LIMA🌹

662 48 0
                                    

Flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Flashback

KUAT kedengaran gelak tawa dari seorang kanak kanak perempuan yang digeletek oleh sang abang.

"Abang! Dah hahaha. Geli geli! Stop abang stop! Hahaha!" kedua tangan kecilnya ligat menepis tangan remaja lelaki itu dengan semampunya. Namun apakan daya, jika nak bandingkan dengan sang abang.

"Nak buat lagi tak?" kening diangkat angkat bersama senyuman senget. Kedua tangannya mula memberhentikan perlakuannya.

Kanak kanak perempuan tersebut menggeleng laju. Nafas diatur seraya bangun dari pembaringan. Rasa nafas sudah kembali teratur, dia mula membetulkan bajunya sekilas.

"Baby duk sini dulu. Abang pergi toilet kejap" Hilang sahaja kelibat abangnya, sekeliling rumah yang dipenuhi tetamu diperhatikan olehnya.

Tan Sri idhlan dia tak tahu hilang entah ke mana. Mungkin berbual dengan tetamu kot. Memandangkan dia tak nak duduk dengan daddynya tadi, kanak kanak perempuan itu mengambil keputusan untuk mengikuti abangnya.

Jalan punya jalan, kanak kanak perempuan itu tersesat dalam timbunan manusia. 

Cewah! Macam la ramai sangat. Melebih nyah!

Akhirnya, dia pergi gazebo yang berada di tepi rumah. Memandangkan disini tidak ramai orang. Dan hanya ada beberapa orang dewasa dan kanak kanak.

Kelibat remaja lelaki yang dirasakan abangnya itu didekati sebelum dipeluk dari belakang.

Remaja lelaki tersebut tersentak dari lamunannya tatkala sepasang lengan halus melingkari di pinggangnya. Kepala dipusing kebelakang bersama wajah beku.

Ditatap sahaja kanak kanak perempuan itu tanpa mahu menegur .

Tidak seperti selalu yang dilakukan abangnya, kanak kanak perempuan itu mula mendongak keatas. Bagai terkena renjatan elektrik, tangan dilepaskan dari badan remaja lelaki tersebut.

Menunduk sekejap, riak tidak bersalah dan kosong ditayang sebelum pandangan dihala semula kearah remaja lelaki yang dirasainya sebaya abangnya.

"Sorry kita tak sengaja. Bye" sempat tangan melambai kecil sebelum melangkah pergi dari situ. Remaja lelaki itu hanya memandang kosong kelibat kanak perempuan itu.

Belum sempat dia masuk kedalam rumah, suara seseorang memanggil nama dia menggamit pendengaran miliknya.

"Baby!"

Kepala ditoleh kebelakang. Sesaat bibir mencebik nak menangis. Lama abang tinggal kita~

Drama Queen sangat!

Huluran tangan abangnya disambut dan terus tubuh kecilnya didukung abangnya.

"Kenapa ni, hmm?" Wajah mencebik adiknya ditatap sayang.

Cinta Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now