula mencapai botol minuman yang berada di seat penumpang sebelah apabila dia mula tersedak kecil.
"Uhuk"
"Uhuk"
Diteguk air dengan perlahan dan sejurus itu diletakkan kembali ditempatnya sebelum mengelap sedikit mulutnya yang tersisa air mineral itu.
"Siapalah—yang sebut nama aku?" soal jejaka itu kepada diri sendiri sebelum mula menyandar santai pada kerusi itu. IPhone didalam poket seluar diambil dan di on kan. Pesanan yang belum dibaca dibuka satu persatu.
Pesanan daripada ibunya dibaca satu persatu.
Ibu❤️
Assalamualaikum Yusuf. Kalau tak buzy, nanti petang balik rumah ibu. Ibu ada nak bincang something dengan Yusuf. Oky?
Love Yusuf🍓Menggeleng jejaka itu tatkala membaca pesanan yang baru dihantar ibunya beberapa minit lalu. Lantas itu, gajet mahal itu dimasukkan semula kedalam poket dan duduk dibetulkan sekilas. Gear dimasukkan dan terus meluncur membelah jalan raya tersebut.
Balik mandi, kerja!
"Finally, habis pun. I'm free!!" Tangan dilambai lambai ke udara. Gembira.
iPhone didalam beg galasnya diambil dan nama abangnya dicari sebelum ditekan.
Abang🍓🔥
Adik dah habis exam. Datang ambik sekarang ✌️
Typing. Kazumi tunggu dengan penuh sabar. Tidak lama itu seen. Gadis itu mengeluh perlahan.
"Aduh abang ni—boleh ambik ke tidak ni? Elok elok typing, dia bagi seen pula. Kalau tak boleh ambik cakap. Ni tak, bagi seen je!"
Nama abangnya dipandang tidak puas hati. Selalu je. Kaki melangkah dengan perlahan kearah bus stop.
"Lagi 10 minit tak sampai, call pak jad" gumamnya lagi.
Ya—dia seorang gadis yang cantik dan pandai namun tidak mempunyai rakan.
Sebab? Dengki dengan kecantikan dan kesenangan yang ada pada dirinya. Ingat lagi ketika dia mahu merapat dengan seorang gadis yang seumur dengan dirinya. Berjaya, namun baru sahaja seminggu, dia dituduh merampas teman lelaki gadis itu dengan menggoda menggunakan wajahnya.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr Beku
Teen Fiction"daddy nak kahwin" "Huwaa~ betulke daddy" "Abang, abang! Daddy nak kahwin~ aaa tak shabarnya" "Mengadakan kau ni!" 10 tahun mendambakan kasih sayang seorang ibu, dia terlalu teruja mendengar berita gembira tersebut. Si ibu mempunyai seorang anak le...