Yusuf al amin menyandar santai pada kerusi mewahnya dengan menghadap kearah luar tingkap yang menampakkan bangunan dan jalan raya yang sibuk. Tangan disilang pada dada tegapnya sambil berfikir tentang perbincangan dirinya bersama puan Ayuna semalam.
Yusuf yang sedang fokus membaca emel didalam iPad mula terhenti apabila kelibat ibunya yang datang bersama dulang menggamit perhatian miliknya. iPad ditutup dan diletakkan ditepinya.
Sejurus itu, perhatian diberi sepenuhnya kepada puan Ayuna yang baru melabuhkan punggung berhadapan dengan dirinya. Puan ayuna menarik nafas dalam dalam sebelum dihembus dengan perlahan.
Neves pula!
Anak matanya mencari anak mata Yusuf dan ditatap dalam. Sekali lagi nafas dihela perlahan.
"Sebenarnya—erm---ibu nak kawin?" Yusuf menggangguk kecil.
"Uncle idhlan?" Puan Ayuna baru sahaja mahu beriak hairan kerana anaknya memberi reaksi yang tidak memuaskan mula tersedak kecil. Mata membuntang luas.
"Macam mana Yusuf tahu?" soal puan Ayuna laju setelah diteguk sekilas air yang dibawanya tadi.
Yusuf angkat kedua bahunya dan terus saja menyandar santai.
"Yusuf perasan, benda ni dah lama. Cuma ibu dengan uncle idhlan tak tunjukkan, mungkin—sebab arwah?" Puan ayuna menunduk sambil mengangguk kecil. Yusuf menghela nafas perlahan.
"Yusuf oky je. Lagipun arwah papa dah tulis kan dalam surat yang dia suruh uncle idhlan jagakan ibu" terang Yusuf tenang.
Ya—arwah papanya menulis surat itu kepada Tan Sri idhlan untuk menjaga ibunya dan waktu itu juga, jejaka itu sudah bergelar duda. Dan mereka berdua hanya berkawan tanpa ada apa hubungan.
TOK
TOK
"Come in" laung Yusuf ranap memusingkan kerusi tersebut. Azhar yang mendapat keizinan terus memasuki dengan perlahan. Kelibat majikannya yang membelakangi dirinya ditatap santai.
"Tuan"
Yusuf menggumam sahaja membenarkan Azhar meneruskan bicaranya.
"Ni file laporan bulanan" diletakkan file berkulit hitam itu diatas permukaan kaca meja yang juga turut berwarna hitam.
"Anything else?" soal Yusuf tenang. Azhar berfikir sejenak, cuba mengingati kerana sebelum memasuki ruangan bilik mewah ini, dia sudah memeriksa semuanya.
"Erm—tuan ada Lunch dengan Tan sri idhlan" lantas itu, kerusi dipusing menghadap pembantu peribadinya bersama anggukan kecil dikepala.
"Oky, kau boleh keluar. Thanks" tutur Yusuf ikhlas. Azhar tersenyum nipis sebelum menunduk hormat seraya itu mula melangkah keluar.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr Beku
Novela Juvenil"daddy nak kahwin" "Huwaa~ betulke daddy" "Abang, abang! Daddy nak kahwin~ aaa tak shabarnya" "Mengadakan kau ni!" 10 tahun mendambakan kasih sayang seorang ibu, dia terlalu teruja mendengar berita gembira tersebut. Si ibu mempunyai seorang anak le...