PUAN AYUNA tertawa kecil tatkala sepasang mata hazelnya digamit dengan kelibat sang terunanya sedang tertidur mengerekut bersama kedua tangan diletak pada bawah kepala.
Entah kenapa terasa cute pulak. Dan—macam tidak sesuai pula dengan riak beku sang anak yang selalu ditayang kepada orang lain
Hahaha.
Kepala digeleng perlahan seraya mula melangkah kearah keberadaan Yusuf. Tanganya menggoncang lembut bahu tegap Yusuf dengan perlahan.
"Yusuf, bangun. Dah nak maghrib dah"
"Ermmm" Yusuf mengumam kecil apabila terasa sesuatu menganggu lenanya. Dicelikkan mata dengan perlahan sebelum wajah ibunya ditatap dengan mata terbuka luas.
Puan Ayuna tersenyum manis sambil membetulkan sekilas rambut coklat milik anaknya.
Haih, besar dah anak kita~
"Bangun, solat apa semua, lepastu turun makan kita bincang. Oky?" Yusuf mengangguk kecil selepas membuat tangan bentuk OKEY dan terus sahaja bangun serta melangkah perlahan kearah tangga.
Puan Ayuna memerhati kelibat Yusuf yang menaiki anak tangga dengan langkah berhati hati sehingga kelibat itu mula hilang dari pandangannya.
Tidak menunggu lama, dia juga mula mengikuti langkah Yusuf untuk kebilik. Bersihkan diri dan solat!
Usai itu, Yusuf kembali turun kebawah untuk makan bersama ibunya. Langkah kaki diatur terus keruangan makan dan kelibat puan Ayuna yang sedang menghidang itu ditatap tanpa jemu.
Syurga dia!
Puan Ayuna yang perasaan kelibat sang teruna tidak menunggu lama dan terus menggamit jejaka itu untuk bermakan bersama. Yusuf menarik perlahan kerusi disamping ibunya, dilabuhkan punggung seraya menuangkan air kedalam gelas yang sudah diletakkan sisi pinggan nasi.
Yusuf bangun dan menarik kerusi yang ingin dijadikan tempat duduk puan Ayuna. Wanita itu tersenyum manis seraya mengucapkan terima kasih. Yusuf membalas dengan anggukan serta kembali berduduk. Dalam diam, wanita itu sempat mengamati wajah sang anak dengan dalam.
Haih, makin tua makin hensem anak kiter~
Tersengeh sendiri puan Ayuna. Yusuf memandang pelik kearah ibunya yang tersenyum itu.
"Ibu, ibu~" tangan dilambai lambai dihadapan wajah puan Ayuna. Puan Ayuna yang tersedar dari lamunan itu terkebil kebil melihat Yusuf.
"Ibu—kenapa?" soal Yusuf tenang. Sejurus itu, nasi dimasukkan kedalam mulut sambil mengunyah perlahan. Perhatian diberi kepada sang ibu yang terus tersengih kekok itu. Dilihatnya, sang ibu menggeleng perlahan.
"Takde apa lah. Makan ni, ibu masak special untuk Yusuf" lauk udang masak lemak diceduk dan diletakkan dalam pinggan tersebut.
"Terima kasih" tuturnya tenang dan santai. Fokus hanya kepada makanan dihadapan.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr Beku
Novela Juvenil"daddy nak kahwin" "Huwaa~ betulke daddy" "Abang, abang! Daddy nak kahwin~ aaa tak shabarnya" "Mengadakan kau ni!" 10 tahun mendambakan kasih sayang seorang ibu, dia terlalu teruja mendengar berita gembira tersebut. Si ibu mempunyai seorang anak le...